Dibeli dari th lepas lagi
tp tersorok...lupa simpan kat mana
Bila terjumpa...memulakan projek menjala kelmarin
Dengan mengunakan acuan roti jala mcm ni
hasilnya sangat cantik
(boleh dibeli dikedai menjual bahan2 membuat kek
atau kedai barang2 plastik
yg ni berharga RM3.80)
Bahan2 Roti Jala
3 cawan tepung gandum
3 ½ cawan air
1 biji telur
sedikit pewarna kuning
1 sudu besar marjerin ~ dicairkan
(atau gantikan dgn minyak masak)
1 sudu kecil rata garam
sedikit minyak (untuk lengser pada kuali)
Cara2nya
Campurkan semua bahan2 di atas
(saya blend supaya tak berketul)
Panaskan kuali.
Lengserkan dgn sedikit minyak pada kuali.
Masukkan adunan kedalam acuan
kemudian picit kedalam kuali
Biarkan hingga roti jala masak.
Tak perlu dibalikkan.
Terus saja angkat dan masukkan ke atas pinggan lalu dilipat / digulung
(tak perlu lengser minyak setiap kali nak kirai roti jala..
lengserkan sekali sekala saja kerana dah ada marjerin dlm adunan... )
Saya masak kari ayam ala mamak
* 1 ekor ayam - dipotong ikut suka
* bahan A:
10 biji bawang putih dan 3 inci halia - diblender.
*
bahan B:
1 biji bwang bsar, dihiris2.
4 tangkai daun kari,
1 batang kayu manis,
3 kuntum bunga lawang
bahan C:
2 biji tomato,
2 btg serai diketuk
2 helai daun pandan
* bahan D:
8 sb serbuk kari ayam baba's
(atau sebarang jenama)
1/2 sk serbuk kunyit
sedikit serbuk cili kering (yg tak suka pedas,tak payah masukkan)
dan gaulkan sebati dgn air. air jgn banyk sangat
* beberapa biji ubi kentang
* 3 cwn santan atau susu cair
bahan E:
serbuk lada hitam,
serbuk lada sulah,
serbuk ketumbar,
serbuk jintan manis.
kuantiti, ikut yg anda suka)
* garam secukup rasa
CARA2:
1) tumis bahan A
sehingga naik bau kemudian masukkan bahan B
dan bahan C
Tumis hingga daun kari agak garing.
2- masukkan ayam dan ubi kentang.
Tutup periuk.
masa menumis ayam ni mesti anda akan
mula terbau aroma wangian masakan ni.
bau harum daun pandan dan serai
3- masukkan sedikit air,
dan tutup periuk semula
biarkan lebih kurang 5 minit
atau sehingga air aroma ayam tu keluar.
4- bila air kuah dah mendidih,
baru la masukkan bahan D
dan bahan E
masak sehingga ramuan rempah ni masak dan sebati.
masak dgn api pelahan.
5-bila kuah kari dan ayam dah masak dan empuk,
barulah masukkan santan/susu cair dan garam.
salam pagi sedapnya roti kirai buat sarapan pagi..
ReplyDeleteCantik sekali hasil dari acuan jala macam ni...ehh beli kat mana ,,atau saya kurang prihatin...
ReplyDeleteSud@is..kat kedai bahan2 buat kek atau kedai2 plastik pun ada..
ReplyDeleteeh,tu acuan baru ke?mmg cantik rt jala kamsiah tu!
ReplyDeletemcm ni rupanya buat kari mamak...byk steps jgk..
ReplyDeleteLagi entri tentang makanan pagi-pagi begini. Memang buat perut saya terasa lapar.. T_T
ReplyDeletecomel je roti2 dia..'kemas
ReplyDeletehehehe haaaa kalau malas nak buat boleh order je ngan una,, una ada business roti jala tau :)
ReplyDeleteDah lama kak cari botol ni..sini tak ada. Cantik tengok boleh kirai petak2. Satu blog masakkan tu dia campur2 color. Memang cantik..Kuahnya kak tetap suka kuah durian..
ReplyDeletecantiknampak jalaantuh kak..synyerlen macamsket...
ReplyDeleteGandingan mantap! Roti jala kalau kena kuah kari memang sedap walau boleh juga dimakan dgn serawa durian tetapi dgn kari macam ini juga yg best:)
ReplyDeleteKakak sampai hari ini tak terjumpa lagi botol lubang/muncung 4 tu tau. Masih juga style lama sebab tu bentuk segi-empat tak pernah buat lagi. Cantik kan..
ReplyDeleteeh.. sampai 2kali komen hihi..
memang cantik hasilnya..
ReplyDeleterajinnya akak menjala
ReplyDeletenampak sedap karinya tu
thanks sharing the recipe :)
Fuhh.. walaupun saya dah lunch, tp masih berselera lagi tengok roti jala tu.. mmg menyelerakan.. :)
ReplyDeleteen asben suke ni...
ReplyDeletetapi bile buat asyik tak menjadi je bntuknye
nasb la boleh ditelan lagi..
ehehehe
kene beli botol cmni senang
terbau bau kari ayam tu ke sini kak. tetiba rasa cam hari jumaat, eh ada kena mengena ker. hahhahhaa
ReplyDeletesis..cantiknya roti jala sis.leh buka kedai dah nie.hehe =)
ReplyDeletewahhhhh mmg nmpk chantek & kemas je roti jala tu... nmpk nyummeliciuos somemore...
ReplyDeletesedappppp nya..eh! cantik rupa paras roti jala tu acuan nya tak penah jumpa lgi...
ReplyDeleteSedapnya nampak...
ReplyDeleteSaya suka roti jala. Selalunya cuma beli kat pasar malam bila teringin nak makan. Nak suruh isteri buat kesian pulak...
saya mmg tak pandai menjala.... nak cuba beli bekas mcm ni jugak, mana tahu menjadi :)
ReplyDeleteNampak simple ...menarik untuk resipi makan petang2...
ReplyDeleteSedapnya akak...
ReplyDeleteTak pernah lagi guna acuan macam akak guna tu...
It looks great.
ReplyDeletesedapnya sedapnya! memalam mcmni lapar..woot woot!!
ReplyDeletecantiknya roti jala dia..
ReplyDeleteselamat berkenalan. jemput keblog saya ye
pandainye akak buat..dah macam kat kedai..hihi ^^
ReplyDeleteKA pun suka & kalau wat buat dua kaler hijau kuning hehehe
ReplyDeleteAlahai Kamsiah......lama tk buat roti jalan....tengok pic ni teringinlah pulak....
ReplyDeleteTapi tak de acuan tu pulak.....acaner tu hehe....