09 March 2020

Resepi Kerabu Nangka Muda Versi Kelantan

BAHAN - BAHAN 

 Nangka putik ( biasanya kalau beli di pasar, 
dah siap buang kulit )

 2 ekor ikan dibakar dan diambil isi sahaja 

5 ulas bawang merah

 1/2 sudu teh lada hitam 

2 - 3 sudu besar kerisik 

Santan secukupnya ( kalau boleh santan segar, perah sendiri )

 Garam dan gula secukupnya 

Budu secukupnya

 CARA - CARA 

 1. Nangka putik bersihkan dan potong dalam ketulan sederhana senang nak rebus nanti

 2. Sediakan periuk masukkan air secukupnya dan letak nangka putik, siap sedia untuk direbus sehingga empuk 

3. Setelah empuk angkat dan toskan 

4. Seterusnya, bawang merah dan lada hitam ditumbuk sehingga halus

5. Masukkan isi ikan dan tumbuk lagi, kemudian masukkan kerisik dan boleh gaul rata

 6. Jangan lupa perasakan dengan gula dan garam secukupnya

 7. Sediakan satu mangkuk besar dan masukkan nangka yang telah ditoskan,

 kalau macam ada lagi ketulan boleh hiris lagi nipis

8. Masukkan bahan tumbuk dan gaul sebati,
 kemudian masukkan santan secukupnya, 
santan ni kalau nak berkuah sikit, boleh lah masukkan banyak sikit.

sedap diratah mcm tu ja

7 comments:



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.