10 March 2014

Pantang Larang Membuat Tapai

Membuat tapai tak seperti memasak makanan lain
siap masak..boleh terus dimakan

Tapi tapai perlu tunggu sekurang2nya 2 hari (48 jam)
itupun kalau tak bernasib baik
tapai tak menjadi
samada tawar atau masam

Antara pantang larang yg pernah saya baca/dengar
-masa buat tapai tak boleh dalam keadaan period
(nanti tapai menjadi merah dan masam)
-tak  boleh buat tapai dekat dengan benda2 warna merah,
nanti tapai jadi warna merah.
- kalau nak buat tapai, tak boleh bising2 kena senyap je,
tak boleh orang tahu.kalau  jadi masam.
-tak boleh peram dlm bekas besi,aluminium.kena guna daun2 atau plastik.
-si pembuat tapai tidak boleh makan makanan yang masam
 ketika membungkus kerana ia akan menyebabkan rasa tapai berubah menjadi masam.

alahaii..boleh goyah akidah dibuatnya
bg saya,kualiti ragi adalah sgt2 penting
kerana ragi yg akan menentukan
tapai akan menjadi manis,masam atau tawar

alhamdulillah tapai menjadi walaupun mengunakan bekas berwarna merah

Bagi saya apa yg penting adalah

1. Semua peralatan pada setiap peringkat proses perlu bersih untuk memastikan hasil yang baik.

2. Perkakas tidak boleh digunakan secara bercampur dengan makanan lain.
 Sekiranya telah digunakan untuk menyediakan makanan lain,
 perlu dicuci dan dibersihkan terlebih dahulu.

3. Perlu dijauhkan dengan perkakas yang berminyak.
(minyak dan garam akan merosakkan tapai)

 Sebelum itu tangan si pembuat juga perlu dicuci bersih.
 4. Jangan cuba membuka tapai yang belum sampai waktu minimum kematangannya.
 Mengakibatkan yang lain akan terbantut dan tidak manis.


tapai enak dimakan dgn berbagai cara


puding tapai



 Rasulullah saw pernah bersabda dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud “tidak ada sial majal (dalam Islam)”.

40 comments:

  1. Assalamualaikum kak, wahh rumitnya nak buat tapai. hehee ~~~

    ReplyDelete
  2. ahakkk.... kita ni org Melayu bany k pantang larang.... bukanle tak percaya langsung... tapi tiap pantang larang tu berdasarkan pengalaman oghang dulu2.... dan kadang2 tu pantang larang tu sebenonye hiperbola ato simbolik kepada maksud sebeno perbuatan tu.... macam .... kalo duduk ateh bantal...nanti tumbuh bisul.... yang sebenonye.... udah bantal tu letaknye dikepala kita... tak elok kalo kita duduk atas dia.... haaa...camtu le flashback saya....

    ReplyDelete
  3. pernah dengar juga kak, kalau orang nak buat tapai ni, jangan masa datang bulan, nanti tapai tu jadi kemerah2 an...

    ReplyDelete
  4. tambah lagi satu petua..masa bungkus tapai,kena sentiasa senyum barulah tapai akan manis rasanya..

    ReplyDelete
  5. nenek sy pun banyak petua masa buat tapai, kami dilarang tanya 'bila tapai nak masak' hihi

    ReplyDelete
  6. suka makan tapai tapi x pernah buat :)...bab2 pantang larang tu ...ada gak dengar..

    teringat masa pregnant...teringin sangat makan tapai dengan ais krim...sedap nyaaaa....

    1st time dengar puding tapai...

    ReplyDelete
  7. petua orang dulu-dulu memang banyak.. part buat tapai ni sampai sekarang saya belum belajar nak membuatnya walaupun dah ada yang offer nak ajar.. hehehe..

    ReplyDelete
  8. lamaaaa nya tak makan tapai, tgh musim panas ni dapat makan tapai yg sejuk pergghhh! sedappp nya ;)

    ReplyDelete
  9. tapaii...saya makan bersama nyok ...tp ayah sy makan tapai dengan susu...
    ni plak makan tapai ngan ais krim..beru tau....

    ReplyDelete
  10. pastikan pulut masak sekata & tiada jelatah biarpn sikit cuma..

    ReplyDelete
  11. Ingat lagi dulu2, kalau mak buat tapai biasanya tengah2 malam atau waktu subuh...elak dari bising dan ramai yg kacau, katanye...

    ReplyDelete
  12. Mewah dengan tapai ... kira dah expert buat tapai la ni..

    ReplyDelete
  13. mama dengan abah mmg penggemar tapai,tapi mai tak lalu, tak boleh terima rasanya, tp tgk gmbr yg makan dgn eskrem tu mcm sedap pulak.eheh

    ReplyDelete
  14. dulu suka makan tapai ..le ni dah kurang ,makan...

    menabung kat sini

    ReplyDelete
  15. wahh. 1st time sy tgk puding tapai. hehe. tak pernah try lgi. arwah nenek dlu pandai buat tapai, tapi sayang anak2 n cucu2 tak sempat belajar.

    ReplyDelete
  16. salam k.kamsiah..

    hehe..pernah baca psl pantang larang tu.. :p
    pandai akak buat tapai..hubby cma penggemar tapai.. cma..? erkk suka kepci lagi.. hihi.. :p

    ReplyDelete
  17. Yelah kam..ummi biasa juga dengar pasal pantang larang tu.
    Tengok aiskrim dan puding tu, aiseh, terliur habis ni!!!terbayang-bayang kesedapannya.

    ReplyDelete
  18. Wah...puding tapai..? tak pernah rasa lagi

    ReplyDelete
  19. salam kak..memang banyak pantang larangnya kan..arwah nenek dulu selalu buat tapai..antara pantang yang sya tau ialah jangan buang angin masa buat tapai ni takut tak jadi..

    ReplyDelete
  20. Wah...puding tapai.. tak pernah rasa lagi ni...

    ReplyDelete
  21. Saya suka juga tapai tapi tak pandai buat. (banyak betul hal masak memasak yg saya tak tahu, yang tahu ciput je)

    ReplyDelete
  22. kita Melayu ni kadang2 banyak sangat pantang larangnya, setuju dengan ulasan akak, apa yang penting kena la bersih dan ambik paaki mana yang sesuai la kan.

    and tapai eskrim tu memikat hatiku ini la kak.

    ReplyDelete
  23. Sedapnya sis...terliur plak kite kt sini....sejuk je rasa hehe

    ReplyDelete
  24. pasal tak blh buat tapai masa period tu saya ada dgr . ada juga kata minum air tapai boleh jarakkan anak ...

    ReplyDelete
  25. dulu masa arwah mak buat tapai,
    ada juga dia kata psl pantang larang tu ...
    cuma tk ambik ilmu mcm mana nak buat tapai tu

    ReplyDelete
  26. Mmg boleh rosak akidah klu percaya pantang larang ni.pantang larang dr akk kompem ok..:)

    ReplyDelete
  27. Isteri saya pernah buat tapai tapi tawar aje, pada hal dalam rumah kami bukan ada pesakit kencing manis pun huhuhuhu...

    ReplyDelete
  28. Delicious!

    Feliz semana!
    Saludos,
    Ale
    Costa Rica

    ReplyDelete
  29. sedapnye tapai kak...dh lama falsya xmakan..

    ReplyDelete
  30. sy penah dgr jg pantang larang ni...tp yg sy percaya, kena peram dlm bekas yg bukan besi atau aluminium

    ReplyDelete
  31. as salam kak..
    senyum baca pantang larang yg akak kongsikan kat atas tu semua..pantang larang yang pertama tu saya pon penah dengar jugak ' orang yang tengah period dikata tidak boleh membuat tapi'

    selalunyer akak saya buat tapai mengunakan bekas yg terbuat dari besi atau aluminium tapi sttil menjadi tapi dier..

    dan katanyer bergantung pada ragi jugak untuk mendapat kualiti tapi yg manis :)

    ReplyDelete
  32. saya suka tapai..best..pernah jugak dengar pantang larang tu..tp xpernah buat..sooo...x tahulah betul ke idok..huhuu

    ReplyDelete
  33. karut marut nmpaknya semua tu..yg tak karut, tapai memang sedap dimakan sejuk2..pehh

    ReplyDelete
  34. Uikkkk sedap ke puding tapai...x pernah rase lg hehe

    ReplyDelete
  35. Wah..pelbagai cara makan tapai nampaknya ni.. ada puding dan ais krim tapai ya.. mesti sedap puding tapai tu..

    ReplyDelete
  36. Betul tuh kak..sy sejak ade ragi nie dah 3 kali buat dah..alhamdulillah menjadi...yg penting ragi tuh mua elok..

    ReplyDelete
  37. sedap la pulak nampak tapai tu...yummy3

    ReplyDelete
  38. nak dapat ragi yang berkualaiti tu yang susah kamsiah..dulu ada kawan jual..kakak dia buat..lepas anak kakak dia meninggal..diikuti suami kakak dia..kak dia tak buat dah ragi

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●