29 March 2012

Petua Sakit Dalam Telinga

Ada sesiapa yg mengalami sakit dlm telinga?
sakit yg berdenyut2
nak telan makanan pun tak boleh
nak tido apatah lagi

dalam telinga ada mcm biji jerawat gitu

dulu2 saya mmg kerap
alami sakit telinga

bermacam ubat dan petua dah dicuba
namun hasilnya sementara saja

bayangkan sepaket putik kapas
tu hanya 2 hari ja
habis saya gunakan
dek kerana gatalnya dalam telinga


ni petua yg diberi abg ipar saya
yg diperolehi dari kawannya berbangsa cina

telan segenggam lada hitam
jgn sesekali dikunyah tau
nanti berasap pulak telinga

kalau boleh,buat 2 atau 3 kali

ketika mencubanya dulu
2 hari lps ditelan lada hitam tu
telinga saya mengeluarkan air
dikatakan air bisa
3,4 hari jugak baru kering
lps habis air bisa tu keluar

sampai sekarang
Alhamdulillah dah setahun lbh saya langsung
tak gatal2 lagi dlm telinga
walaupun saya mkn udang,belacan,sotong
dan segala mak nenek
yg menjadi pantang larang
sewaktu membeli ubat di farmasi
atau jumpa doctor dulu

petua ni jugak sesuai yg
yg mengidap sakit bisul

24 March 2012

Terpilih Blog Terbaik Pilihan

Blog Pilihan Terbaik ?
terimakasih
Cikgu Etuza

Blog ketiga terbaik pilihanku
ialah blog Detik-Detik Indah Dalam Hidupku ( Milik Kamsiah )
Kenapa blog dia? Dia hebat memasak, bersopan-santun,
selalu buat entry tak susah nak faham, ringkas dan direct
isi cerita dia. Ibu yang terbaik,bijak dan sangat penyayang.
Hehe ..kerana Kamsiah juga seorang yang suka bunga-bungaan
dan keindahan alam semulajadi, maka saya yang sama meminati
bunga-bungaan & alam semulajadi dapat berkongsi dengannya
keindahan alam menerusi gambar2 di blog Kamsiah.
Selain itu blog Kamsiah ini juga adalah pertama saya
linkkan di blog pesona hingga kini dan blog ini
anggun kerana pemiliknya Wanita Muslimah.



Sepanjang berblog
tak pernah terpikir sebegitu jauh
tulisan yg ringkas
cerita2 biasa
seorang hambaNYA yang biasa2
boleh menarik perhatian org utk membacanya

Disini tiada gosip2 artis
takde cerita melancung ke luar negara
shopping di tempat2 hebat...
semuanya biasa2 saja

Apa yg seronok (dan penting)
adalah mendapat ramai kawan
dari seluruh pelusuk Malaysia
dan yg menetap di luar Malaysia :)

22 March 2012

Adab sopan tinggal di rumah teres

Kalau ikutkan nafsu
nak tinggal dirumah agam
atau pun.....banglo
(sesekali berangan..apa salahnya)
sekadar berangan...bkn bermimpi..


apa pun Alhamdulillah...
masih ada tempat tinggal


Tinggal di rumah teres
memerlukan ketahanan mental yg tinggi
kenapa...??
kerana kita dikelilingi
jiran2 kiri kanan,belanag,depan rumah
yg 1001 macam perangai

Datang pulak dari pelbagai pelusuk
pelbagai budaya

1)
jika duduk rumah teres
pertama sekali kawal volume suara
tolonglah...takde sapa yg nak dengar
kita terjerit2 panggil anak,marah anak

jika rumah 'kosong' (takde perabut...
suara kita akan 'bergema'
dan didengari jiran sebelah

2)
tv,radio...volume nya sekadar pada pendengaran kita saja
walaupun rancangan tu peberet kita
walaupun lagu kat radio peberet kita
jgn le sesekali 'lupa diri'...

saya pernah jugak sound jiran dulu
akibatnya...mukanya masam mengalahkan cuka

mcm mana tak tegur
kalau nak buat apa pun tak boleh
dok dgr lagu indon dari rumahnya ja...

3)
kalau rajin sgt nak bakar sampah
pastikan pakaian jiran terdekat
dah diangkat dari ampaian
terlebih dulu
(yg ni pun saya selalu terkena)
semasa sidai berabu softlan
masa angkat berabu asap
nak tak nak,kena basuh semula

4)
kalau yg suka memelihara binatang
tolonglah di kurung
ayam ke,itik ke,kucing ke...


dulu setiap pagi
sebelum menyidai pakaian
saya terpaksa membasuh ampaian terlebih dulu
sbb pada sebelah malamnya
ianya dijadikan tempat tido ayam2 jiran blkg umah

5)
jika mempunyai bayi
cepat2 la pujuk jika bayi menangis
jgn biarkan melalak
hingga terganggu org lain

6)
kalau nak bersembang
dgn org yg selangkau dari rumah kita
pergilah kerumahnya
jgn menjerit2 kerana jiran
yg kat tgh2 tu...tensennn...

7)
jangan la terhendap2,terjenguk2 disebalik langsir
intai jiran2 keluar rumah,balik rumah
perati plastik supermarket mana kita bawa

dah 20 th saya menghuni rumah teres
jiran kiri kanan silih berganti
berbagai perangai manusia
telah saya tgk

org kata
jiran sepakat membawa berkat
jiran kecoh merana jiwa...

20 March 2012

Bihun Singapore

Bihun Singapore?
anak2 saya lbh suka
memanggilnya 'bihun putih'...

anak2 kecil pun boleh memakannya
kerana tiada risiko pedas
(saya tak meletakkan lada hitam
kerana anak2 dan saya
tak mengemarinya)




Sebungkus bungkus bihun ( direndam hingga lembut )-toskan
isi ayam,udang & sotong
sebatang carrot
1 biji tomato
kucai atau sawi -jika suka .
sedikit taugeh

bawang besar sebiji
bawang merah 5 biji
bawang putih 2 ulas
semua bawang tu samada nak hiris nipis
tumbuk,
atau blender

-tumis bawang
-masukkan secawan air
-masukkan isi ayam,udang & sotong

-masukkan sayur2an
-masukkan garam
(saya masukkan sikit serbuk pati ayam
mengantikan ajinomoto)

-masukkan bihun

utk hiasan saya
letak telur goreng dadar

15 March 2012

Tapai Pulut

Tapai pulut
untuk majlis tahlil & bacaan yassin
kat rumah MIL sabtu ni

biasanya bungkus mengunakan daun pisang
atau daun getah
tp tak sempat nak cari
guna tupperware ajalah

2kg beras pulut
menghasilkan 100 bekas tupperware
tunggu 48 jam baru masak...

12 March 2012

Cek Mek Molek

Mak nak buat apa ubi kayu tu?
tanya si bongsu saya,Tasha..
tu bkn ubi kayu
ubi keledek la...
mak nak buat kuih cek mek molek ptg ni
dia terus ketawa
sambil nyanyi lagu M.Daud Kilau

senyumlah..senyumlah..ahai cek mek molek


sekilo ubi keledek
yg kaler oren ja
sesuai dan cantik
dibuat kuih cek mek molek
kaler lain pun boleh
tp tak berapa cantik bila masak
rebus dan lenyek ubi tersebut
kemudian campurkan dgn secawan tepung gandum

nampak kaler putih tu
tu adalah tepung gandum
yg ditabur
supaya tak melekat antara satu sama lain
kuih2 tersebut
goreng dgn api yg perlahan
sehingga kekuningan
jgn makan semasa masih panas
kerana gula yg cair didalamnya
boleh melecurkan lidah anda...

11 March 2012

Award

Salam
sibuk berkenduri
sempena cuti sekolah
tak terjenguk blog ni

terimakasih pada yg sudi menjenguk
dan mengomen disini


terima kasih pada cikgu nun jauh di Sabah
yg sudi menghadiahkan award ni
cikgu
Etuza
semoga persahabatan maya
ni berpanjangan

saya seronok membaca kisahnya
mendidik anak bangsa
disekolah yg tentunya
berbeza kemudahan dgn sekolah2
di semenanjung

terima kasih cikgu...!!

09 March 2012

Mimpikan arwah emak...

Salam hari jumaat
hari mulia penuh berkat

2 malam berturut2
saya mimpikan berjumpa arwah emak
mimpi..? mengigau lbh tepat kut ..:)

sebelum ni pun kerap jugak
arwah emak datang dalam mimpi
dia tak pernah bercakap

setiap kali bermimpikan arwah
arwah menyediakan makanan utk saya

cuma mimpi pada malam lepas
arwah membentangkan seluruh rumah
(di kampung)
dgn hamparan putih (kain putih)
ahhh...gangguan syaitan barangkali
yg mahu menganggu nyenyak tido saya


saya tahu
separuh jiwa ayah
'pergi bersama emak'



dari saya kecil
sampai saya mempunyai anak

saya selalu dengar emak berkata

" Ya ALLAH,kalau nak ambil nyawa aku
ambil lah ketika anak2 dah besar..

Ya ALLAH,jika nak ambil nyawa aku
jangan biarkan aku sakit lama2
hingga menyusahkan org lain..."

kata2nya,permintaannya dimakbulkan
dia kembali ketika semua anak2 dah besar
dah berkahwin
(kecuali adik bongsu waktu tu)

dia tak terlantar sakit..

sedar tak sedar
telah hampir 10 th emak pergi

Al fatihah..

08 March 2012

Penyakit kulit gatal a.k.a lapar garam

Lapar Garam...?
mungkin ada yg tak pernah dengar

sewaktu saya berusia belasan tahun dulu
salah sorg anak sedara terkena penyakit ni
(biasanya terjadi waktu malam)

dia tergaru2 seluruh badan
nangis2 sebab takleh tido

saya tgk arwah emak
ambil ibu kunyit(kunyit hidup yg agak besar)
di tumbuk bersama ibu garam
(garam yg kasar dan besar2 tu)

kemudian lumurkan pada seluruh
badan anak sedara saya tu

saya menyakat dia

"dah boh kunyit,boh garam
lepas ni goreng la.."

makin meraung la budak tu



(gambar en google)

lepas kawen
anak sulung pernah terkena
sekali
dan saya amalkan petua yg sama

dan sungguh tak sangka
saya jugak dijangkiti penyakit ni th lepas
(sedihnya suami tiada ketika tu
kerana berkursus)

mmg nak nangis rasanya
dek rasa panas,pedih,gatal
jari2 jadi merah dan bengkak
kuku rasa nak tercabut
anak saya takut tgk muka saya
yg kemerahan dan bengkak

seingat saya
ia terjadi beberapa minit
lepas saya makan mi goreng yg dibeli

saya tak pulak melumurkan garam dan kunyit
sebaliknya minyak angin ja hehe

ni yg saya google
punca serta rawatan penyakit ni


Punca utamanya boleh disebabkan
oleh alahan dan bukan alahan.
Dan bahan kimia disebalik kejadian ini adalah
histamine yang dihasilkan oleh badan kita.

Bahan ini akan menyebabkan salur darah
mengembang dan pembengkakan tisu disekeliling tempat tersebut.
Bahan ini juga yang akan menyebabkan kegatalan.

Simptom-simptom

1) Kulit membengkak, merah, pelbagai saiz dan bentuk.
2) Gatal dan kadang-kadang sakit.
3) Dermatographism. Kulit akan membengkak jika digaru.
4) Biasanya bengkak akan surut dalam masa 24 jam,
tetapi akan berlaku pada bahagian badan yang lain.

Punca-punca atau penyebab.

1) Makanan
2) Ubat
3) Sentuhan kepada allergen
4) Sengatan
5) Bisa binatang
6) Radiocontrast
7) Jangkitan
8) Sejuk
9) Tekanan pada bahagian badan
10) Cahaya matahari

Rawatan

1) Elakkan agen alahan tersebut.
Jika anda alah pada sebarang makanan,
jauhi makanan tersebut.
Jika alah pada sejuk, getah,
rantai daripada emas atau perak,
elakkan daripada memakai barangan tersebut.

2) Antihistamine seperti piriton,
cetirizine, loratadine ataupun
steroid seperti prednisolone.

07 March 2012

Udang Masak Lemak Belimbing Buluh


bahan2:
1/2kg udang sederhana besar
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
bawang putih 2 ulas
bawang merah 2 ulas
segenggam cili padi
2 btg serai
beberapa biji belimbing buluh
sedikit serbuk kunyit

caranya senang sgt
sesuai utk yg tak berapa rajin
berlama2an kat dapur

bawang putih,bwg merah
dan cili padi ditumbuk
masukkan kedalam santan
(satukan yg cair dan pekat)
serai diketuk2
masukkan sikit serbuk
kunyit dalam santan tu

bila dah mendidih
masukkan udang
bila udang telah masak
masukkan belimbing buluh
dan terus padamkan api

belimbing buluh ni
cepat layu

06 March 2012

Bila Mr X6 merajuk...

Suami 'menghadiahkan' X6 ni pada
23 mei 2010...
camera 5mp
sangat berpuas hati dgn hasilnya
ni antara pic yg disnap
dgn Nokia X6 ni
kini...dia merajuk
tak mau bekerja lagi

kalau sebelum ni
semua hp saya rosak
sbb terjatuh kedalam air

kali ni mungkin sbb terjatuh beberapa kali
syg sgt sbb tak sampa 2 th lg pakai

(arwah x6)

yg lbh terkilan
mcm mana nak amik semua no kawan
dalam tu waaaaaaaaaa....
dalam SIM cuma separuh ja yg ada...

tp betul ke org kata
hp touch screen
lbh cepat rosak
berbanding butang punya?

05 March 2012

Detik-detik bahagia...

Apa ertinya saat2 bahagia
bg seorang ibu...

bg saya
(selain saat2 anak2 meraih kejayaan)
tentulah saat2 semua anak2 berkumpul

tak kiralah di rumah
atau melakukan aktiviti diluar

jika ke mana2...
salah sorg anak tiada
saya terasa bagai sesuatu yg kurang

saat2 yg paling mengembirakan
tentulah pada hari mulia
hari raya,kan...
bayangkan jika di hari mcm ni
salah sorg anak tiada disisi
tentulah mood beraya terasa kurang,kan..


cameron highlands
alhmadulillah...semuanya ada

tree top walk,Sedim...
pun semua anak2 ada


Taman Tasik Taiping
Kuantan,Pahang

Gunung Jerai

bila semuanya ada
mcm2 posing dibuatnya
penang...
dan penang...

Sebagai seorang ibu,
mendoakan anak2 semoga selamat
dan bahagia dunia dan akhirat,
semoga anak2 menjadi penyejuk hati dan mata...

03 March 2012

Novel Berunsur Lucah...????

Lama saya tak meng update blog
masa dihabiskan dgn membaca...membaca...
bkn apa...
saya membaca komen
beberapa pembaca akhbar
diruangan Surat Pemaca
novel2 yg laris dipasaran
banyak mengandungi unsur2 lucah

~~lucah yg dimaksudkan mereka~~
hubungan suami isteri
yg dipaparkan
tak sesuai utk bacaan remaja
sedangkan golongan inilah
peminat setia novel2 cinta
kisah kawen paksa
last2 bahagia
Suami Yang Ku Benci
kisah kawen paksa jugak
isteri yg benci suami
last2 sayang bagai...

Andai Itu Takdirnya
maaf saya tak tau
yg saya baca adalah cetakan ke 18
huhu larisnya...
ni pulak kisah suami yg membenci isteri
dek tak setaraf


(semua novel diatas
dipinjam anak saya dari kawannya)

secara kebetulan,ketiadaan idea atau
apa saja alasan penulis
semua cerita diatas
mengulang kisah yg hampir sama

kawen paksa,tanpa rasa cinta
antara dua darjat

last2-happy ending...

terpulang pada anda
mahu mengkategorikan novel ni
dalam kategori apa...

saya suka novel2 Ramlee Awang Murshid
tiada ayat2 cinta yg mendayu
tp rasa cinta itu
tetap dapat dirasai oleh pembaca


koleksi kesayangan..:)