26 November 2014

Bila Kita Diuji..

Ujian dijadikan Tuhan untuk mengukur sama ada keimanan

 seseorang itu kepada Allah dan seluruh ajaranNya adalah benar

 dan diikuti oleh perlakuan dan tindakan

atau hanya terhenti setakat di mulut sahaja.

 Umat Islam akan diuji dengan lima perkara iaitu :

 1-saudara seagama yang sentiasa dengki terhadapnya,

 2-orang munafiq yang sentiasa membencinya,

 3-orang kafir yang sentiasa memeranginya, 

 4- syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkannya 

 5-bisikan hawa nafsu yang sentiasa menggoncang keimanannya.




Semuanya ini menuntut kesabaran dan di dalamnya


 terdapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah SWT.

 Lawan bagi sabar adalah mengeluh dan ia merupakan perbuatan yang amat dilarang

 oleh agama kerana dengan mengeluh akan 

membuatkan semangat menjadi lemah dan terbitnya perasaan kecewa dan putus asa 

sedangkan Allah SWT berfirman dengan maksudnya:

Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. 
(al-Insyirah:6)



 Tanpa masalah atau ujian tidak akan wujud kematangan 

kerana pengalaman dalam menyelesaikan masalah adalah guru terbaik

dalam menjamin kejayaan dalam kehidupan.

(terimakasih tak terhingga pada semua yg sudi
memberi nasihat dan panduan ketika saya terasa 'down'
dalam entri yg kelmarin..)

21 comments:

  1. Terima Kasih di atas nasihat yang berguna ni.. :D

    ReplyDelete
  2. dgn ujianlah kia tahu siapa sebenarnya diri kita ini..

    ReplyDelete
  3. mmg ujian bagus utk kita lebih berjuang dimasa depan..

    ReplyDelete
  4. In syaa Allah kamsiah kuat dengan adanya keluarga anak2 dan suami yang beri sokongan

    ReplyDelete
  5. Bila yg punya iman aje akan sedar ketika diuji tapi yg tak sedar kena ada yg tolong mengingatkan kerana kita semua bersaudara...

    ReplyDelete
  6. Ada seorang ulamak kata hanya mereka yang terpilih saja diuji Allah, hanya mereka yang diingati Allah saja akan dipilih untuk terima ujiannya...

    ReplyDelete
  7. Ujian yang datang sentiasa buat kita tidak leka. Betul kan sis...

    ReplyDelete
  8. Asalam sebuah perkongsian yang memberikan rasa agar sentiasa bersabar dan muhasabah diri,jambangan bunga lihat pesonanya..wah hebat

    ReplyDelete
  9. pastinya kita sbg umt islam akn diuji dgn sst samada dgn ketakutan atu kehilangan apa sahaja..sbb Allah nkbg kita pahala &jannah kn bkn mudah..

    ReplyDelete
  10. iman perlu kuat untuk melawan anasir2 ini

    ReplyDelete
  11. Syurga itu amat amat amat berharga..

    Harga yg perlu kita bayar, ialah ujian Allah, masa kita hidup di dunia ini

    ReplyDelete
  12. nak letak ikon smileyyy jer dalam komen boleh? :D:D:D eh tersengih pulak .

    ReplyDelete
  13. Di sebalik setiap ujian, selalu terselindung hikmah. tapi hakikat ni jugak yang susah hati kita nak terima saat2 menghadapi ujian..

    ReplyDelete
  14. Semoga akak sekeluarga diberi kekuatan dan kesabaran dlm menempuh segala ujian dariNya. Amiin...

    ReplyDelete
  15. salam kamsiah ..
    ujian seiring dgn kehidupan,
    sentiasa guna landasan yg ditetapkan dlm melalui ujian tersebut ..
    apapun satu perkongsian yg baik

    ReplyDelete
  16. be strong kak..semoga dipermudahkan urusan

    ReplyDelete
  17. Ujian Allah adalah untuk hamba2NYA yang disayangi ...

    ReplyDelete
  18. setiap ujian pasti ada kemudahan di kemudian hari

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●