05 March 2014

Rezeki Itu Milik Allah

Rezeki adalah ketentuan Allah SWT kepada sekelian hambaNya.
bermula dariada manusia dan jin
sehinggalah haiwan kecil melata dibumi,
yang kafir dan beriman,
kecil atau besar,
semuanya berada dibawah peliharaan serta kawalan Allah SWT

"Dan di langit terdapat punca2 rezeki
yang telah dijanjikan dan tertulis.."
(Surah az Zariyat : 22)

Sesungguhnya rezeki itu milik Allah, 
Dia memberi kepada sesiapa yang Dia mahu 
dan Dia juga berhak mengambilnya semula bila-bila masa yang Dia kehendaki. 
Oleh itu, bersabar dan bersyukurlah dengan apa yang kita miliki pada hari ini. 
Biarpun sedikit.
 Dan. Moga di dalam yang sedikit itu, ada keberkatan. 
Apatah lagi dalam yang banyak. 

 Bersyukur bukan bermakna kita harus mudah berasa puas hati 
dengan apa yang kita ada sehingga membuatkan kita malas untuk berusaha lebih gigih. 
Dan kita juga tidak seharusnya tiada lagi keinginan untuk mencapai kejayaan 
yang lebih baik pada masa akan datang. 
Bersyukur biarlah kena pada konteks dan tuntutan syariat Islam.
 Jangan berhenti berusaha dan berdoa. 
Jangan pula sesekali menyesali nasib diri dan menyalahkan takdir Ilahi.

 Allah telah berfirman.. 
 Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki)
 dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.
 [Al-Baqarah : 245]

 Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk 
yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah 
yang menanggung rezekinya 
dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia di simpan.
 Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Loh Mahfuz)
 yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).

(Al Hud : 6)

30 comments:

  1. First. nak puji gambo tu. Cantik sangat. Second. Setuju sgt dgn entry akak ni. Bersyukur jgn dijadikan utk alasan berhenti usaha. Malahan lebih teruk, jd alasan utk penghalang kejayaan. gitu. lama dah nak tulis pasal ni. akak yg tulis dulu. hehe

    ReplyDelete
  2. salam.. zam buat kunjungan balas.. terima kasih utk kunjungan sebelum ni.. btw, main dslr juga ke ni?

    ReplyDelete
  3. Cantik gambar Kam, suka tengok, sesuai pula dengan isi n3 ni. Sang semut sedang mencari rezeki.

    ReplyDelete
  4. salam k.kamsiah..

    alhamdulillah..terima kasih atas perkongsian dan peringatan..
    insyaAllah..semoga kita semua tidak lalai dan sentiasa beringat dgn kesenangan yg allah berikan...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum kak, selamat pagi... benar.. syukur alhamdullilah atas kurniaan rezeki dari Nya ~~~

    ReplyDelete
  6. semoga kita semua dimurahkan rezeki. Amiin.

    ReplyDelete
  7. Kerana sesungguhnya siapalah kita tanpa bantuan dan kasih-sayang Allah...

    ReplyDelete
  8. assalam,

    sesungguh nya rezki Allah dalam berbagai bentuk...wang ringgi, makan pakai, anak, kesihatan dan banyak lagi...

    Bersyukurlah seadanya...

    ReplyDelete
  9. Sebagai peringatan yg berterusan buat saya juga... terima kasih.

    ReplyDelete
  10. apa saja yg membawa kegembiraan dlm hidup kita adalah rezeki drp Allah ... gambar tu simbolik yg cantik .

    ReplyDelete
  11. syukur alhamdulillah..

    mmg cantik gambar tu kak..

    ReplyDelete
  12. Sayang sekali masih ramai yg tak mesyukuri rezeki dan nikmatNya, harta berjuta masih tak cukup, masih nak kaut untung sini sana dan rasuah berleluasa....

    Bersyukurlah dengan apa yang ada, itu yang sebaiknya..

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah dan bersyukur diatas rzeki yg dikurniakan..

    ReplyDelete
  14. ramai yang pandang rezeki itu hanya melalui duit semata2...
    sedangkan rezeki Allah itu luas..

    ReplyDelete
  15. Semoga dimurahkan rezeki...
    Ya Allah turunkan hujan

    ReplyDelete
  16. sungguh tuh..rezki/ nikmati Allah meliputi semua yg dia syg ke idak..tp azab dia,dikenakan kpd siapa yg dia kehendaki..

    ReplyDelete
  17. Bersyukur apa adanya.. tapi nak menanam sifat bersyukurtu memangler payah sikit.. berharap moga sifat syukur akan sentiasa ada dalam diri ni ..

    ReplyDelete
  18. Kadang kita cepat putus asa, mudah lupa...insyaallah kak sama2 kita perbaiki diri.

    ReplyDelete
  19. betul tu kak... klu dah tertulis rezedki kita mmg x kemana !

    ReplyDelete
  20. Asslamualaikum Kam,

    Begitulah berkuasanya Allah dan penyyangnya DIA. Tidak pernah lupa memberikan kita rezeki dan rahmat NYA.

    Dan apabila DIA hendak memberi tiada siapa yang boleh membantah begitulah sebaliknya

    ReplyDelete
  21. saya suka konsep jihad bisnes..
    kita kena jadi bisnesman/women Muslim yg berjaya..utk ummah

    ReplyDelete
  22. Macam IM juga, tak sangka rezeki IM di Pulau Pinang...

    ReplyDelete
  23. Alhamdulillah
    Allah datangkan rezeki pada kita dalam pelbagai bentuk dan cara

    ReplyDelete
  24. kita hanya mampu berusaha...selebihnya ditentukan olehNYA...btw gambar itu sangat cantik

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●