04 March 2014

Resepi Sambal Hitam

Dah lama teringin mencuba sambal hitam ni
tp tak jadi2 jugak
belimbing buluh habis dimasak lemak bersama udang ja
kali ni bila ada belimbing buluh,cili padi,ikan bilis
rajinkan diri utk mencubanya
sbb ramai yg cakap
ianya super sedap

 BAHAN-BAHANNYA
10 biji belimbing buluh rebus
20 biji  cili padi
segenggam ikan bilis
(rendam sekejap dan toskan)
6 ulas bawang merah (3 biji ditumbuk, 3 biji dihiris)
 kicap manis  secukup rasa
 Garam dan gula secukup rasa
 Minyak masak utk menumis

CARA MEMBUATNYA



Cuci belimbing buluh
Masukkan ke dalam periuk,
, JANGAN letak air.
Masak dengan api perlahan hingga belimbing
 mengeluarkan jusnya sendiri, nak cepat, masa masak tu,
 tutup periuk sekejap, nanti ia akan berwap dan cepat berair.
 Kemudian kacau dan kecilkan api pada tahap minimum,
masak hingga belimbing kecut dan jusnya kering.
 Pastikan anda kacau setiap 1 - 2 minit sekali
 hingga ia bertukar menjadi gelap.
Matikan api dan sejukkan.

UNTUK BAHAN SAMBAL :-

Tumbuk cili padi hingga lumat,
tumbuk 3 ulas bawang merah dan ikan bilis hingga lumat,
 tapi jangan halus sangat.
Tumbuk juga 1/2 cawan belimbing buluh rebus tadi,


 UNTUK SAMBAL HITAM PAHANG :-

Panaskan  minyak dalam kuali,
 tumis bawang hiris hingga harum,
masukkan semua bahan2 tumbuk sekali gus
(cili padi, bawang merah, ikan bilis dan belimbing rebus),
 kacau rata dan tumis hingga bahan2 tadi nampak garing,
 masak dengan api sederhana.
 Tambah kicap manis, kicap pekat, garam dan gula secukup rasa,
 kacau rata dan masak dengan api kecil hingga sambal menjadi kering

secukup rasa-masam,manis,masin,pedas
boleh dimakan dgn ulam2an atau apa saja

46 comments:

  1. Sedap kan kak..banggo den org pahang. Tp sy masak pun xreti. Selalu suruh kawan je masakkan. Lepas ni tmpah kat akak plak ye? Nyummy..

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap ni.... kene cari belimbing nampaknya nih

    ReplyDelete
  3. mcm sedap je ni. serius tak pernah cuba buat sndiri.

    ReplyDelete
  4. ooo...macam tu caranya ya...tak pernah makan pun tapi bila dah tau resepi dan cara, macam nak try juga

    ReplyDelete
  5. Nampak menyelerakan gamba akak ni... pasti sedap rasanya.. saya pernah buat, tapi tak nampak mabeles macam ni...

    ReplyDelete
  6. Akak dah ada belimbing buluh tu, tak tahu nak buat apa... ambil dari kg masa balik tu hari... boleh cuba ni Kamsiah.. Tq share resepi :)

    ReplyDelete
  7. memang sedap kalau makan ngan nasi panaspun sedap kot.. pernah rasa tapi tak pernahler buat...

    ReplyDelete
  8. Sebenarnya kakak dah banyak baca resepi kat blog kawan tapi tak pernah juga mencuba utk membuatnya. Makan pun tak pernah lagi walaupun rumah bapak kakak kat kampung tu bergayutan belimbing ni... banyak.

    Teringin juga nak mencuba tapi entah bila..

    ReplyDelete
  9. tak pernah cuba lg ..dengar supersedap terliur jgk nie..:)

    ReplyDelete
  10. mama farah selalu buat, tapi farah tak pernah try lagi...

    ReplyDelete
  11. yummy...rietta bru pernah makan sekali dekat pahang tempoh hr...alahai pedasnya...tapi sedap..hehehe...

    ReplyDelete
  12. salam k.kamsiah...


    tetiba kecuq lioqqq. hihi..
    tak pernah lagi merasa 'sambal hitam' ni..
    kelihatannye sangatla sedap..dgn masam2 tu lg.. slrrrppppp

    ReplyDelete
  13. dana dh penah cuba kak... mmg sedap, lg pedas lagi sedap... tp mule2 dana bt tak kering sgt tp bile dh perangat2 jd kring jgk...

    ReplyDelete
  14. nak cari belimbing buluh tu yg payah ..:)

    ReplyDelete
  15. Ramai yang kata sambal hitam ni sedap sangat. Skrg ada resepinya bolehlah cuba...cuma nak kena cari belimbing buluh la pulok..

    ReplyDelete
  16. resipi pahang kan ni.

    ms stdy dulu ada kwn pernh bg try.
    sedap..tp x reti msak.

    ReplyDelete
  17. Telan air liur .. memang favourite sambal ni..

    ReplyDelete
  18. sedap weyhh sambal ni
    memang femes kat pahang
    kalau time pasar ramadhan
    dia jual rm2 sebekas kecik je
    tapi boleh laa buat pecah selera.. :)

    ReplyDelete
  19. 1st time tgk sambal itam ni kak...teringin nak rasa yg kak kam masak ni...:)

    ReplyDelete
  20. Baru dua hari lepas saya cuci peti ais dan terjumpa belimbing buluh yg dah layu (warna dah naik kuning) kerana lama tersimpan dalam peti ais. Akhirnya saya buang begitu saja belimbing buluh itu yg dah bertukar warna dan rasa. Kalau resepi ini dikeluarkan awal mungkin boleh minta puan isteri masak sambal hitam....

    ReplyDelete
  21. urmm, dah lama bunda nak resipi ni...terima kasih kamsiah..

    ReplyDelete
  22. baru kali ni dgr . kat kg mmg ada pokok belimbing buluh . nak gak try bibalik kg nanti .

    ReplyDelete
  23. Boleh tengok kehitamannya aje la...

    Tak dapat nak rasai kesedapan yang di uar-uarkan!

    ReplyDelete
  24. Resepi dari Pahang yg paling popular ni sejak Siti Nurhaliza mempopularkannya masa dia mula2 terkenal dulu, hehe..

    Mmg sedap sambal ni. Tahan lama tapi masalahnya jadi tak tahan lama sebab cepat abes....huhu. Kalo simpan tu mmg tahan lama. Gaul ngan nasik panas aje...makan takyah lauk lain dh, pergh!!!!

    ReplyDelete
  25. Kam dah lama ummi memendam rasa nak makan sambal ni sebab selalu tengok yang share kata sambal ni sedap. Terima kasih berkongsi resepi ye, mana tau angin rajjinnya datang, bolehlah ummi cuba,hehe..

    ReplyDelete
  26. Thanks for the recipe kak Kamsiah.. heee.. (:

    Selalu kitorang buat lain sikit.. tapi rasa sama je kot..

    ReplyDelete
  27. Semua bahan2 dah ada ble la coba kemudian nmpak menggoda tu..

    ReplyDelete
  28. x pernah cuba resipi ni.tapi nk mencari belimbing buluh tu payah sikit

    ReplyDelete
  29. nampak sedap sagt... KA x pernah buat, cuma pernah rasa je dari kawan !

    ReplyDelete
  30. Sedapnya....
    Gambar pun cantik.. Memang menambat selera betulla :D

    ReplyDelete
  31. 1st time suami bawa balik dari pahang, saya jatuh cinta..
    tapi yang dia bawa tu kering sikit..
    kena cuba dulu le resepi kamsiah ni nampaknya..heee

    ReplyDelete
  32. x pernah rasa masakan ni...tapi mmg nampak menyelerakan

    ReplyDelete
  33. Tak pernah cuba lagi.. Susah nak cari belimbing buluh.. InshaaAllah akan cuba buat bila cukup bahan-bahannya..

    ReplyDelete
  34. wak tenok pon sodapp tuu makk.,ahHHks

    ReplyDelete
  35. Hye...Kami ada menjual sambal belimbing buluh hitam nie...Anda boleh lawat FB kami https://www.facebook.com/profile.php?id=100004567245037...atau boleh hubungi Roslina - 013 9945803...

    ReplyDelete
  36. kena cuba jugak ni nampaknya.
    ramai yang kata sedap...saya pernah beli sekali dlu.
    tapi buat sendiri lagi puas hati kan...


    Ibu Muda Mencari Cara Merawat Eczema Kerana Sudah Tidak Tahan Melihat Anak Derita

    ReplyDelete
  37. nampak sedapnyeee... nanti nak try.. in shaa Allah.. datang dari blog OKje ni.. terjah resipi :))

    ReplyDelete
  38. sesekali melewati bandar bentong atau raub atau k.lipis, dipasar2 siabgnya mudah didapati belimbibg rebus (bewarna hitam), beli sahaja buat persiapan kerana proses merebus belimbing agar sukar.

    ReplyDelete
  39. assalam..
    jika berminat dan cuba.. saya ada menjualnya
    serius sedap.. sekitar putrajaya bole cod seluruh malaysia boleh pos

    untuk maklumat lanjut 012-2009251

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●