14 April 2013

Gulai Rebung Campur Ayam

Rebung yg saya beli ni telah siap direbus
bkn rebung yg dijeruk tu
yg tu,saya tak makan kerana kurang suka pada baunya

Bahan:
-500g rebung
(jika rebung fresh
rebus terlebih dahulu)
-ayam-ikut suka nak letak sebanyak mana




Panaskan minyak dan kemudian tumiskan bahan-bahan dibawah 
 8 biji bawang merah-dihiris
 4 ulas bawang putih-dihiris 
daun kari 
2 batang kayu manis 
3 kuntum bunga lawang 
5 kuntum bunga cengkih 
3 biji buah pelaga 
1 inci halia 
4 sudu makan serbuk kari-dibancuh sedikit dengan air hingga jadi pes.
2 cawan santan

-kemudian masukkan ayam
-bila hampir empuk dan hampir kering airnya
masukkan santan
diikuti dgn rebung

jika suka,masukkan sedikit kerisik
rasakan garamnya..bolehlah diangkat..



12 April 2013

Tips Gambar Nampak Cantik

Bukan saya nak buat tutorial
cuma nak bg tips saja..
tu pun sikit...sikit dan kecik punya tips...

tak kiralah  ambik gambar guna
kamera hp atau DSLR

bila mengupload gambar ke blog
jgn kedekut utk mengunakan 'storage' yg diberi
letak gambar kecik2 ja
dgn harapan quota lambat habis 

tgk...saiz yg berbeza 
memberi kepuasan yg berbeza,kan

medium size

original size




Ketika mengupload gambar
sila pilih original size
kalau kita 'paksa' dia mengecil atau membesar
pixelnya akan pecah...
gambar akan jadi blur

tp DIWAJIBKAN terlebih dulu resize gambar tersebut

samada guna PHOTOSCAPE atau PHOTOBUCKET

saya selesa mengunakan PHOTOSCAPE

Resize gambar kena ikut kelebaran (width) blog
jgn pulak gambar melebihi kelebaran blog,tak cun nanti..
contohnya,saya mengunakan (resize) gambar
600(width) x400(height)
jika mengunakan Photoscape
jika kita memilih berapa angka utk width
automatik ianya memberi saiz utk 'height'..

11 April 2013

Senduduk Pun Dah Ada Harga


Pada saya,senduduk adalah tumbuhan liar
ketika dikampung,zaman kanak2 dulu
pokok ni langsung tiada nilainya

pokok ni tumbuh dgn suburnya ditebing sungai
berhampiran rumah ayah

buah senduduk saya gunakan
sbg 'peluru' yg diisi dalam senapang buatan sendiri
(mengunakan buluh)
main tembak2 dgn kawan2...
walaupun tak sakit
tp buah senduduk yg pecah
meninggalkan kesan ungu pada baju
(blk rumah,kena marah kat mak)

sekarang..bila ke nurseri
macam2 warna senduduk ada
pink,ungu,putih
dan harganya pun boleh tahan

dan baru saya tau
ada jugak yg makan kelopak bunga senduduk
sbg penyeri wajah
ala2 makan kelopak bunga ros gitu

utk pelbagai masalah kesihatan
senduduk juga banyak khasiatnya
dari akarnya,daun,batang dan bunganya
semuanya berguna


gambar ni dirakam ditebing sungai
berhampiran rumah ayah dikampung
ianya masih setia disitu
seperti zaman kanak2 saya dulu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.