31 January 2013

Bagaimana Mendapatkan Jiwa Yang Tenang..

1. Membaca dan mendengarkan al-Quran

2. Menyayangi orang miskin

3. Melihat orang yang di bawah, jangan lihat ke atas

4. Menjaga silaturahim

5. Banyak mengucapkan “La hawla wa la quwwata illa billah“


6. Mengatakan yang haq (benar) sekalipun pahit

7. Tidak ambil peduli terhadap celaan orang lain 
asalkan yang kita lakukan benar kerana Allah

8. Tidak meminta kepada orang lain

9. Menjauhi hutang

10. Selalu berfikir positif


30 January 2013

WW :Hijau
















29 January 2013

Orkid Dalam Kenangan

Ni musim kemeriahan orkid dilaman saya



namun kini semuanya dah jadi arwah
ada yg mati kerana pokoknya dah tua
ada pulak mungkin tak berbaja
mungkin jugak ada yg sensitif dgn persekitaran baru
(biasanya spesis ni dibeli di cameron highlands)

yg ada cuma ni
berbunga sepanjang masa


yg ni spesis liar
cuma 2 kali berbunga
lepas tu merajuk terus sampai sekarang
dah menopause kot...

27 January 2013

Semakin Berusia..Semakin Berharga..

Bukan orang ja yg makin berusia..
makin berharga..digelar warga emas
dek pengalaman hidup mereka

pokok jugak amat cantik
jika berusia ratusan tahun

yg ni dirakam di Kuala Kangsar

ni ni pulak rasanya ramai yg kenal
dgn tempat ni
Taiping
yg penuh kedamaian dan ketenangan..



 lampu2 terpasang dipokok ni
kerana saya berada disini diwaktu senja

Kuala Sepetang
y

Teluk Bahang,Penang...


25 January 2013

Sabun Susu Beras Lagi....

Sebelum ni saya ada cerita
pasal sabun susu beras ni kat SINI


lepas tgk dan rasa kesannya
terus oder 3 kotak sekaligus
sekotak mengandungi 12 ketul

saya tgk ramai yg jual online sabun ni
(dan tersenyum tgk harganya..)





23 January 2013

Semuanya Disable Tapi...

Bagi yg setting aprove komen
dulu sblm di publish
hati2 kerana ramai yg dah terkena

terdelete komen
kerana butang PUBLISH dan  DELETE
tu berdekatan,sebelah menyebelah
ala2 kawan baik gitu hehe

mmg ramai saya terbaca
blogger yg tertekan
 butang delete..!!


kes amik gambar tanpa izin:

Saya dah buat Disable Right klik

saya dah buat Disable Dragging Image
saya dah buat Disable Click On Image

Tapi....
jika ada yg  sampai  PRINTSCREEN
utk amik pic...

saya halalkan je la..

22 January 2013

Pulau Pinang Lagi....


Sabtu...19 hb,saya menerima jemputan adik
yg tinggal di Penang
makan2 sempena besday anaknya
(anak sorg ja)

Suami saya dah ada plannya sendiri
nak 'mengembara' dgn moto keciknya tu
tp katanya tak tau nak kemana lagi

So cuma saya dan anak2 je ke Penang sabtu tu

sila ikut arahan kalau tak mau
kereta menjunam ke laut...

keluar dan amik angin di tepi dek feri
angin laut yg menyegarkan

adik saya tinggal disini
pangsapuri Tanjung Tokong

dia mmg gemar kumpul benda2 mcm ni
anak tunggal dia tu
takde pulak memunggah barang2 ni semua

antara menu pd majlis hari tu
salad buah2an


selain yg ni
kebab jugak dibuat sendiri

malamnya plan nak keluar
konon nak ke uptown
ke Batu Feringgi yg happening waktu malam

tp dek keletihan dan kekenyangan
masing2 berlingkar depan tv


Ahad 20 hb


Tasha dan sepupunya Hani Dalila

yaa...tgk2 harga tiketnya..bincang2..




selesai meronda
singgah Tesco pekena sizzling mee




tengah2 syok makan
suami dah sms
dah nak sampai rumah

laaaa...mengembara apa nya
(dia mendaki Cameron highlands)

byk tempat lagi nak terjah
tp dah nak kena balik
sbb suami takde kunci rumah





21 January 2013

Abang E' Capati

Sebelum ni saya tak makan capati
bila tgk mamak yg buat
tp bila ada melayu ori yg buat
sekali rasa...nak makan lagi..dan lagi...

Abang E Capati Kulim
mmg terbaeeekkkk...
roti jala,roti arab,nasi ayam
dan of course capati nya
mmg sedap sesangat
boleh bg 5*


capati yg lembut dan nipis
freshly baked

ada pilihan kari
samada kari ayam,daging cincang atau kari sardin(tuna)


roti arab...saya suka makan mcm tu ja
sbb rasanya manis2 sikit

19 January 2013

Bokeh


Bokeh merupakan berasal dari perkataan 
Jepun yang bermaksud kabur (blur)

Dalam fotografi istilah ini 
digunakan untuk menggambarkan
 kualiti kawasan dalam gambar yang tidak 'difokus'....










17 January 2013

Antara Advertlets..Nuffnang & Innity

Saya banyak membaca 'kegeraman' blogger terhadap adverlets ni
antaranya kat SINI,
dan SUNUN
dan banyak lagi..
takde yg memuji...malah mereka mengelar
adverlets spammer-penipu besar

ada sesapa tetamu saya kat sini
yg pernah terkena..
cash out tp tak dapat2 duit..?



tabung saya baru terkumpul rm40-+


ramai membandingkan adverlets dgn En nuff dan Innity
yg baik hati dan menepati janji..

16 January 2013

Unsur Air

AIR...
unsur yg sgt cantik utk dipotretkan..


takde susu utk menghasilkan
strawberi 'terpelanting' kedalam susu
*lain kali akan dicuba..*

ketika mandi sungai di Gua Musang
mawar...ada '3 kuntum mawar'
berduri ditaman larangan saya..:)

sambil basuh keta ayah
sambil bebudak ni main air

ni pulak sambil menyiram pokok
Tapi...
unsur air yg paling best adalah..
<
<
<
<
<
<
<
<
<

,<
<
<
,<
<
hehe..berbagai warna..berbagai rasa
berbeza harga