08 May 2011

PC Fair @ PISA

PC Fair berlangsung di PISA
(Penang International Sports Arena)
dari 6-8/5
So cuti sabtu pertama kelmarin
kami sama2 menyibuk kat sana





menunggu waktu dewan dibuka




jarang nampak muka2 melayu
kat tempat2 mcm ni


akhirnya beli satu



haha..mcm cara nak tarik perhatian pengunjung

04 May 2011

Mereka Ibarat Kain Putih

Dia baru 5 tahun
baru 5 bulan berada dialam persekolahan-Tadika
Namun apa yg diajar guru2nya
betul2 meresap ke jiwa
jiwa murni anak2 yg masih belum berdosa

Dia enggan keluar tanpa bertudung
walaupun diusianya saya pasti
dia belum faham
kenapa wajib menutup aurat

Yang diulangnya
"ustazah kata berdosa nampak aurat
nanti masuk neraka.."



walau bertudung...
anak2 anda masih boleh bergaya
pastikan tudung mereka ringkas
tak selekeh
dan tak menganggu pergerakan...



Ke 4,4 orang anak saya
dihantar ke tadika
yg berpaksikan pendidikan islam
Alahmdulillah...ke 3,3 anak perempuan
tahu batas aurat

Yang sulung khatam Al Quran semasa darjah 5
Yang kedua khatam Al Quran semasa darjah 4
yang ke 3...tinggal 3 juzuk lagi utk khatam
pastikan mereka khatam sebelum masuk sekolah menengah


Bila kita 'disana ' nanti
kita bukan inginkan anak2 yg pandai menyanyi
anak yg popular sbg insan seni
yg dipuja dipuji

Tapi..
anak2 yg tahu mengaji
yg tahu menghadiahkan kita doa
dan bacaan Yassin...

03 May 2011

Wang Kelian

Jalan2 cari pengalaman
sempena cuti Hari Pekerja

Destinasi-Wang Kelian,Perlis
Walaupun beberapa kali sebelum ni ke Perlis
tap Wang Kelian atau Padang Besar..
tak pernah sampai lagi

saya pun tak tau apa
maknanya Wang Kelian tu
apa yg pasti
ia mmg ada kaitan dgn wang
kerana kalau kesana
pasti wang anda akan melayang






dulu Chuping ni ladang tebu
tp sekarang dah diganti dgn getah
tak banyak tebu yg kelihatan
dicatatkan juga kat papan tanda tu
suhu kat sini mencecah 40 darjah celcius










sawade kap...


orkid plastik ni mmg nampak real..


100 bath bersamaan rm10

jangan le sesekali pakai kasut tumit tinggi
atau kain ketat..
ala2 nak bercatwalk

utk menjelajah keseluruhan gerai
ntah berapa kilometer ntah la
kerana saya tak sanggup menghabiskan
kesemua gerai utk dijelajah...
kemudian berpatah balik semula
ketempat parking kereta
huhu mau pitam kat situ

kalau ada baby...
baik la jgn dibawa bersama
kerana walaupun diletak dalam kereta sorong
bayi tetap merasa rimas dek
kepanasan dan ramainya org..





air apa ntah la
saya tak membeli makanan
dan minuman (kecuali mineral water)
kerana meragui
kebersihan dan 'kehalalannya'..

mcm2 ragam manusia
mmg murah dan banyak pilihan
tp sanggupkah anda 'mengusung' semua tu ke tempat letak kereta
bknnya dekat...

cantik jugak tudung2 kat sini




jumpa papantanda je
mesti bergambar..

(tarikh kat DSLR silap seting..still 2010)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.