02 September 2021

Pesan Bonda

Pesanan untuk anak2 perempuanku

Pesan bonda
kerana kita perempuan
doa adalah pohon kekuatan
kerana kita perempuan
malu adalah dahan keimanan
kerana kita perempuan
harga diri bukan nilai tukaran
kerana kita perempuan
sabar itu mahkota kemenangan.

Pesan bonda
kerana kita perempuan
air mata bukan penyudah jalan
kerana kita perempuan
di situlah akar diri bertunjang.



8 comments:

  1. nice one...perempuan walaupun lemah fizikal tapi dia kuat..

    ReplyDelete
  2. wanita juga kuat sekuat akar yang memaut pohon di bumi

    ReplyDelete
  3. Harap kekuatan dan doa daripada ibubapa.

    ReplyDelete
  4. Pesanan yang baik. Semoga anak-anak akak menjadi wanita solehah

    ReplyDelete
  5. Pesanan yang baik dan indah. Saya nak ambik jugaklah pesan akak untuk diri saya.

    ReplyDelete
  6. Perempuan tak dapat dipisahkan dengan airmata, tetapi di sebalik air mata itu ada kekuatan jiwa.

    ReplyDelete
  7. Pesan bonda kena ingat selalu. Semoga anak anak menjadi anak yang solehah. Aaaminnn...

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.