31 May 2012

Mood Balik Kampung



Esok...Jumaat..1 jun...
insya Allah akan berangkat balik kampung
Kulim-Simpang Pulai-Cameron Highlands-Gua Musang
Bermalam di rumah kakak no 2
kat Felda Perasu
(org Felda baru dapat 15k)

sedikit ole2 utk adik beradik disana
kuih peneram

dan 6kg maruku
best layan lagu Sudir ni dalam perjalanan

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh...
Ho ho... Balik kampung
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti

Lagi satu lagu
yg best utk halwa telinga


Keindahan Alam-Flybaits

Angin pagi berlalu meresap jiwaku

Burung-burung menyanyi berkicauan
Desir ombak berlalu memukul ke pantai
Kanak-kanak berlari berkejaran

Suasana yang indah dan permai
Pohon nyiur pun melambai
Suara alam mendayu menyanyi lagu ku
Bagai hati yang pilu yang merayu

Suria pagi menyinar megah di angkasa
Embun di hujung rumput mula pudar
Desir ombak berlalu memukul ke pantai
Kanak-kanak berlari berkejaran

Bagai hati yang pilu yang merayu
Bagai hati yang pilu yang merayu !

doakan perjalanan saya selamat sampai
kedestinasi...





29 May 2012

VCO Catalyst

Orang lain dah lama guna
dah tgk kesannya
saya baru nak cuba

selama ni dok makan EPO..mcm2 brand

VCO Catalyst ni
saya beli kat rakan blogger



member buat bisness
kita pun support la
(kut2 pasni dia nak bg diskaun hehe)

order 2 kotak sekaligus

saya pasti ramai yg dah tau
kebaikan serta kesan minyak kelapa dara ni

Blackmores ni pun teman setia jugak
Calcium,garlic
dan produk HPA
amat2 berkesan utk mengeluarkan angin


25 May 2012

Hari Tanpa Nasi...

Yeeeaahhhh....
bermulanya cuti sekolah 2 minggu
kurang sikit 'kekalutan' waktu pagi

hari ni pulak
hari tanpa nasi
kat rumah saya ni sebenarnya
biasa tak masak nasi

kalau masak bihun grg/bihun sup/mi sup
atau laksa
automatik nasi tak perlu dimasak


kueteow + tomyam


gandingan yg awesome....


ni pulak hasil airtangan
anak dara saya
puding biskut merry


bab2 memasak dia rajin
bab2 melipat pakiannya...
(tak berapa rajin..)

bahan2:

bahan2 dan cara:

Bahan2:
-20g agar2
-5 cawan air
-gula secukup rasa
-250g butter
-2 biji telur
-2 senduk tepung kastard
-1 tin susu cair
-biskut
(apa2 brand pun ok ,contohnyamerri munchys)
biskut coco puff pun sedap jugak
-sedikit pewarna hijau

cara:
masak agar2 bersama air
kemudian masukkan gula
diikuti dgn butter

blender/mixer telur bersama
susu cair dan tepung kastard
masukkan kedalam agar2 tadi
kacau sehingga pekat
bahagikan pd dua adunan
dgn satu diwarnakan hijau

sendukkan 1 bahagian hijau..
ratakan didalam bekas...
letakkan biskut tadi
kemudian sendukkan
adunan kuning pulak...
buat la mcm tu sampai habis...
kalau nak cepat sejuk..
masukkan dalam peti ais...

23 May 2012

"BLOG & BLOGGER BAIK HATI "

Rabu...dah 2 Rejab dah...
Rejab...Syaaban..Ramadhan...
penuh kemuliaan..penuh keberkatan...

dan saya...
rasa sebak dan terharu
terpilih sbg antara Blogger Baik Hati
oleh blog Pesona milik

baik hati...???
saya pasti dan yakin
kebanyakan blogger mmg baik hati
sedia memberi,sedia berkongsi
segala tips,petua,nasihat
mintalah apa saja tutorial
tanyalah apa jua masalah
ramai yg sedia membantu



. Nak umumkan list blog dan blogger yang baik hati.
Memang mereka baik hati, terharu kerana blog kecil
dan cetek ilmu PESONA masih diintai di balik tabir maya.
Mereka sporting dan BAIK HATI.
Sah lah mereka BAIK HATI, kerana hanya
KALAU meneka air dalam gelas itu apa?.
Terima kasih mewarnakan blog PESONA.

4. Inilah list blog dan blogger baik hati di laman PESONA.
Maafkan saya kerana terlalu deras pantas dan tuntas
menutup segmen SIAPA BLOGGER BAIK HATI hari ini.
Hanya satu nak bagi tahu - kerja cepat selesai dan
tak jemu menunggu lama keputusan ya. Tak sampai 20
blogger yang tersenarai pun tak apa2, sebab terlalu
banyak blog dan ramai lagi blogger yang memangpun
BAIK HATI. Cuma mereka tak sempat jenguk laman
PESONA.
Kepada yang melawat ke laman PESONA
harap KLIK2 dan follow lah blog BAIK HATI ni ya.
Inilah barisan BLOG & BLOGGER BAIK HATI
yang menjadi milik PESONA blog.
1. SWEET HONESTY- INI KISAH AKU
2. DETIK-DETIK DALAM HIDUPKU - KAMSIAH YUSOF
3. ARINA SHAMSUL - BUNGA HATI MAMA
5. IZAN MAMA MIA - KASIH TERCIPTA, SUARA HATIKU ( TEKAAN PALING TEPAT )
6. TINTA LANA - LANA..THE JOURNEY BEGINS
7. DI SINI RUANGKU BERKONGSI - DIEYNA
8. @ DEQLA MANJEW - MRS ERRY BERCERITA ( PENEKA TERHAMPIR/ SAH JAWAPAN)
9. 9NOL4 - TENTANG KITA
10. DUNIAMASHAWORLD - MASHA MEISTERS
11. KARUKORD JAGAU'S - MANGGARADAW ( TEKAAN PALING TEPAT)
12. DECLAROCHA - AKU DAN SESUATU
14. CIK NUR - AKU CINTA & CITA-CITA
16.LELAMAISARA - CUTE MAMA
17. SI MATATAJAM -*MAI NAK CERITA*
18. EJUL -KAMPUNG KAMEQ ( SAYA LISKAN -SEBAB SAYA TARGET
20 BLOG YA)
19. CIK LAVENDER'S STORIES - CIK AINI LAVENDER'S
20

saya perhatikan follower cikgu terus meningkat
dari sehari kesehari
semoga blog pesona dapat memberi ilmu pada yg mahu mengutipnya

20 May 2012

Kulim--Parit Buntar--Kuala Gula


Sabtu-19 Mei
menghadiri majlis kenduri kawen
sedara sebelah suami
di Parit Buntar

Majlis diadakan di Dewan Merdeka



Saya langsung tak mengenali pengantin ni
ibu pengantin adalah sedara pada mak mertua saya


belakang dewan ni
terdapat taman reakreasi

Sungai ni memisahkan Negeri Kedah dan Perak
nun disebelah sana-Kedah
disebelah sini-Perak


walau panas membahang
posing tetap posing

time nak raya
tempat ni popular utk beli baju raya
saya tak pernah datang lagi
Dari Parit Buntar
terus ke Kuala Gula
beberapa kali jugak sesat walau berpandukan GPS



Kuala Gula Bird Sanctuary

Masa seakan terhenti disini
sunyi sepi
saya mencari jika terdapat
kedai menjual hasil laut
namun hampa...


17 May 2012

Ukiran Buah Epal

Kalau saya nak makan epal
amik dari peti ais
terus ngap..ngap..
(dah basuh sblm simpan)

lain halnya dgn anak dara saya
yg no 2 ni
(hidupnya penuh protokol)
semuanya kena tertib...
tak boleh hu ha hu ha

kalau potong bawang...berjam2 la jawabnya
kalau potong sayur
kena sama ja saiznya
kalau potong buah...sama bentuknya
potong cili merah..
halus mcm bunga rampai jadinya

ni nak makan epal
buat bentuk arnab dulu
rendam beberapa saat dalam air garam
(supaya warnanya kekal)





sungguh...saya takde masa utk benda2 mcm ni..:)

16 May 2012

Solat...tapi....buat macam2..

Si bongsu saya ni
bersolat ikut mood dia
kadang2...dia ikut bersolat
dibelakang saya
tp biasanya saya di rakaat kedua
dia dah 'lesap'...

adakalanya...dia nak solat
lepas saya solat..
konon nak solat sendiri
solat apa pun...4 rakaat dibuatnya

adakalanya...dia berhenti kejap
pergi minum air kat dapur...




semalam dia solat Isyak
lepas saya solat
(kononnya nak mengambil tempat/sejadah saya)

أُصَلِّى فَرْضَ الْظُهْرِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ

“Sahaja aku sembahyang fardhu
zuhur empat rakaat kerana Allah Taala,
Allahu akbar.”



Bacaan niatnya dah lancar

"Tasha..ni waktu Isyak...bkn Zuhur..." kata saya

'4 rakaat,kan.." katanya

Mula lah bersolat...kuatnya baca Al fatihah

saya dan sorg lagi anak
berbisik2 di atas katil..ditepinya

Tiba-tiba..

"Ssssyyyyyhhh...." dia berkata sambil menjeling saya diatas katil
lepas tu sambung solat

haha...kononya tak khusyuk la
bila ada org nak menyembang kat sebelahnya


14 May 2012

Pemberian Hari Ibu

Ibu...wajib dihormati..disanjungi..disayangi...
Setiap hari...setiap masa...setiap waktu
bukan pada ahad kedua setap mei saja

tapi..kalau anak2 nak bg
saya terima saja..:)

sedikit tandamata dari anak kedua


seorang ibu sentiasa ikhlas
terhadap anak2nya
doanya...kasihsayangnya...pengorbanannya..

13 May 2012

Makan makan @ Kulim Inn

Kulim Inn-Kulim
air suam pun ada harga
rm1...



nasi goreng cina-Tasha punya
dan saya cuma order bihun grg
2 org anak dara lagi
mintak chicken chop
sup cendawan saya punya jugak
dan nasi ayam kepunyaan hubby


sebenarnya amat terseksa menunggu hidangan sampai
kerana saya lihat cuma ada sorg ja pekerja
dia yg amik pesanan
dia yg hantar pesanan
dia yg kemaskan meja
dia yg amik bayaran

kata suami-dia jugak yg masak..!!

11 May 2012

Aneka Kerabu

Bg saya,kerabu sbg hidangan pembuka selera
selain ulam2an
lagi pedas kerabu
lagi sedap

yg biasa dibuat kat rumah
kerabu mempelam


kerabu sare

kerabu sotong pun sedapppp..


kerabu buah beka @ bonglai
susah nak dapat buah ni


kerabu suhun

kerabu pucuk paku

 




kerabu bunga kantan

selain sedap..kerabu jugak mudah disediakan
cepat dan tak memerlukan bahan yg banyak

yang tak pernah saya masak
dan makan adalah kerabu perut
(saya tak makan perut lembu)

09 May 2012

Musim Berbasikal

Orang 'rumah' saya ni
hobinya bermusim

ketika 'musim' memancing
dibelinya segala buku memancing
peralatan memancing penuh rumah
tp...ikan tetap beli kat pasar jugak...

pada ketika yg lain pulak
hobinya mengumpul golok
nasib baik le tak kena perasap
kemenyan tiap2 malam jumaat hehe

kalau nak jual
laku dak ni??

hobi terbaru...terkini
berbasikal la pulak
berbelas th dulu dah mula hobi ni
tp seketika ja
basikal tersimpan sampai berkarat
kong kang...dum dam...repair sendiri
rumah dah bertukar jadi bengkel

peralatan berbasikal pantas ja dibelinya
helmet,glove dan segala bagai...


kayuh...amik gambar...kayuh..amik gambar

Tasha jugak dah berjangkit hobi ni
tp terpaksa bawa ke taman tasik kulim
utk membolehkan dia mengayuh dgn selesa dan aman..


saya...??
sering diajak suami
utk berbasikal bersamanya
(ada 2 buah basikal)
huhu...tak mau la

saya tgk pakaian utk berbasikal
sendat,ketat,melekat
mcm nak beraerobik...

08 May 2012

Jumpa Ketua Polis Negara

"Semalam kami jumpa Ketua Polis Negara,Kak..
kat Stadium Keladi.."
bgtau saya pada kakak ipar

"Adik beradik kita la tu..."balas kakak ipar saya

"Laaaa...ya ka kak.." tanya saya mcm tak percaya

Dia pun bercerita..
keluarga suami saya
dan KPN tu satu 'tok nek'
saya cuma mengangguk2 mcm burung belatuk
bkn apa..bab2 salasilah keturunan ni agak lembab sikit
takat sepupu,anak sepupu tu tau la saya

KPN asal dari Kulim(Junjung)

bertempat di Stadium keladi,Kulim
Polis turun padang,bertemu dan beramah mesra
dgn org ramai
berbagai acara menarik diadakan

saya datang agak lewat
kerana menunggu DSLR yg dibawa anak saya kesekolahnya
terlepas acara2 menarik
spt payung terjun,stunt dll
kereta yg kecik2 dan comei2...




tarian...part ni kaum lelaki
bkn main 'menghayati' lagi...

padang dah becak sbb malam
sebelumnya hujan


Kelab Gerek Tua
'gerek' tu basikal






ketika asyik melayan pameran
melintas KPN didepan
suami sempat bertanya khabar dan bersalam
sayangnya saya tak sempat nak klik kamera