11 September 2021

Bihun Goreng Viral

Ada yg dah cuba ke,??

Baru-baru ini ini tular di laman sosial Facebook, Resipi Bihun Goreng 12 sudu gula yang lain dari lain kerana resipi ini dimasukkan 12 sudu teh gula.

Tak manis ke? Sedap ke? Mesti ramai yang tertanya-tanya kan. Ramai yang sudah mencubanya dan rata-rata daripada mereka mengatakan rasanya boleh tahan sedap!

Kalau  nak tahu bagaimana rasa bihun goreng ini, jom cuba buat sendiri nanti dengan menggunakan resipi di bawah.

Saya dah cuba
Not bad. .rasa mcm bihun yg mak
Kita goreng dulu2

Oleh kerana saya cuma grg setengah bungkus ja
Saya cuma masukkan sesudu garam dan sesudu gula ja
Sbb belacan dan udang kering dah masin

Bahan-bahan:

  • 1 paket bihun (rendam air biasa)
  • Udang kering satu paket kecil
  • Bawang rose 3 biji*
  • Bawang putih 2 ulas*
  • Cili kering 4 biji*
  • Belacan bakar (sikit sahaja)
  • Asam jawa (agak-agak besar duit 20 sen)*
  • Gula 12 sudu teh (kfc)
  • MSG 2 sudu teh
  • Garam 1/2 sudu teh (x7)
  • Serbuk kunyit 1/2 sudu teh*

Cara-cara:

  1. Bakar belacan.
  2. Kisar bahan yang bertanda (*) sampai hancur. Air jangan terlalu banyak.
  3. Goreng udang kering dalam minyak. Bila dah agak masak, masukkan bahan kisar tadi dan tumis sehingga naik bau.
  4. Masukkan perasa dan tumis seketika lagi. Bila dah nampak pecah minyak baru masukkan bihun.
  5. Kacau sebati bihun dengan menggunakan api perlahan untuk mendapatkan hasil bihun yang tidak hancur dan lembut. Hanya masukkan air bila perlu,
  6. Cara nak tahu jika bihun masak elok, akan nampak asap pada permukaan atas bihun.



10 comments:

  1. Kalau dah kata sedap tu nak jugak mencuba. Viral sebab sedap dan juga bahan dia 12 sudu gula teh tu kan. Ramai blogger dah cuba buat. Nanti nanti baru saya terjebak kalau teringin nak makan bihun.

    ReplyDelete
  2. Ada jugak a few blogger saya nampak cuba resepi ni

    ReplyDelete
  3. Nampakk sedapp! Memang betul betul letak 12 sudu gula ehhh, ingatkan nama aje hehehe.

    ReplyDelete
  4. Saya rasa macam nak goreng bihun lagi laa....

    ReplyDelete
  5. Terus nak request Pak Zain buatkan bihun goreng, bihun goreng Pak Zain sedap..SA failed kalau buat bihun goreng

    ReplyDelete
  6. Hehe nampak macam bihun bodoh pula.

    ReplyDelete
  7. Memang dulu kala aruah mak goreng bihun gini tapi saya tak pernah buat pun guna udang kering ni...

    ReplyDelete
  8. sedap nampaknya..jarang guna belacan & udang kering utk bihun goreng..

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.