Ketupat...hidangan wajib dihari lebaran
tanpa ketupat,lemang..seolah tak berseri
tak lengkap,tak sempurna..
tiap kali raya
saya gigih membuat sendiri ketupat
walaupun tak cantik
walaupun tak tahu apa 'jantinanya'-jantan atau betina
tp saya puas..
|
(ketupat saya mmg tak comei hehe) |
Arwah nenek saya dulu
terkenal dgn keenakan ketupatnya
sebelum beras pulut direndam
beliau dgn tekunnya membelek beras tersebut
jika ada antah atau beras biasa yg bercampur dgn beras pulut
kemudian merendam beras tersebut dgn air kelapa
beberapa petua yg diperturunkan oleh arwah
-guna kelapa yg masih hijau kulitnya
iaitu kelapa yg dikait,bukan yg telah kering dan jatuh sendiri tu
-ketika mengukur atau memesin kelapa
jgn sampai terkena tempurung kelapa
amik isinya yg putih tu ja
-ketika memerah kelapa
jgn melebihi 2 kali perah
-ketika memasak santan
biarkan mendidih dan sentiasa mengacaunya
jgn sesekali sampai santan pecah minyak
-ketika merebus ketupat
(dikampung2 ketupat direbus mengunakan kayu api)
masukkan air 1/2 dari bahagian ketupat
-alas beberapa helai daun palas sebelum dimasukkan ketupat
-jgn sesekali membuka penutup periuk ketika merebusnya
supaya ketupat putih bersih,tidak berwarna kekuningan dek dimasuki asap
-nak tau airnya telah kering atau tidak
dengar bunyinya
jika kedengaran seperti bunyi minyak ketika mengoreng
itu tandanya air telah kering
perlahan api
-biarkan hingga bunyi itu tak kedengaran lagi
jgn bimbang ketupat akan hangit kerana dasar periuk telah dialas dgn daun palas
-ketupat akan tahan 3,4 hari...tak basi