29 September 2014

Ulangtahun Perkahwinan ke 23

 29 Sept 1991
Saat terhalalnya saya untuk awak...

Lelaki dijadikan untuk perempuan,
 dan perempuan dijadikan untuk lelaki,
agar hidup dlm kecintaan dan keharmonian,
 saling melengkapi antara satu sama lain.

 Untuk kamu .......
yang telah aku pilih menjadi sayap kananku,
 aku bukan perempuan semulia Siti Khadijah.
aku bukan perempuan setabah Fatimah.
 aku bukan perempuan secekal Siti Aisyah.

 aku hanyalah perempuan akhir zaman. 

yang sering terkhilaf dalam tindak tanduk dan bahasaku.
 aku hanyalah perempuan akhir zaman, 
yang kadang kala mudah terasa jiwanya 
aku hanyalah perempuan akhir zaman,
 yang cuba dan berusaha melengkapkan diriku 
untuk menjadi pelengkap rusuk kirimu.

Untuk kamu....

 yang telah aku pilih  menjadi sayap kananku, 
kekhilafanku dalam tindak tanduk dan bahasaku,
 perlu dinasihati dan diperingati 
kerana aku perempuan akhir zaman yang mudah terlupa.
nasihati dan peringatilah aku
 selayaknya manusia dan selayaknya sebagai perempuan.





23 tahun kemudian..
Hari ini...29 Sept 2014


34 comments:

  1. kiutnyer kak kamsiah.. ni encik hubby tau tak ni? hihi..
    selamat ulang tahun perkahwinan kak kamsiah & suami. semoga bahagia & kekal bersama selamanya.. ^^

    ReplyDelete
  2. tahniah selamat ulang tahun perkhwinan moga kekal bhgia selamanya.

    ReplyDelete
  3. Tahniah Kam.. semoga bahagia hingga ke jannah

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah
    happy annivesary akak
    sweet family :)

    ReplyDelete
  5. semoga bahagia hingga ke Jannah, InsyaAllah...

    ReplyDelete
  6. selamat ulangthn perkahwinan kamsiah!Ooo dah 23thn..ank2 pun dah dewasa,moga bahagia hingga keujung nyawa ya..

    ReplyDelete
  7. Semoga berbahagia selagi hayat dikandung badan, tak jauh beza 23 tahun dulu...

    ReplyDelete
  8. Selamat ulang tahun ke-23... baru 23, muda lagi usia perkahwinan tu. Saya dah 28 tahun kawin...

    ReplyDelete
  9. selamat ulangtahu perkahwenan kamsiah..semoga bahagia selamanya..

    ReplyDelete
  10. Moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat kak.. ;)

    psstt: bilalah agaknya saya dapat jumpa akak..

    ReplyDelete
  11. Happy anniversary to both of u
    Alhamdulliah semoga Kekal bahagia hingga ke jannah in shaa Allah❤️

    ReplyDelete
  12. Syukur...lepas 23 tahun pun dok comei lagi...hehehe
    selamat ulang tahun moga berpanjangan hingga ke jannah...

    ReplyDelete
  13. Salam Kak Kamsiah,

    Selamat ulang tahun! Semoga berbahagia hingga ke Jannah. Amin.

    ReplyDelete
  14. Tahniah dan Alhamdulillah buat Kak Kamsiah dan suami, semoga cinta abadi hingga ke syurga..amin.

    ReplyDelete
  15. Sekejap je masa berlalu. Dah 23 tahun ya kak melayari bahtera bersama. Selamat Ulangtahun Perkahwinan ^__^

    ReplyDelete
  16. Barokallah... tahniah dari kakak. Pejam-celik-pejam-celik dah 23 tahun melayari kehidupan sebagai sayap kiri kepada seorg imam dlm keluarga.

    Moga terus mendapat keberkatan dan kebahagiaan di dunia hingga jannah yg abadi. Amin..

    ReplyDelete
  17. selamat ulangtahun kamsiah ...moga bahagia berkekalan hingga ke jannah

    ReplyDelete
  18. Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke 23..saya percaya walaupun berpuluh tahun kahwin tetapi tetap rasa macam baru saja hidup kita bermula...

    ReplyDelete
  19. TAHNIAH...moga terus kekal bahagia hingga ke jannah.....

    ReplyDelete
  20. tahniah kak, semoga kekal berbahagia hingga ke jannah

    ReplyDelete
  21. Happy anniversary kak...
    Semoga terus berbahagia hingga ke syurga..

    ReplyDelete
  22. selamat ulangtahun perkahwinan kak....Moga bahagia hingga ke syurga, Insya Allah.. :)

    ReplyDelete
  23. selamat ulangtahun kak.. moga terus bahagia sampai syurga.. aminnn

    ReplyDelete
  24. Selamat ulang tahun..moga bahagia until jannah..Amin..sy follow n like blog cantik ni.. ^^

    ReplyDelete
  25. Selamat ulang tahun perkahwinan untuk k.kam dan suami. Semoga bahagia kekal ke Jannah Allah.

    ReplyDelete
  26. alhamdulillah dan tahniah. selamat menyambut ulangtahun perkahwinan yg ke 23 tahun. semoga kak kham sentiasa sihat dan bahagia bersuami, anak2 dan keluarga tercinta aminn

    ReplyDelete
  27. Asalamualaiku..pasangan suami isteri yang bahagia, semoga berbahagia selamanya. Tahnia ulang tahun perkahwinan

    ReplyDelete
  28. Alhamdulillah kak Kam.. Selamat menyambut hari ulangtahun perkahwinan ke 23. Semoga sentiasa ceria & diberkati sekeluarga di dunia & akhirat... aamiin. Tahniah.. :)

    ReplyDelete
  29. Happy anniversary Kamsiah.....moga kekal hingga ke jannah...
    Yg atas tu baru kawen ke?

    ReplyDelete
  30. tahniah semoga bahagia bersama keluarga

    menabung lagi...

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●