23 December 2010

Rupanya kentang berbagai jenis..

Membelek akhbar Berita Harian hari ni
saya tertarik dgn artikel
didalam ruangan Ratu
tentang keistimewaan kentang

dan baru saya tau
rupanya kentang mempunyai berbagai varieti
dan yg penting fakta ni

MUNGKIN ada yang bimbang untuk
memakan atau mengambil ubi kentang
dalam menu makanannya
kerana ia dikatakan,
boleh menyebabkan punca kegemukan.

Fakta itu ternyata tidak tepat kerana
jumlah lemak ubi kentang adalah
di bawah paras 25 peratus
dan membekalkan karbohidrat
kompleks manakala kandungan kalorinya
adalah rendah, malah dikenali
sebagai bahan makanan
yang bebas kolesterol.









red potatoes...


hhmmm..sedap,kan..



ni pulak varieti purple potatoes




sangat la cantik..



spesis yg biasa dilihat
brown potatoes
kalau buat kari ayam/daging atau sup
wajib bubuh kentang ni
selain memekatkan kuah,
ia juga memberi rasa 'manis' dalam masakan

kentang pusing a.k.a kentang pening


Hirisan ubi kentang mentah
serta jusnya boleh membantu mengurangkan
kesakitan penyakit yang
menyerang sendi-sendi dan radang otot.

Ubi kentang juga boleh melegakan kesakitan
salah urat atau tergeliat, luka-luka kecil dan
kebakaran ringan
dengan cara menekapkan hirisan kentang
di tempat berkenaan
selama 15 minit atau lebih.

Ubi kentang lecek (tanpa mentega)
boleh memutihkan dan melembutkan tangan.

Kentang berkesan untuk merawat penyakit
batu karang dan juga mengatasi masalah
jerawat dan bisul.

Caranya adalah dengan mengadun
ubi kentang dengan sedikit air kemudian
disapu ke atas jerawat atau bisul yang sudah
pecah sebelum ditutup
dan dibalut dengan kain bersih.
Cara rawatan yang sama juga
digunakan bagi merawat kudis atau luka.

Pencegahan Hipertensi

Kentang juga merupakan sumber yang
baik akan berbagai mineral, seperti kalsium (Ca),
fosfor (P), besi (Fe) dan kalium (K),
masing-masing 26,0; 49,0; 1,1;
dan 449 mg/100 g. selain
kandungan natriumnya sangat
rendah, yaitu 0,4 mg/100 g.

Rasio kalium terhadap natrium yang
tinggi pada kentang sangat menguntungkan
bagi kesihatan, khususnya terhadap
pencegahan timbulnya penyakit
tekanan darah tinggi (hipertensi).


dan..oohhhh..
ada beratus jenis ubi kentang diserata dunia

dan merupakan antara 5 kelompok
besar makanan yg ditanam manusia
selain gandum,jagung,beras dan terigu


22 comments:

  1. Anak-anak saya memang sangat suka makan ubi kentang. Ubi kentang yang merah tu sedap kan..:)

    ReplyDelete
  2. o yeke kak..terima kasih atas info ni...selama ni xtau la plak..heheh

    ReplyDelete
  3. @~ yus ~cikgu...saya tak pernah mkn lg yg kaler merah tu..biasa beli yg brown kaler tu ja

    ReplyDelete
  4. @cikceriacornersama2 la kerana akak pun tak tau jugak sblm ni..tau mkn jer hihi

    ReplyDelete
  5. kentang juga boleh guna untuk kurangkan rasa masin dalam masakan. Terlebih garam.Hehe..ni mesti anak dara dah gatai nak kahwin. pernah juga saya baca diet ubi kentang..makan la ubi kentang hari2 selama 30 hari boleh kurangkan berat badan.

    ReplyDelete
  6. salam kamsiah..akak tak baca pun..terimna kasih kerana sudi kongsikan disini..

    ReplyDelete
  7. K kamsiah: Yelah kak, ada mcm2 jenis.....rs lapor plak tgk yg last tu....hu3..

    ReplyDelete
  8. salam Yah..bagus article ni..makcik hanya pandai beli kentang tak kiralah apa jenisnya..suka masuk dalam kari dsbnya..rupanya ada berbagai jenis ya..

    ReplyDelete
  9. Salam Kamsiah,

    Akhirnya dapat kakak masuk blog ini. Lama mencuba gagal. Tak ada chemistry agaknya. Sekarang dah ada kot. Tak tahu apa sebabnya.

    Jadi tentang kentang biar dimasak macamana cara memang sedap. Kukus, goreng, lenyek atau apa juga asal jangan pening kepala makan kentang pusing sudah la. He...he...

    ReplyDelete
  10. uishh baru tau ni.. kentang ade kaler purple yer..
    cam keladi.. akak mmg peminat kentang ni.. hmm kene try test ni hehhee

    salam kenal dik
    jemput ke blog undi anak akak ye
    http://www.mayaqarmyla.net/2010/12/jom-vote-adik-dhuwa-haziq.html
    tq

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum. terima kasih bertandang ke blog sy..sy hargai kunjungan puan..blog puan hebat..tahniah!!! semoga berkunjung semula ya

    ReplyDelete
  12. salam kak kam.

    lor dok ingt kentang jenis kecik dan besar ja..dah tu bila buh dalm masakan sedap ja..Ain penah makan kentanq putar tu..hihi...
    Terimaksih ats perkongsian ini..

    ReplyDelete
  13. banyak rupa adik beradik
    si ubi kentang ni yer

    thanks for the info kamsiah

    ReplyDelete
  14. @ainhany
    isi kntang yg besar lbh gebu,lbh cepat empuk...sesuai utk dibubuh dalam masakan..

    ReplyDelete
  15. @sahromnasrudinlor...termalu la pulak bila dipuji...sbb takde apa yg heabtanya disini

    ReplyDelete
  16. @Yan
    saya pun baru tau kentang ada mcm2 kaler...yalah bkn makanan ruji kita ,kan..

    ReplyDelete
  17. @Kakzakiealhamdulillah...dah setel prob ya...saya pun tak tau nape..sbb ada sorg kawan lain masalahnya.takleh drop komen.

    ReplyDelete
  18. @kak ErnaBH wajib baca tiap ari..yg lelain ikut mood hehe

    ReplyDelete
  19. @Cheq Tunbetul tu...terlebih gara,masukkan ubi kentang,ianya akan menyerap rasa masin..

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●