12 January 2020

Bayi Kuning

Peyakit kuning pada bayi atau jaundis adalah penyakit yang biasa melanda bayi baru lahir berusia antara 2-3 hari selepas kelahiran.
 Walaupun ia adalah penyakit yang biasa berlaku, rawatan intensif dari pegawai perubatan masih diperlukan. Ada tak sebarang petua hilangkan kuning bayi?

 Menurut pakar kesihatan, penyakit kuning pada bayi ini lebih kerap terjadi kepada bayi yang diberi susu ibu, dan ia mengambil masa yang lebih lama untuk pulih semula.

 Sebelum kita membincangkan petua hilangkan kuning bayi, mari baca panduan ini dulu untuk lebih memahami tentang penyakit kuning pada bayi.

 Apakah penyakit kuning pada bayi?

 Penyakit kuning adalah keadaan di mana kulit bayi menjadi kekuningan dan matanya kelihatan putih.

 Ia disebabkan oleh paras bilirubin yang berlebihan di dalam darah, dan penimbunan bilirubin pada tisu yang berkenaan.
 Bilirubin pula ialah pigmen hempedu berwarna kuning kemerahan yang terhasil akibat pemecahan sel darah merah.
 Ketika bayi masih dalam kandungan, tali pusat akan menyingkirkan bilirubin dari badan janin.
 Selepas dilahirkan, hati bayi akan mengambil alih tugas ini.
 Kalau hati bayi belum berkembang sepenuhnya, ia tidak akan dapat melakukan proses ini dengan berkesan.

Arash kena tahan di HKL
Bacaan normal jaundice bayi:
 Tahap bilirubin yang mencapai lebih dari 85 umol/l (5 mg/dL).
 Tahap bilirubin yang terlebihi sedikit masih boleh dianggap jaundice bayi yang dapat dikawal.
 Bacaan kuning bayi yang memerlukan rawatan fototerapi: Tahap bilirubin melebihi 359 umol/l (21 mg/dL).

 Rawatan fototerapi akan membantu bilirubin untuk bertukar menjadi biliverdin yang lebih mesra tubuh dan senang dibuang melalui najis.
 Pemberian susu yang secukupnya masih penting untuk menggalakkan penyingkiran biliverdin.
 Bacaan jaundice bayi yang tidak normal:

Tahap bilirubin yang melebihi 428 umol/l (25 mg/dL) dan apabila tahan bilirubin gagal dikawal dengan rawatan fototerapi

6 comments:

  1. Semoga dipermudahkan urusan untuk para ibu yg anak ada kuning ni ๐Ÿ˜ญ

    ReplyDelete
  2. cucu akak masa usia 3hari haritu pun dah kena tahan kat wad.Skg ni hampir sebulan dah masih lagi kuning tapi sikit je .Kesian si kecil asyik kena cucuk amik darah je.

    ReplyDelete
  3. selalu juga dgr pasal bayi kwn kwn terpaksa pergi klinik 2@3 hari kerana kes kuning ni...

    PS: rasa dia mcm kerang juga akk, tpi rietta xpasti sesuai atau tidak untuk kes akk, kena tanya pada yang lebih pakar nampak gayanya...

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, cucu wak yang baru lahir tak kena masalah kuning ni

    ReplyDelete
  5. Adakala kesian tengok baby kena kuning ni kan..ibu yang berdarah dalam kumpulan O potential anak kena kuning tinggi kan..Dania dulu pun kuning jugak tapi tak lama.. dua hari dah ok dah..

    ReplyDelete
  6. Masa anak Sha kena penyakit ini, memang nurse suruh selang selikan susu formula dengan susu ibu setiap dua jam.. Untuk bantu proses pemulihan katanya dan alhamdulillah memang cepat turun bacaan kuning bila buat macam tu..

    ReplyDelete



• ุจِุณْู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู…ِ ุงู„ู„ู‡ِ ุงู„ุฑَّุญْู…َู†ِ ุงู„ุฑَّุญِูŠْู€ู€ู€ู€ู€ู…ِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.