Ujian dijadikan Tuhan untuk mengukur sama ada keimanan
seseorang itu kepada Allah dan seluruh ajaranNya adalah benar
dan diikuti oleh perlakuan dan tindakan
atau hanya terhenti setakat di mulut sahaja.
Umat Islam akan diuji dengan lima perkara iaitu :
1-saudara seagama yang sentiasa dengki terhadapnya,
2-orang munafiq yang sentiasa membencinya,
3-orang kafir yang sentiasa memeranginya,
4- syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkannya
5-bisikan hawa nafsu yang sentiasa menggoncang keimanannya.
seseorang itu kepada Allah dan seluruh ajaranNya adalah benar
dan diikuti oleh perlakuan dan tindakan
atau hanya terhenti setakat di mulut sahaja.
Umat Islam akan diuji dengan lima perkara iaitu :
1-saudara seagama yang sentiasa dengki terhadapnya,
2-orang munafiq yang sentiasa membencinya,
3-orang kafir yang sentiasa memeranginya,
4- syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkannya
5-bisikan hawa nafsu yang sentiasa menggoncang keimanannya.
Semuanya ini menuntut kesabaran dan di dalamnya
terdapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah SWT.
Lawan bagi sabar adalah mengeluh dan ia merupakan perbuatan yang amat dilarang
oleh agama kerana dengan mengeluh akan
membuatkan semangat menjadi lemah dan terbitnya perasaan kecewa dan putus asa
sedangkan Allah SWT berfirman dengan maksudnya:
Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
(al-Insyirah:6)
Tanpa masalah atau ujian tidak akan wujud kematangan
kerana pengalaman dalam menyelesaikan masalah adalah guru terbaik
dalam menjamin kejayaan dalam kehidupan.
(terimakasih tak terhingga pada semua yg sudi
memberi nasihat dan panduan ketika saya terasa 'down'
dalam entri yg kelmarin..)
(terimakasih tak terhingga pada semua yg sudi
memberi nasihat dan panduan ketika saya terasa 'down'
dalam entri yg kelmarin..)
Terima Kasih di atas nasihat yang berguna ni.. :D
ReplyDeletedgn ujianlah kia tahu siapa sebenarnya diri kita ini..
ReplyDeletemmg ujian bagus utk kita lebih berjuang dimasa depan..
ReplyDeleteIn syaa Allah kamsiah kuat dengan adanya keluarga anak2 dan suami yang beri sokongan
ReplyDeleteBila yg punya iman aje akan sedar ketika diuji tapi yg tak sedar kena ada yg tolong mengingatkan kerana kita semua bersaudara...
ReplyDeletenasihat yang sangat berguna
ReplyDeleteAda seorang ulamak kata hanya mereka yang terpilih saja diuji Allah, hanya mereka yang diingati Allah saja akan dipilih untuk terima ujiannya...
ReplyDeleteSatu perkongsian yg sgt menarik akak.. =D
ReplyDeleteUjian yang datang sentiasa buat kita tidak leka. Betul kan sis...
ReplyDeleteAsalam sebuah perkongsian yang memberikan rasa agar sentiasa bersabar dan muhasabah diri,jambangan bunga lihat pesonanya..wah hebat
ReplyDeletepastinya kita sbg umt islam akn diuji dgn sst samada dgn ketakutan atu kehilangan apa sahaja..sbb Allah nkbg kita pahala &jannah kn bkn mudah..
ReplyDeleteiman perlu kuat untuk melawan anasir2 ini
ReplyDeleteSyurga itu amat amat amat berharga..
ReplyDeleteHarga yg perlu kita bayar, ialah ujian Allah, masa kita hidup di dunia ini
nak letak ikon smileyyy jer dalam komen boleh? :D:D:D eh tersengih pulak .
ReplyDeleteDi sebalik setiap ujian, selalu terselindung hikmah. tapi hakikat ni jugak yang susah hati kita nak terima saat2 menghadapi ujian..
ReplyDeleteSemoga akak sekeluarga diberi kekuatan dan kesabaran dlm menempuh segala ujian dariNya. Amiin...
ReplyDeletesalam kamsiah ..
ReplyDeleteujian seiring dgn kehidupan,
sentiasa guna landasan yg ditetapkan dlm melalui ujian tersebut ..
apapun satu perkongsian yg baik
be strong kak..semoga dipermudahkan urusan
ReplyDeleteAllah menguji tanda sayang
ReplyDeleteUjian Allah adalah untuk hamba2NYA yang disayangi ...
ReplyDeletesetiap ujian pasti ada kemudahan di kemudian hari
ReplyDelete