30 October 2012

Kulim--Cameron Highlands--Gua Musang

Salam hari selasa
lamanya tak mengupdate blog ni
dek sibuk serta buat2 sibuk...

cerita hari raya
dan hari selepas raya

walaupun tak cantik
tp saya 'bangga' kerana
buat sendiri ketupat daun palas tiap kali raya

raya haji yg amat2 simple
mood beraya tiada langsung
kerana mak mertua berada di tanah suci
<
<
<
<
<
<

Sabtu...raya kedua
berangkat balik kelantan (Gua Musang)
rumah kakak ke dua
kerana ada majlis kenduri kawen

alang2 lalu kat Cameron
singgah le jugak
membeli strawberi



bunga2 matahari...kembang mekar...
yg nampak 'lompang' tu
biji benihnya dipetik pengunjung

berat bkn main bunga ni


markisa a.k.a passion fruit bergayutan




kreatif,kan...

zoom sikit...



tanah tinggi Lojing
digondol dan ditarah utk tujuan pertanian

memasuki Gua Musang
haha ada cikgu2 nak ngajar kat sekolah ni..?

sampai dirumah kakak jam 1.30 tghari
dan pengantin perempuan sampai
jam 3 ptg...
yg lelaki tu anak buah saya


cincin kawen...



bersama adik saya dan anaknya
(abaikan muka mengantuk dan sememeh saya
tu-lepas makan)

haha sebelah ptg
pengantin 'didera' mencuci pinggan mangkuk



aktiviti paling best kat sini
memancing dikolam
talapia...patin...
(saya tak kesana kerana takut pacat)

haha...adik Irfan besar ke..ikan yg lbh besar..

FM pemberian anak buah yg keje kat Miri

19 October 2012

Asam Gelugur a.k.a Asam Keping

Mungkin ada yg tak pernah
melihat pokok asam gelugur



Buah yg dah masak,yg gugur
dibelah,dihiris nipis2

kemudian dijemur sehingga kering










laksa dan asam pedas
antara masakan yg mengunakan asam gelugur

selain sbg bahan penyedap dalam masakan
asam gelugur mempunyai pelbagai khasiat
utk kesihatan

yg ada darah tinggi tu
perbanyakkan pengunaan asam gelugur dalam masakan
(kalau tak mahu rebus dan minum
air nya begitu saja)

yg ada ulser dalam mulut tu
amik sedikit asam gelugur
rendam kejap dalam air supaya kembang
letakkan kt tempat ulser tu beberapa minit

cara yg sama untuk sakit gusi

saya pasti ramai yg dah tau
kegunaan asam ni
utk menghilangkan hanyir ikan
terutamanya ikan sungai


17 October 2012

'PA' Di Dapur

Pembantu peribadi di dapur


batu giling
kata org,gulai/kari lbh sedap
jika dimasak dgn rempah yg digiling

maybe saya bkn org utara asli
saya tak tau membezakan rasanya

saya tak pernah sentuh benda ni
apatah lagi nak mengunakannya

wahhh..berbagai saiz ada...
tp jarang2 digunakan  (malas la tu)

kata org sambal belacan
yg ditumbuk lbh ummpphhh
tp nak menumbuk tu kena ada skill jugak
kalau tak,habis terpercik kat tgn,muka
(mcm saya..:))


suami kata,dia makan sambal belacan
yg di blend pas kawen dgn saya haha


15 October 2012

Kanak2 Pantang Dapat Gunting....



Sapa yg pernah alami perkara begini..
anak gunting rambut sendiri
dek terleka seketika..
Anak saya, Eleena sewaktu berusia 4 th
dah gunting rambut
sorok rambut bawah katil
tau pulak takut kena marah...

haha bkn saya ja ada pengalaman mcm ni
ni Alya Zahra
anak kepada anak sedara
kiranya sepupu Eleena la ni

malam raya puasa baru ni
semua org dah tertido dek keletihan
dia buat keje sorg2...
fesyen rambut nak sambut raya agaknya..


13 October 2012

Resepi ketika takde air


haha...nasib baik kain baju saya basuh waktu malam
depa nak putuskan bekalan air
bukan nak bg notis dulu
nasib baik ada sikit air simpanan yg telah bertapis

so inillah santapan tengahari ni...

My Son In Berita Harian & Utusan

yg paling tinggi & ber spek tu

belek jgn tak belek...

dah ada moto dah
utk ulang alik dari kolej ke dewan kuliah....

08 October 2012

Budak2 Nakal...

(setelah dicuba berbagai cara
masih tak hilang2 kesan dakwat)
Semalam anak perempuan saya
yg di tingkatan 1
balik rumah sambil membebel2

"geramm...geramm..budak2 jahat..."katanya

"sapa..depa buat apa.."
saya bertanya...
(difikiran saya terbayang dia diusik dlm perjalanan balik)

"ni...habis tudung,baju..kena dakwat pen.."

ceritanya...budak2 lelaki dlm kelasnya
membaling dakwat pen pada kipas
habis terpercik dakwat tu
yg teruk kena pelajar perempuan la

saya banyak mengoogle
petua menghilangkan dakwat pd pakaian
berbagai cara dicuba
namun tak 100% hilang...degil betul..

anak sapa la yg 'jahat' sgt tu
eiii rasa mcm nak pulas2 telinga ja...

05 October 2012

Selamat Menunaikan Ibadat Haji..

Alhamdulillah...
hari ni...bersama hujan renyai2
berkonvoi menghantar ibu mertua
dan adik ipar ke Kompleks Tabung Haji,Bayan Lepas


feel =gembira + sedih


anak sulung dan anak bongsu
adik ipar saya
yg menemani ibu mertua ke tanah suci

"Nabila..ibu pergi bkn lama....
jgn sedih2 ya.."


nasib baik cuaca redup ja
khemah utk waris yg menghantar
mmg tak mencukupi


kami berangkat pulang
selepas membuat lambaian terakhir

selamat jalan dan selamat kembali

<
<
<
<
dan acara yg disukai oleh kanak2..
berkelah tepi pantai



02 October 2012

Secebis Kisah..........


Satu pagi...diwaktu subuh
saya singgah bersolat di R&R Tapah

surau yg sempit tu agak padat
sebaik ternampak satu sejadah kosong

saya menapak...
namun sebaik kaki saya memijaknya

"ni tempat anak I.."

tegur sorg wanita disebelah sejadah tersebut
(tanpa tersenyum dan dgn nada sikit angkuh)

mungkin anaknya belum selesai mengambil wuduk

"ohh...sori.." balas saya

Sedang saya tertinjau2 tempat kosong
tetiba lengan saya ditarik lembut

"kak..kat sini kak.."
kata seorang gadis manis sambil menarik lengan saya
menunjukkan sejadah yg kosong
sebaik dia habis bersolat

"kejap ya kak,saya lipat telekung saya kejap.."

katanya sambil terkocoh2 melipat telekungnya
bimbang saya menanti lama utk bersolat

"takpe..takpe..terimakasih..terimakasih dik.." balas saya

sebelum berlalu...kami sempat berbalas2 senyuman


ohhh...yg berusia tak semestinya berbudi bahasa
yg muda tak semestinya tak tahu adab sopan

kisah kedua

sedang saya dan anak lelaki beratur
utk membayar dikaunter Tesco

sorg lelaki di belakang menghulurkan
voucher gift bernilai RM25

"Ambil la..I punya amount tak sampai RM150
tak leh guna voucher ni"..katanya

saya tgk mukanya ada iras2 cina

saya dan anak teragak2...

"takpe..takpe..ambil la..jgn malu...."
dia perhatikan jumlah bil saya melebihi RM200..

oohh...rezeki jgn ditolak...


ditengah2 kegawatan moral
rupanya masih ramai lagi yg berbudi bahasa
berakhlak mulia
dan tidak pentingkan diri sendiri...