12 March 2008

Aneka Nasi

Nasi Dagang Kelantan

Nasi dagang yg dibeli
jarang benar yg dapat memenuhi selera
biasanya keras berderai
mcm mengunyah beras

utk hasil yg sedap
campurkan beras nasi dagang yg kaler perang tu
bersama beras pulut
kalau ada beras wangi,boleh dimasukkan sedikit
nisbahnya 2:1
(jika 2kg beras nasi dagang
campurkan dgn 1kg beras pulut)
rendam semalaman bersama halba

kukus sebanyak 3 kali
1)dikukus spt biasa
bila beras telah kembang,angkat
2)gaulkan dgn santan cair-kukus semula..
lbh kurang 10 minit,angkat
3)kukus bersama santan pekat yg digaul bersama hirisan bawang merah,
halia yg dipotong halus  dan sedikit garam
kukus sehingga betul2 kembang dan tak terasa berbiji2 bila makan

Sila guna bawang merah bkn bawang besar


utk gulai ikan tongkol
versi kelantan tak mengunakan rempah ikan Baba's ke,Alagapas ke,Adabi ke..
cuma blend lengkuas,halia,kunyit hidup,bawang merah,bawang putih
masukkan kedalam santan bersama asam keping

bila telah pecah minyak,masukkan ikan tongkol yg telah direbus bersama
garam dan asam keping
(seeloknya ikan direbus dan biarkan semalaman supaya terasa garam dan asamnya)

kebanyakan yg dijual
dia org buat 'short cut'
ikan tidak direbus terlebih dulu

utk menghilangkan muak
nasi dagang sedap dimakan bersama acar timun campur lobak merah
bawang besar,cii merah,garam ,gula dan sedikit cuka

 boleh jugak ditambah telur yg telah direbus

                        

Nasi Ayam


Bahan-bahan: 

5 cawan beras (beras basmathi  lg cantik)- cuci dan toskan

8 cawan stock sup ayam

2 helai daun pandan

1 batang kayu manis

2 kuntum  bunga lawang

 4 kuntum bunga cengkih

3 biji buah pelaga

 1 1/2 inci halia

 3 ulas bawang putih
1/2 camca kecil garam



Cara Memasak:
Panaskan mentega, tumis kulit kayu manis,
bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga sampai naik bau..
 pastu masukkan halia, bawang putih dan daun pandan.
Masukkan beras yang dah ditoskan dengan bahan2 tumis tadi..

 masukkan air rebusan ayam dan tambah garam, gaul dan biarkan hingga masak.




Sup

Bahan-bahan:
kaki /tengkuk ayam
 1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1 kuntum bunga lawang,
 2 kuntum bunga cengkih,
3 biji buah pelaga ,
1 batang kulit kayu manis
sebungkus sup bunjut

Cara menyediakannya:
 Guna lebihan air rebusan ayam tadi, tambah air sikit kalau kurang air.
 Masukkan halia, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis
Biarkan mendidih,  Masukkan bawang putih dan bawang merah yang telah di goreng kekuningan
Tambah garam secukup rasa.
Masukkan daun sup dan daun bawang dan boleh dihidangkan.




Sambal Cili


Bahan-bahan:
 6 ulas bawang putih
10 tangkai cili merah
2 sudu besar cuka
2 sudu besar gula dan sedikit garam
3 sudu besar sos cili
2 cwn air

 Cara Menyediakannya:
Blend semua bahan.. masak kejap.. masuk garam & gula secukupnya.




Sambal Kicap


Bahan-bahan:

5 sudu besar kicap manis
 3 sudu besar kicap cair
2 ulas bawang putih
 beberapa titik minyak bijan
2 cawan air rebusan ayam

Cara Menyediakannya: Campur semua bahan dan masak kejap












Ayam Goreng Madu 


Bahan-bahan:

1 ekor ayam- di potong 6
3 sudu besar kicap masin
 3 sudu besar sos tiram
 2 sudu besar madu
 2 sudu besar sos tomato

Cara Menyediakannya :
 Rebus ayam bersama air hingga separuh masak dan keluarkan dari sup tersebut.(Air rebusan ayam inilah buat masak nasi ayam tadi)
Perap ayam bersama kicap, sos tiram,sos tomato
dan madu selama sejam
Goreng ayam dlm minyak terendam.
 Setelah masak angkat dan toskan.


 


Nasi Minyak Gulai Kawah


untuk acar
campurkan lobak merah,timun,nenas
bawang besar ,cili merah
garam dan gula
 Gulai kawah
1/2 kg daging lembu hiris nipis /seekor ayam
1paket kerisik (40g)
 1 paket kecil kari daging
1 labu bawang merah (kisar)
3 ulas bawang merah (kisar)
 3 ulas bawang putih (kisar)
2inci halia (kisar)
 2 batang serai (ketuk)
 3-4 sb cili giling
3 helai daun limau purut
 1 cawan santan pekat
Rempah 4 beradik
3sb gula merah
 2-3 keping asam keping
minyak
garam
 Air

 Cara-Cara:
 Panaskan minyak, tumiskan rempah 4 beradik,
(kulit kayu manis,cengkih,buah pelaga dan bunga lawang)
bahan kisar,serai ketuk sehingga wangi.

 Masukkan cili giling
masak hingga garing dan pecah minyak.
Masukkan daging dan kacau rata.
Masukkan sikit air dan kacau rata lagi.
Bila daging agak empuk,
masukkan santan, kerisek, garam, gula merah,
 daun limau purut dan asam keping
Biarkan mereneh hingga daging betul2 empuk.
Kacau sekali sekala
Biarkan sampai pekat.
Tutup api.


Bahan-bahan: 
 3 cawan beras 
4 1/2 cawan air - 
jika guna beras lembut kurangkan air atau mengikut kesesuaian beras 
 1/2 cawan susu cair 
1 sudu kecil garam
pewarna kuning
 2 helai daun pandan -disimpul 

 Bahan utk menumis: 

 1 sudu besar minyak sapi 
2 sudu besar majerin 
3 kuntum bunga cengkih 
3 biji buah pelaga 
2 kuntum bunga lawang 
1 inci kulit kayu manis
1/2 in halia ]
 3 ulas bawang merah] dimayang 
1 ulas bawang putih

 Cara membuat: 

 Beras dicuci kemudian ditoskan 

Panaskan minyak sapi dan majerin dlm periuk. 
Masukkan bahan tumis 
Goreng hingga naik bau/kekuningan 
Masukkan beras dan daun pandan, kacau sekata 
Masukkan air dan susu 
Tanak hingga kering, kemudian masukkan pewarna kuning.
 Biarkan seketika
Kemudian gemburkan nasi guna garpu
 Sedia dihidangkan bersama lauk pauk
              

Nasi Kerabu Kelantan

     
ok...biasanya nasi kerabu berwarna putih
biru atau kuning
utk mendapatkan nasi kaler biru
masak nasi mcm biasa
semasa mendidih tu
masukkan beberapa kuntum bunga telang


utk membuat sambal ni pulak
blend cili padi
seeloknya yg dah masak,kaler merah
blend bersama cuka,garam dan gula
jgn masukkan air..
nanti berkulat jadinya

utk mengurangkan rasa pedas yg melampau
buat sambal ni beberapa hari sebelum dimakan

sambal ni boleh disimpan berbulan2 lamanya
tanpa dimasukkan dalam peti sejuk


ulam2an...terpulang pada selera masing
kalau yg ori..daun kesum dihiris bersama
daun serai kayu

utk sambal kelapa

-goreng sebiji kelapa yg diparut
tanpa minyak sehingga kekuningan
mcm nak buat kerisik tu
lepas tu tumbuk

-beberapa ulas bawang merah
-2,3 batang serai
-sedikit halia
-sedikit gula melaka
-sedikit gula dan garam

semua bahan2 ni ditumbuk
dan digaul bersama kelapa tadi

-sekilo ikan direbus
kemudian diasingkan isi dari tulangnya

-kemudian isi ikan tu digoreng sekejap
goreng tanpa minyak
hingga kering ikan tersebut

kemudian gaul ikan tu
bersama kelapa tadi

haha banyak kerja nak kena buat,kan

sebab tu nasi kerabu ni ramai yg suka membelinya ja
(tapi jarang2 yg sedap)

kalau ramai ahli keluarga yg makan
mmg berbaloi membuatnya

utk budu pulak

ketuk sebatang serai,halia dan bawang merah
masak bersama budu
yg dicampurkan sedikit air

sedap dimakan bersama telur masin,keropok,daging bakar
atau ayam percik,atau ikan grg bersalut tepung


 

Nasi Hujan Panas



 ayam  masak merah



6 pot kecil Beras biasa (brasmathi lg cantik) 
1 sudu minyak sapi
 1/2 tin susu cair Rempah 
4 sekawan (bg lawang, kayu manis, buah pelaga, bunga cengkeh) 
Garam secukup rasa 
1 Bawang besar dihiris
 Minyak untuk menumis 
2 helai daun pandan
 1 Sudu sos tomato 
1 inci halia diketuk 
Pewarna ikut suka, 
saya guna hijau, kuning n merah

 Cara-cara 

 Basuh beras & sukat air macam masak nasi biasa 
Panaskan minyak untuk menumis 
Masukkan bawang & rempah & halia & daun pandan.
Tumis sampai naik bau 
Kemudian masukkan sos tomato, susu, minyak sapi & garam.
 Sudah menggelegak masukkan bahan tadi dalam periuk nasi n kacau sebati 
Setelah nasi agak kering cucukkan lidi bersama pewarna td ke dalam nasi. 


 Biar sehingga setengah jam baru di kacau.

Nasi Lemak Yang Enak

Supaya nasi lemak yg dimasak
berderai dan tak melekit
masukkan secamca minyak
seeloknya minyak zaitun/jagung
ketika nasi sedang mendidih

nasi lemak buatan sendiri pagi ni
susu cair mengantikan santan
dan sambal tanpa mengunakan belacan
(kurang gemar sambal
yg ber bau belacan)


cara membuat sambal yg enak
-gunakan cili kering yg dikisar sendiri
jgn sesekali guna cili boh/cili giling
dek kerana malas/nak cepat

-guna banyak bawang merah/bawang besar
kerana ia memberi rasa manis yg asli

-gunakan api yg kecil semasa menumis
tumis hingga bawang keperangan
atau hingga naik bau

-jika suka,boleh letakkan sekeping asam keping
atau sedikit asam jawa
cuma sedikit..kerana jika terlebih
ia akan mencacatkan rasa sambal anda

Laksam Kelantan

membuat laksam tidaklah sesukar mana
cuma masa yg diambil tu agak lama
(utk mengukus)

laksam dikira masak bila ianya mengelembung
kukus mengunakan tudung periuk ya
jgn terlalu tebal
bubuh lbh kurang sesenduk ja

campurkan sekampit tepung beras
bersama secawan tepung gandum
bancuh dgn air suam

jika terllau keras
laksam akan pecah ketika digulung

jgn pulak terlalu lembik
nanti jadi kueteow pulak

so kukus dulu sebiji..dan rasa
samada keras atau lembik
sbb takde sukatan yg benar2 tepat diperlukan


utk kuah

-2kg ikan,rebus dan asingkan isinya
-2 kg santan
-10 ulas bawang merah
-seulas bawang putih
-seinci halia
-lada hitam-tumbuk halus
-beberapa keping asam gelugur
-garam & gula

campurkan kesemunya dan sentiasa kacau
ingat-kesedapan laksam terletak pada kuahnya
jgn sampai kuah pecah minyak dan berketul2

 kdg2 laksam yg dijual dipasar malam
taugeh tidak disiang
(tak buang ekor dan kepalanya)

sila jgn malas..


ulam - ulaman
dan sambal yg akan mengalirkan airmata
seeloknya sambal diblend 2,3 hari sebelum dimakan
utk mengurangkan kepedasannya

guna cili padi yg masak merah
blend bersam acuka,garam dan gula

sambal ni boleh jugak dimakan bersama nasi kerabu,laksa kelantan
dan nasi berlauk



tuan rumah bersarapan dgn laksam le pagi ni

saya bangun jam 3 pagi
dan siap semuanya jam 6 pagi

                       


No comments:

Post a Comment



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●