07 October 2010

Kari Ayam Mamak

Dah lama rasanya saya
tak buat entri pasal makanan/resepi
kali ni nak share dgn kekawan
kari ayam mamak punya style..
mmg sedap dan fulamakk..aromanya...



* 1 ekor ayam - dipotong ikut suka
* bahan A:

10 biji bawang putih dan 3 inci halia - diblender.

* bahan B:
1 biji bwang bsar, dihiris2.
4 tangkai daun kari,
1 batang kayu manis,
3 kuntum bunga lawang

* bahan C:

2 biji tomato,
2 btg serai diketuk
2 helai daun pandan


* bahan D:

8 sb serbuk kari ayam baba's
(atau sebarang jenama)
1/2 sk srbuk kunyit
sedikit serbuk cili kering (yg tak suka pedas,tak payah masukkan)
dan gaulkan sebati dgn air. air jgn banyk sgat
* beberapa biji ubi kentang
* 3 cwn santan atau susu cair

* bahan E:

serbuk lada hitam,
serbuk lada sulah,
serbuk ketumbar,
serbuk jintan manis.
kuantiti, ikut yg anda suka)
* garam secukup rasa

CARA2:
1) tumis bahan A
sehingga naik bau kemudian masukkan bahan B
dan bahan C
Tumis hingga daun kari agak garing.

2- masukkan ayam dan ubi kentang.
Tutup periuk.
masa menumis ayam ni mesti anda akan mula terbau aroma wangian masakan ni.
bau harum daun pandan dan serai

3- masukkan sedikit air,
dan tutup periuk semula
biarkan lebih kurang 5 minit atau sehingga air aroma ayam tu keluar.

4- bila air kuah dah mendidih, baru la masukkan bahan D
dan bahan E
masak sehingga ramuan rempah ni masak dan sebati.

selalu tutup periuk dan masak dgn api pelahan.

5-bila kuah kari dan ayam dah masak dan empuk,

barulah masukkan santan/susu cair dan garam.

Sunggud sedap..!!
dimakan bersama roti putih,roti jala,sebarang jenis nasi...




post signature

12 comments:

  1. Salam Kamsiah.

    Kari ayam dengan roti jala.. memang kesukaan kak..

    ReplyDelete
  2. kari mamak dengan kari biasa sama tak??? tapi saya pun suke akri mamak...tk baca2 resepi ni

    ReplyDelete
  3. wow..
    bau dia dah sampai sini ..
    hehe

    thanks kak..
    tetiba jek dpt idea nak buat menu utk tetamu yang datang .

    ReplyDelete
  4. Salam kak kamsiah..wahh besttnyer..
    insyaAllah boleh cuba resipi akak in..fida punya resipi kari ayam simple giler..hehe..

    ReplyDelete
  5. memang sodap...
    tapi ...
    yg tak bestnya..lihat gambaq je..tak leh makan hee..

    ReplyDelete
  6. kak werdah
    keluarga saya pun sama..
    kalau roti jala dgn kuah durian...tak jalan..!!

    ReplyDelete
  7. sekamar rindu...
    membangkitkan selera dan menaikkan kilo kat badan..

    ReplyDelete
  8. sonata..kari mamamk,lain..kari melayu,lain...mamak byk masuk bahan2 lain selain rempah kari...sbb tu bau dan rasa dia...fulamakk...

    ReplyDelete
  9. fida..akak pun selalu buat kari ayam,guna rempah ja..tak masuk bahan2 lain..bila cuba yg ni,tambah serai,daun pandan..mmg lain rasanya..

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●