15 January 2013

Spaghetti Carbonara

Sesekali..eat like Italians :)

spagheti ala2 carbonara
(tiap kali saya cakap nak masak spagethi
anak2 akan berpesan
jgn masak yg kuah tomato merah tu-bolognese spagheti)

kalau masak yg tu
alamatnya saya yg terpaksa habiskan sorg2

 terdapat dalam pelbagai perisa


-rebus air hingga mendidih
-masukkan sepaket spagheti
-masukkan beberapa titik minyak masak
(supaya spagehti tak melekat)
-1 camca kecil garam

dah kembang spagehti tu
angkat dan toskan...

-tumis beberapa ulas bawang putih
yg telah dicincang
(saya guna minyak zaitun)

-saya gunakan sosej
sbg ganti  bacon


-1 tin sos carbonarra

(dlm sos ni dah ada black pepper)
-1/2 cawan susu segar


sangat simple dan cepat disediakan...

14 January 2013

Ayah..

Semalam saya mimpikan ayah terlantar di hospital
mungkin gangguan iblis nak 
menganggu lena tido saya
(atau tido tak basuh kaki hehe)

pagi ni saya tepon ayah
ternyata ayah kurang sihat

ayah mmg mengidap diabetis
akibat dari penyakit tu
kaki,betisnya sentiasa kebas2
(kerosakan urat saraf)



dipusara arwah emak


tetapi ayah masih kuat semangatnya
menurunkan ilmu agama
kpd mereka yg mahu mempelajarinya

jika saya menelefon diwaktu pagi
terdengar riuh rendah alunan
bacaan al quran dirumah saya

bkn suara budak2
tetapi org2 tua/dewasa yg datang mengaji


teringat sewaktu saya belum kawen dulu

waktu siang/petang arwah emak
yg mengajar kanak2 mengaji quran
(saya pun ngaji dgn arwah)


dulu ngaji quran kat tok guru
tak payah bayar duit pun..
diajar dgn ikhlas

waktu malam atau hari jumaat
golongan dewasa pulak yg datang

ayah pulak yg amik giliran mengajar

time ni yg seronok
sbb mereka datang bawa buah tangan
bawak kuih muih

ketika itulah saya bagaikan
 perempuan melayu terakhir
membancuh minuman dan membawa keluar
dgn penuh sopan santunnya
"jemput minum makcik...pakcik.."

dan masing2 memandang sambil senyum
pd anak dara tok guru
*senyum ada makna..*

13 January 2013

Ayam Goreng Ala2 KFC

Membuat ayam goreng
ala2 kfc kat rumah
lbh murah berbanding ke KFC hehe

lebih penting,kita boleh
mengawal penggunaan serbuk perasa (msg)

Bahan Untuk Perap

Ayam 6-8 ketul ayam
3 ulas bawang putih ditumbuk
Sedikit garam
 1 sudu besar serbuk cili 1
sudu kecil lada hitam
 Secubit baking powder



Bahan untuk tepung

 1 cawan tepung jagung
 1 cawan tepung beras pulut
 3 ulas bawang putih ditumbuk
Sedikit garam
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil lada hitam
 Secubit baking powder


Perap ayam dengan bahan-bahan perapan selama 1 jam
 Campurkan semua bahan-bahan untuk tepung di dalam bekas
 Selepas 1 jam,
celup ayam yang telah diperap ke dalam telur yang dikacau.
 Salutkan ayam tersebut di dalam campuran tepung tadi.
 Goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing.


Kebanyakan kanak2 sukakan
bahagian paha ayam,kan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.