25 April 2014

Terlalu Sensitif

Saya melihat gambar tersebut tahun lepas
secara tak sengaja
gambar apa??

Gambar ulat dalam mata
akibat pakai contact lens murahan
(sila google kalau nak tgk mcm mana)

Yang saya cuba sampaikan ialah
tiap kali saya teringat gambar tersebut
saya geli geleman dan rasa 'kembang pipi'...nak termuntah..
rasa menyesal tak sudah kerana melihatnya...

Ada sesetengah orang
jika ada org bercerita
sesuatu yg kurang enak didengar,dipandang
dia selamba ja walaupun tengah makan

ada pulak..walaupun hanya mendengar,tanpa melihat
terus termuntah2...

haha daya imaginasi yg sungguh tajam...

(anak saya ,Eleena termuntah bila saya
cerita kes ada cicak dalam teh ais)

OVER SENSITIF..!!

Walau bagaimanapun sensitifnya korang
rasanya tak boleh 'lawan'
deria sensitif cucu saudara saya ni

Hafiz yg dipanggil Along,berumur 8 th


Ketika dia buang air besar-dia muntah

Tengok budak2 kecik buang air besar pun dia muntah

Dia tengok pampers yg dah digunakan-muntah

Dia terkentut-muntah

Dengar/terbau orang kentut-muntah

Dia tengok taik ayam/kambing-muntah

Dia tengok tong sampah yg tak ditutup,berbau-muntah

Dia terbau ikan dalam periuk yg sedang direbus-muntah

Pendek kata,matanya tak boleh melihat benda2 kotor
Hidungnya tak boleh tercium bau kurang enak

Muntahnya bkn main2..bkn manja2 gitu
tp dh ala2 perempuan mengandung

kalau diajak kerumah sedara mara/jiran
dia kan bertanya

"tandas rumah dia busuk tak.."

Sebabnya jika dia terasa nak buang air dirumah org
dan tandasnya tak bersih
dia akan mengamuk ajak balik rumah sendiri...

Normal tak budak ni..??

33 comments:

  1. salam pagi...soal kebersihan ni mmg perlu sensitif...

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum:)

    kelakar pun ada..kesian pun ada si Along ni..
    sensitif sesangat ya..muntah sbb tak leh tengok kotor2 tu...Suka kebersihan si along nih..:):)

    ReplyDelete
  3. macam ada masalah deria bau je. cer check kat doktor. mana la nak tau, kan?

    ReplyDelete
  4. aduss susahnya along nie..memang pembersih giler la nie jwbnya...
    tak boleh makan luar, tak boleh hidup dlm environment yg kotorlah jwbya along nie kan..

    ReplyDelete
  5. hehehe...over sensitif la plak ni...jarang ada org macam ni...

    ReplyDelete
  6. fuhhh over betul sensitiviti cucu sedara Kak Kamsiah ni..
    bab2 muntah bila terbau & ternampak benda busuk & kotor tu sy x sure normal atau tidak sbb 1st time tau adanya sensitiviti mcm cucu saudara Kak Kam hehe..
    elok jg dgn sensitiviti mcm ni at least seseorang tu alert & x suka dgn benda2 kotor.. bukan kata sesetengah org pengotor.. pro nya mmg bagus.. contra nya pulak alahai terlalu sensitif sangat.. hehehe

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum kak,

    Dahsyat betul tahap kesensitifan dia ye kak?huhu..kesian pun ada. Xleh bayang klu berada di tempat dia..
    (T T)

    ReplyDelete
  8. wahhh..betul2 pembersih dia tu kak.. mungkin dia dah dibesarkan dgn sekeliling yg bersih, so jadi geli bila tmpt yg "sedikit" kotor...

    hrp tu normal masa dia kecik2 ni jer. Insyaallah dah besar2 nnt ok kot...

    Anak sedara belah hubby plak, geli klu jari tok pa dia yg suap nasik + ayam goreng kene kicap or sambal cili..mmg dia x mkn.. kalau mkn nasik, mmg bersudu sbb geli bila nasik melekat kt tgn.. makan burger pun berbalut2 tgn dia dengan pembalut tu sbb x nak kene mayo ape sume tu..cam cerewet tp entah la budak tu..heheh

    ReplyDelete
  9. Kesiannyee...Ini bukan sensetif yang biasa...ini sudah masalah besar ni. Ianya dah jadi satu fobia dalam diri. Kena diberi rawatan kaunseling utk mengatasinya jika tidak nanti masalah besar dikemudian hari. Takut ianya semakin teruk. (mintak dijauhkan)
    Nasib baik boleh lagi makan...kalau teringatkan benda2 sensetif tu pun boleh muntah, itu memang parah!

    ReplyDelete
  10. kesian padanya...

    menabung nuff kat sini...

    ReplyDelete
  11. Bagi saya Hafiz budak yang normal. Keluarga saya pun semua macam Hafiz ni, kami habuk pun tak boleh ada atas meja dan peralatan makan jadi selalu lap setiap hari, makan kat luar pun jarang sekali jadi selalu masak sendiri sebab kebanyakan kedai di luar kotor. Rata-rata kebanyakan masyarakat kita memang pengotor dan ambil perkara kebersihan dengan ringan. Tak apalah, nanti saya bawa Hafiz duduk dengan saya di luar negara, hehe ^__^

    ReplyDelete
  12. Ini memang kes istimewa ni. Belum pernah saya lihat. Saya pun penggeli juga orangnya tapi takdalah sampai tahap termuntah bila tengok semua benda yang kita rasa kotor. Kalau saya macam Hafiz, memang anak-anak kena basuh yak sendirilah nampaknya :)

    ReplyDelete
  13. Ni kategori over sensitip ni kak...payah nanti sbb asik muntah. Kesian pulak dia nak lalui hidup dgn keadaan sensitip camtu. Saya syorkan, jumpa doc..tanya yg pakar.

    Saya pun sensitip gak, kalau tgh makan jangan ada yg sebut darah..accident parah..nak buang air..ulat dll tu..mmg saya jadi stop makan. Family mmg dah paham. :)

    ReplyDelete
  14. susah juga kalau dah sampai tahap gitu... rasanyer kena bawa pada pakar dah ni supaya sesautu dapat dilakukan !

    ReplyDelete
  15. sensetif sungguh dia kak Kamsiah, tapi yelah bab2 macam ni mmg kena peka juga..kebersihan ini suatu yang amat penting khususnya dalam rumahkan..

    ReplyDelete
  16. Ini psikologi namanya kak..Serius, perlu diberi perhatian..

    ReplyDelete
  17. Budak Gundut tu pun kaki penggeli jugak budaknya. Masa mama nya pregnant kan dia dulu, mama nya tak tahan bau-bau an. So terkenan kat dia pulak.

    ReplyDelete
  18. waa sensitif sangat tu Kam, kesian pulak kan sebab bila muntah macam tu tentu badan pun tentu letih. Harap bila makin besar, sensitifnya berkurangan, insyaAllah.

    ReplyDelete
  19. haha..kerjaya guru dan misi tak sesuai buatnya..
    payah nanti..
    budak muntah, budak terberak dalam kelas..satu yang pasti!..heee

    ReplyDelete
  20. Salam k.kamsiah..
    huhuuu..cma pun kekadang ikot mood jgk.. setakat ulat2 tu blh control lagi..tapi kalau darah??!! uiii..kdg darah sendiri tu pun rase yerk yerk jer.. huhuhu..

    hmm.. biasa kut dgn sensitif mcm hafiz ni..

    ReplyDelete
  21. Hidung over sensitive ni dah macam watak Wolverine dalam filem X-Men la pulak kan. Hehe. Tapi, kira bagus la deria rasa peka ni. Mudah alert pada perubahan di sekeliling.

    ReplyDelete
  22. Pada saya adik Hafiz perlu dibantu sebab kalau berterusan akan mendatangkan pelbagai masalah pada dia. Andai kata dapat belajar dan tinggal di asrama, perlu berkongsi tandas, bekas makanan, pasti akan membuat dia tertekan.
    InsyaAllah dia boleh seperti orang lain.

    ReplyDelete
  23. Hehee.. mcm2.. kira oklah tu sensitif pada kebersihan.. nnti bila dah besar pandailah dia adjust dgn persekitaran tu nanti.. :)

    ReplyDelete
  24. Kesiannya dia..sampai macam tu sekali, habis kalau kat sekolah nak ke tandas camne?

    ReplyDelete
  25. mesti tandas rumah dia bersih dan wangi

    ReplyDelete
  26. mesti tandas rumah dia bersih dan wangi

    ReplyDelete
  27. normal.

    adik bongsu saya memang jenis muntah kalau terbau benda busuk. lori sampah lalu dia muntah, bau toilet dia muntah.

    dulu la

    sekarang dah jadi anak bujang takde dah muntah muntah dia tu..

    ReplyDelete
  28. saya pun lebih kurang termasuk dalam katagori sensitif jugak kot.. tapi sikit2 je la.. heheh..
    menabung sini.. :)

    ReplyDelete
  29. kesian plak kalau dah terlebih sensitif macam tu..suruh dia control kak, susah nanti..
    saya pun kalau tengah makan orang cerita nak tercirit ke hape memang hilang selera, hehe tapi insha Allah boleh tahan lagi :)

    ReplyDelete
  30. hahaha kelakar pulak. senstif nya. mesti pembersih ni bila da besar nt =)

    ReplyDelete
  31. Alamak... Hafiz macam dah terlebih je deria sensitif dia tu...

    ReplyDelete
  32. Macam ada masalah je tu kak. Saya dulu pun penah juga sensitif sampai loya2 bagai. Tapi pengalaman jaga mak masa sakit di wad 2 minggu dah buat saya berubahm skrg tak loya bila dgr orang muntah, budak berak je atau cerita yg pelik2 masa makan. Sikit2 adalah tapi tak macam dulu. Anak buah akak kena gi jumpa orang yg lebih mahir rasanya tum.

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●