17 March 2010

Baca la betul2...

ni...surat kuning ni...
sangat2 'mengeramkan' saya...
ni bkn kali pertama surat2 tak diundang
sampai ke alamat rumah saya...
al kisahnya...
no rumah saya...652...taman kenari
hampir sama dgn alamat
taman perumahan 'disebelah' taman saya ni

taman saya-taman kenari
taman yg berjiran/bersebelahan-taman kota kenari

dek 'persamaan' ni la
posmen2 sering tersilap menghantar surat org sebelah
kerumah saya
dulu2...saya sering mengembalikan surat2 tersebut
pada posmen semula
atau suami yg pergi hantarkan surat tu ke alamat taman sebelah

lama2 kelamaan...kami semua 'malas'...





pagi ni...tersilap surat lagi
notis pemotongan bekalan air
yg sepatutnya dihantar ke taman kota kenari
sekali lagi dihantar ke rumah saya

pernah beberapa bulan lepas
3,4 org kakitangan syarikat bekalan air
berkumpul depan rumah saya
utk melakukan pemotongan bekalan air

saya bertegas...saya katakan tiap2 bulan kami tak pernah miss
bayar bil..
tp dia org berkeras tunjukkan surat yg dibawa

then..opppsss...minta maaf..
tersilap rumah,tersilap alamat..

huhu nak aja saya katakan..
lain kali baca,eja la betul2 alamat tu...

post signature

02 February 2010

Pantai Merdeka

Ni singgah kat Pantai Merdeka
lepas balik dari kenduri kawen
hubby punya kawan
haha sbb tu la berbaju kurung ke pantai...
pukul 1 tghari...panasnya..

pantai ni takde pasir
tembok dibina utk menghalang ombak
dari menghakis pantai...



ada jugak yg nak enterframe..

huhu jangan tak tau
ada lagu Cinta Kita Dipantai Merdeka...

post signature

20 January 2010

Cream Puff

sedap utk minum petang..



Cream Puff
65 g tepung gandum
secubit garam
50 g mentega
150 ml air
2 biji telur, dipukul sedikit

Cara membuatnya
1. Ayak tepung dan garam
2. Jerang mentega dan air sambil dikacau hingga mentega cair.
3. Padamkan api, masukkan semua tepung ke dalam periuk, kacau pantas.
4. Bila adunan sebati dan tidak melekat pada periuk, ketepikan hingga suam.
5. Masukkan telur, kacau rata. Isikan ke dalam beg aising.

Picit adunan ke atas tin pembakar beralas kertas timah.
6. Bakar pada 220 C selama 20-25 minit atau hingga kembang dan keperangan.
7. Buka ketuhar, cucuk setiap paf dengan hujung pisau. Bakar semula selama 5 minit. Angkat dan biar sejuk atas redai.

Inti Kastard
450 ml susu segar/UHT
150 ml krim putar
70 gm gula kastor
50 gm tepung kastard

Cara membuatnya
1. Jerang susu dan krim hingga panas tapi jangan sampai mendidih.
2. Campurkan gula dan tepung kastard ke dalam mangkuk.
3. Kacau adunan dengan pemutar belon (egg whisk) sambil menuangkan susu panas.
4. Jerang di atas api sederhana sambil dikacau hingga pekat. Bila sejuk barulah digunakan.

post signature

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.