27 March 2015

Warna Warni Bukit Bunga

Bukit Bunga merupakan kampung yang bersempadan dengan Malaysia-Thailand. 
Bukit Bunga terletak 30 km dari Tanah Merah
 sekiranya melalui Lebuhraya Timur Barat. 
Ianya beroperasi dari 9.00 hingga 7.00 malam.
ia seolah merupakan destinasi 'wajib' singgah..
 
antara yg dijual disini ialah makanan ringan

terdapat jugak periuk belanga,pinggan mangkuk,tikar dsb
buah2an pun ada..


beraneka warna serta saiz teddy bear

hmmm..ada yg berkenan la tu

24 March 2015

Resepi Apam Beras

Apam beras ni sesuai utk sarapan atau minum petang


Bahan-bahan 

 2 cwn nasi 
 2 cwn tepung gandum
 2 cwn tepung beras
 1/2 cwn gula pasir
 2 1/2 cwn air 
2 sudu kecil yis (mauripan)
 kelapa parut dgn sedikit garam

 Cara Penyediaan 

 1. Blend nasi dan air sehingga hancur 

 2. Setelah hancur,gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati

 3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.

 4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati. 
Boleh dimasukkan beberapa titi pewarna

 5. Perap selama 3 jam.

 6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.

 7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.

 8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..

 9. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam.. atau enak dimakan begitu saja.


kukus sebentar kelapa parut ni
supaya lambat basi

Tips: Kalau nak kan permukaan apam cantik dan tak merekah
 sila guna api kecil semasa mengukus…. 
Kalau suka permukaan apam tu merekah dan tersenyum mekar
 boleh gunakan api besar semasa mengukus…. 
terpulanglah pada citarasa masing2.


21 March 2015

Colek Ayam D'Cherang Restoren

Saya berada  di Kelantan dari 17-20 hb
pulang bersama adik
utk menziarahi ayahanda yg kurang sihat

Semasa disana sempatlah  saya merasai makan 
Colek Ayam D'Cherang,Kota  Bharu
ni pertama kali makan


'
Sebenarnya ia ala2 pasembor kat  Penang
gabungan ayam, popia goreng,kentang ,cucur udang  dan lain2 lagi
dicicah bersama sos
tp kuah pasembor lebih pekat,pedas
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.