28 December 2019

Kecil Pemberian Tp Besar Maknanya

Musim cuti panjang ni
berderet2 panggilan kenduri
org kata musim gantung periuk belanga

Zaman dah berubah
dah jarang2 tuan rumah bg bunga telur
berganti dgn goodies bag
yg diisi berbagai jenis jajan

Saya seronok dapat kicap dan sos cili ni
walaupun botolnya kecil
tp besar kegunaannya

kicap tu dpt 4 botol
kenduri rumah besan

Sos cili tu dapat 3 botol
kenduri rumah jiran/ kawan
alhamdulillah..



27 December 2019

Sek Keb Keting,Sekolah Pertamaku..

Disini...langkah pertamaku mengenal dunia
Disini...aku mula mengenal A,B,C
1,2,3
Alif,Ba,Ta..

Dulu hanya sekolah papan
semasa saya di tahun 4,5
baru sekolah baru ni dibina
sempat la jugak merasanya..

Sekolah ni hanya sepelaung ja dari rumah
so waktu rehat sempat la curi2 balik rumah
bawak geng...

Dulu satu darjah satu kelas ja
dan masih saya ingat lagi nama2 kawan2
lucunya kebanyakannya berakhir dgn huruf H

-Kamsiah
-Rabiah
-Zahariah
-Zakiah
-Rogayah
-Rohaniah
-Salmiah
-Fadillah

Rindunya kenangan itu..

26 December 2019

Fenomena Gerhana Matahari Anulus

 Fenomena Gerhana Matahari Anulus merupakan peristiwa yang jarang berlaku
 Kali terakhir ia berlaku dalam negara kita adalah pada 22 Ogos 1998,
iaitu 21 tahun yang lalu di Mersing, Johor.

 Fenomena gerhana merupakan fenomena alam yang unik dan menjadi satu keajaiban khusus di zaman terdahulu kerana kejadian alam berubah dari keadaan yang biasa.

Apatah lagi jika gerhana matahari ia berlaku apabila bulan melalui antara bumi dan matahari dengan melindungi matahari.
 Bezanya pada Gerhana Matahari Cincin dengan Gerhana Matahari Penuh ialah daripada segi keadaan bulan yang melindungi matahari.
Pada model bumi sfera, dalam fonomena cincin, bulan tidak menutupi matahari sepenuhnya dan nampak seperti cincin.

Gerhana: Tanda kekuasaan Allah, bukannya khurafat 

 Dari perspektif Islam, kejadian fenomena alam seperti gerhana matahari juga pernah berlaku di zaman Nabi Muhammad S.A.W. Pada asalnya masyarakat jahiliyyah mengait kejadian pelik fenomena alam dengan kepercayaan khurafat seperti berhubung kait hidup dan matinya seseorang.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.