07 March 2014

Resepi Gulai Buah Remunggai / Kacang Kelor

Biasanya buah remunggai
saya 'dalcakan' saja

tp kali ni hanya remunggai semata2 dicampur dgn udang

Buah remunggai
Udang sederhana besar
 Cili padi
 Bawang merah
Bawang putih
Halia
Serbuk kari daging
 Serbuk kari ikan
Kunyit
Santan
Air secukupnya
Garam

Buah remunggai dikikis buang kulit hijaunya,
 Cili padi, halia, dan bawang ditumbuk, gaul dengan sebuk kari daging dan ikan,
serta kunyit, masuk air sedikit.
 Kemudian tumis sampai masak dan sedikit garing.
 Masukkan sedikit air, didihkan dengan kacang yang telah dipotong
Kemudian masukkan udang
. Masak sampai lembut, sudah lembut, masukkan santan.
Renihkan


42 comments:

  1. nampak sedap menu ni akk
    saya rasa saya tak pernah lagi makan buah ni

    ReplyDelete
  2. buah remungai tu ape kak? 1st time dengar...ada nama lain tak buah remunggai tu?

    ReplyDelete
  3. salam kak kam...1st time dengar buah rumanggai ni..bentuk dia macam kacang bendi ke?

    ReplyDelete
  4. Sedapnya kamsiah... akak selalu mkn dalca jer ;)

    ReplyDelete
  5. mak mertua sayaler suka gulai kari der buahtu(bukan sayur ker!!!) entahler tapi selalu orang India ynag suka katanya..

    ReplyDelete
  6. Dah lama tak makan gulai remunggai ni....masa arwah tok masih ada rajin juga makan sebab arwah rajin kait buah ni....

    ReplyDelete
  7. Salam...sedap terasa..

    Masa arwah tok ada dulu...rajin juga arwah masak kari remunggai ni...

    rindu pula rasanya...

    ReplyDelete
  8. next entry tunjuk rupa kacang kelor tu sebelum masuk periuk, kamsiah. tak dapat bayang rupanya sebelum "arwah"..heee

    ReplyDelete
  9. Sedapnya, lama tak nampak kacang ni. Kami panggil buah ni, kacang keylo. Dulu kat kawasan pejabat mak saya ada pokok ni. Staf2 suka ambil bawak balik. Tapi sekarang nak cari kat pasar, bukan tiap2 hari ada kan.

    Kak, resipi akak nampak macam sedap (sebab ada cili api). Cili api dan rempah kari, saya tak pernah cuba lagi. Insya Allah saya akan cuba nanti2. Minta halal yer kak.

    ReplyDelete
  10. sedapm gulai ni...lama tak makan sayur ni....

    menabung kat sini

    ReplyDelete
  11. seksa makan kacang kelor nih . banyak uratnya ...

    ReplyDelete
  12. salam k.kamsiah..

    sedapnye...
    cma suka mkn sayur ni versi masak kari.... ^^

    ReplyDelete
  13. Buah remunggai tu mcm mana kak? 1st time dengar.

    ReplyDelete
  14. Ini betul punye cerita harini, ada sorang akak opis bawak kacang remunggai ni satu plastik bagi2 kat sapa yg nak, kebtulan sgt dgn entru akak. Sy pulak first time tgk benda ni, macam kacang bendi kan rupa dia cuma panjang2..

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum kak, kecur air liur tengok lauk sedap. nyummmi ~~~

    ReplyDelete
  16. dah lama sungguh tak makan sayur kelo ni.. eemm.. dapnya kalau dapat.. tapi masalahnya saya sorang je yang makan.. en. suami tak suka.. huhuhu..

    ReplyDelete
  17. tahu pasal buah ni sbb dulu kawan india cerita kalau masakan dorg mmg femes tapi tak pernah try makan.

    ReplyDelete
  18. buah gemunggai nie biasa masak ltak dlm kuah dhal jer..sedap jgk kak..

    ReplyDelete
  19. Baca komen2 di atas baru perasan rupanya ramai orang sekarang tak kenal buah remunggai. Aruah mak saya dulu juga suka masak gulai remunggai dengan udang atau daging. Kalau tak silap daun remunggai juga bagus untuk penawar campak. Walaupun ramai orang Melayu tak kenal buah remunggai, tapi orang India mesti kenal sebab kari orang India tak sempurna tanpa remunggai...

    ReplyDelete
  20. Saya pon baru dengar nama remungai :) nway, nmpk sedap sgt!

    ReplyDelete
  21. assalam.akak.
    in shaa Allah xkn mghilang terus.hihi

    rasanya sy pernah mkn kcng tu.msa kt kg.arwah tok pernah buat gulai

    ReplyDelete
  22. sedapnya kak,hehhe 1st time denga buah ni,,

    menggiurkan =)

    ReplyDelete
  23. sedapnya kak,hehhe 1st time denga buah ni,,

    menggiurkan =)

    ReplyDelete
  24. It looks really nice!!!

    feliz fin de semana!
    Saludos,
    Ale
    Costa Rica

    ReplyDelete
  25. Ya Allah..Kam, teringat masa kecik-kecik dulu, pokok remunggai ni banyak kat kampung, mak ummi pun ada juga masak , bukan setakat buah, daunnya yang muda diletakkan dalam telur dadar, sekarang 'bayang' pokok remunggai pun tak nampak, hehe..pupus.

    ReplyDelete
  26. Kakak nampak sayur ni kat pasar tapi tak pernah beli sebab tak tahu nak masak macam mana. Nampak aci India yg beli.

    Ini dah tahu lain kali kakak boleh cuba. Thanks so much:)

    ReplyDelete
  27. Kalau akak dapat tunjukkan rupa asal buah remunggai ni lagi menarik, pertama kali saya mendengarnya.

    ReplyDelete
  28. wah.. sedapnya nampak gulai tu kak.. macam kacang bendi.. aiza belum pernah makan lagi buah remunggai tu kak..

    ReplyDelete
  29. Slm perkenalan..
    I follow ;)
    Terima kasih krn sudi singgah ke blog sy..
    Sedapnya... Hihi
    Terliur lak ni

    ReplyDelete
  30. susah nak jumpa buah ni. isi dalamnya manis boleh di cicip..

    ReplyDelete
  31. Kalau orang india kebanyakkannya ada lah tanam pokok ni...orang melayu jarang..

    ReplyDelete
  32. buah remunggai tu macam mana? first time dengar..

    ReplyDelete
  33. Kenal buah remunggai tu, cuma blm pernah guna utk masakan.
    Mesti sedap masakan kamsiah tu

    ReplyDelete
  34. sedapnya..lama dh xmasak mcm nie.....

    ReplyDelete
  35. Minggu lepas ada kawan dari Penang datang bawa buah remunggai ni. Saya tak pandai nak masak, dia terus tunjuk skil masak kari remunggai untuk saya. Ok juga rasa buah ni, cuma kulitnya yang agak keras tu...sedikit memberi masalah.

    ReplyDelete
  36. Nampak sedap.. Buah tu Nur tak pernah dengar dan makan..

    ReplyDelete
  37. salam, sy follow sini dr segmen giveaway blog chaya hidupku..
    macam sedap je remunggai tu tp skrg susah nak jumpa benda tu dah...
    http://sweetmemories4u.blogspot.com/

    ReplyDelete
  38. pernah nampak tapi tak pernah makan...nampak macam sedappp...

    ReplyDelete
  39. ini my mom selalu masakkan dalca la jugak dulu, dah lama tak makan ni sini tak pernah nampak pulak.

    ReplyDelete
  40. mama sy dulu slalu msk kacang kelor ni tp sy tgk je ;-)

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●