05 July 2017

WW : Jambu dan Sentul

Dibeli di R&R Bukit Gantang
RM6 utk 12 biji
kiranya sebiju RM2

ni buah kembar ni dikira sebiji ke 2 biji..:)
 sedap jika ditabur serbuk asam
lps tu letak dalam peti sejuk

 buah sentul ni pun berharga rm2 sebiji
buah jenis kacukan
isinya tebal,gebu dan manis
lebih sedap dibuat jeruk
campur asam boi,gula dan cili padi
biarkan semalamam dalam peti ais

04 July 2017

Cameron Square,Cameron Highlands


Assalamualaikum
dek masalah kesihatan
En suami pulak telah kembali ke Kulim
blog ni saya biarkan bersawang

saya mengalami bengkak di kaki hingga ke betis
dah 3,4 kali darah diambil
doctor kata masalah kolestrol yg tinggi
terpaksa bersolat duduk atas kerusi
tak boleh naik tangga

tanya kakak ipar saya
adakah saya berpuasa penuh?

ya lah kak,saya berpuasa mcm org lain la
ubat dimakan ketika berbuka dan bersahur

ketika cuti sekolah bulan puasa baru ni
suami mengajak saya dan anak bongsu bercuti ke Cameron Highlands
saja nak amik angin sejuk katanya

tapi rancangan dah bocor 
Alia sanggup ambil cuti nak join jugak

suami mencari hotel yg tak perlu isterinya naik guna tangga


tengok la kasut yg saya pakai
no kasut cantik2 sbb tak muat nak masuk kaki dek bengkak
stokin pun rasa terseksa bila dipakai sbb terasa ketatnya

 kali terakhir datang papan tanda ni takda lagi

masuk ke Cameron Square
pantang jumpa bangku saya akan berhenti duduk..sakit kaki weh

tiada apa yg menarik sini
tempat2 makan,tempat beli belah yg biasa2 ja







 jangan kata akak tak payung

Seronok sebenarnya kesana masa bulan puasa
jalan clear ja
tak ramai umat manusia

Bersambung :3D Museum


18 May 2017

Sudu & Garfu Candy Crush @ KFC


Kata Alia,dia ada suprise utk emak..
semasa membuat pesanan kfc,saya cuma tunggu dimeja
tup2 bila pesanan sampai
tu dia...
ada 4 corak sudu dan garfu Candy Crush
(dia tau saya pemain tegar candy crush)

dengan setiap pembelian RM 30 
anda layak membeli satu set sudu dan garfu ni pada harga RM3..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.