05 April 2013

Jalan Mudah Untuk Isteri Nak Masuk Syurga – Taati Suami


Anas bin Malik menyatakan Nabi Muhammad bersabda: 
“Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu,
 berpuasa wajib sebulan,
 memelihara kemaluannya
 serta taat kepada suaminya, 
maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana sahaja yang dia kehendaki,”
 Riwayat Abu Na’im.

Suami adalah nakhoda bagi bahtera rumahtangga anda. 
Dia lah yang akan tanggung segala dosa anda di dunia
 ini selama mana anda menjadi isterinya.
 Oleh itu, dia dikurniakan beberapa kelebihan dan dalam
 masa yang sama tanggungjawab yang besar perlu dipikul olehnya.


Maafkanku Wahai Suami

Kadang-kadang aku rasa akulah
Isteri yang terlalu banyak menerima
Sedangkan engkau tak pernah meminta

Kadang-kadang aku rasa
Akulah isteri yang baru terjaga
Sedangkan engkau tak pernah terlena

Kadang-kadang ku bersuara tanpa berfikir
semua perkataan ku menjadi salah
Datanglah ke sini dan pegang tangan ku
Sementara ku cerita kehidupan isteri
Harap dimengerti

Kadang-kadang ku sakiti hati mu
Bila ku tolak sentuhan mu
Bukan bermaksud aku kurang menyayangi mu…
Namun cabaran terlalu

Kadang-kadang aku berubah pada pandangan mu
Tapi sayang, itu tidak benar
Tiada apa yang paling ku hargai
Daripada kehidupan manis bersama mu

Kadang-kadang ku fikir sejuta tahun
Adalah terlalu singkat
Hanya ku beritahu mu betapa sayangnya aku
Betapa syukurnya aku…
kau pelindung ku

Kadang-kadang berjauhan dengan mu
Akulah isteri yang terlalu tinggi bercita-cita…
Mencipta kerukunan keluarga
Namun aku tetap aku yang ini…
Maafkan aku wahai suami!

Sumber: http://genta-rasa.com/



33 comments:

  1. Banyak jalan untuk seorang isteri ke syurga, tapi banyak juga liku2 yang perlu ditempuhinya...

    ReplyDelete
  2. insyaallah, semoga Allah sentiasa menerangi jalan untuk para isteri menuju syurgawi

    ReplyDelete
  3. semoga akan ramai para isteri masuk ke syurga :)

    ReplyDelete
  4. Salam Kam..

    InsyaAllah jika kena caranya,isteri akan taat kepada suami.InsyaAllah sama2 berusaha untuk saling melengkapi, moga kita semua terpilih menjadi penghuni syurga.

    ReplyDelete
  5. kalau dapat suami yg tahu tanggungjawab ..alhamdulillah...klu yg sebaliknya...tu yg susah nak taat...apa2 pun thx for sharing...mmg info yg amat berguna..

    ReplyDelete
  6. mmg mudah, tapi yg no.4 tu.. nk taat tu yg ssh.. tak semua bnda kita mmpu sabar dan taat sbb wanita dan lelaki berbeza.. kehendak dan keinginan yg berbeza.. hanya wanita solehah iman yg tggi mmpu buat yg no.4 tu... moga kita juga mmpu..

    ReplyDelete
  7. Senang bg wanita utk masuk syurga ..senang juga utk masuk neraka kan

    ReplyDelete
  8. Salam Kam,

    Bagus untuk peringatan kita semua!

    ReplyDelete
  9. Entry terbaik... semoga kita antara yg terpilih sebagai ahli syurga...Amin

    ReplyDelete
  10. Kalau sayang suami kenalah jga diri dan akhlak kita juga sebab di dunia ini dosa kita lakukan tempias pada suami kita...

    ReplyDelete
  11. Bertuah bagi isteri yg mengetahui dan mengamalkannya..
    Salam ceria, semoga gembira di hujung minggu

    ReplyDelete
  12. Semuga Allah memberkati kehidupan kita suami isteri..insha Allah

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah suamiku sorang yg baik.. semoga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya :)

    ReplyDelete
  14. Sweetnye....moga sama sama lah suami isteri menjadi penghuni syurga...

    ReplyDelete
  15. Kena share ngan wife..hehehehhehe
    Thanks untuk perkongsian

    ReplyDelete
  16. Kadang2 aku mahu isteriku sesempurna Fatimah
    sedang aku tak segagah dan tak sebijak Ali....

    ReplyDelete
  17. menarik ...
    alangkah bestnya klu wf mentaati suami ..
    sume smooth sailing ..
    sbb tiada bantahan ..

    ReplyDelete
  18. redha isteri terletak pada redha suamni..

    ReplyDelete
  19. leh dijadikan pedoman buat diri nnti bila bergelar isteri..:)

    ReplyDelete
  20. Bukan juga semudah bunyinya. Hendak taat kepada suami dan kepada Tuhan perlukan berjuta-juta sabar dan pengorbanan!

    ReplyDelete
  21. sajak untuk suami. kadangkala memang besar cabara menjadi nakhoda itu..namun kasih sayang dan saling memahami akan membina ikatan yg kukuh..

    ReplyDelete
  22. memang mudah untuk isteri kesyurga.....tapi mudah juga untuk menuju neraka....ilmu akhirat perlu di pelajari untuk menghindari dari perbuatan2 yang berdosa.....

    ReplyDelete
  23. Seorang Isteri memang mudah masuk syurga dan neraka...Tq share akak..

    ReplyDelete
  24. skang ni byk jgk dgr kes isteri yg test saham....adoi..semua pakat2 nk jadi mcm rozita che wan pulak..

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●