Dibandingkan dengan jumlah makhluk makhluk lain,
Jumlah manusia adalah terkecil.
Nisbah manusia hanya 1%, bilangan jin 9% dan malaikat adalah 90%
(Nisbah 1:9:90) seperti hadis Rasulullah s.a w : -
"Sesungguhnya Allah menciptakan malaikat dan jin juga manusia 10 bahagian .
Kadar malaikat 9 bahagian, jin dan manusai satu bahagian.
Allah ciptakan dari satu bahagian itu dipecahkan kepada sepuluh bahagian 9 bahagian
adalah dari jin dan hanya satu bahagian sahaja bilangan manusia "
Apa yg ingin dikongsikan ini adalah pengalaman yg benar2 saya alami
Kisah 1:
Sewaktu sedang menunggu keputusan SPM dulu
makcik kantin sekolah rendah
yg jugak kawan baik arwah emak saya
meminta saya menolong beliau dikantin sekolah
Setelah dipaksa oleh emak dan ayah maka saya pun bersetuju
Lazimnya saya kena kesekolah lebih kurang jam 6.30 pagi
utk menyediakan RMT(rancangan makanan tambahan)
pada pelajar yg kurang mampu
kadang2 berbasikal,kadang2 berjalan kaki
jarak dari rumah kesekolah tak sampai setengah km pun
tp terpaksa melalui kawasan kebun getah kepunyaan arwah nenek dan
jiran..so agak luas lah kawasan kebun getah tu
satu pagi...
dari jauh saya nampak makcik(dipanggil maksu Jarah-Zaharah kut namanya)
yg biasa menoreh getah tu sedang menoreh
pokok getah yg ditoreh tu betul2 berada ditepi jalan
yg bakal saya lalui
(hanya jalan kecik yg boleh dilalui motor/basikal ja)
bila menghampirinya saya dapat dengar dgn jelas bunyi torehan..zup zap zup zap..
beberapa hari lepas tu
satu petang makcik yg saya lihat sedang menoreh tu
berjalan pulang dari bendang
"maksu ni..pagi menoreh..
petang bersawah.."
saya cuba berbual dengannya
"dah lama maksu tak menoreh
pagi petang dok sibuk dgn bendang ja.."
Ya Allah..siapa yg saya lihat 2,3 hari lepas sedang menoreh..
bila saya ceritakan pada emak
selamba ja dia cakap
"ala..'dia' pun makhluk Tuhan jugak
kalau takut..baca selawat,baca ayat kursi.."
keeseokan paginya dgn perasaan yg seram sejuk
saya melalui kawasan tu semula dan lihat
takde kesan torehan pun pada pokok getah tu
Ya Allah..saya bersyukur sangat tak tergerak hati nak menegur 'maksu' tu
pada pagi tersebut..
Kisah 2:
Saya selalu diminta oleh emak utk kekedai runcit
kadang2 beli bawang..ehh lps tu pulak beli tepung..
yalah org2 tua dulu2 mana reti nak buat list
Utk kekedai runcit tersebut
saya selalunya berbasikal
dan amik jalan pintas
melalui kebun buah2an disebelah kiri
dan disebelah kanan ada 'kubur kerbau"
dinamakan kubur kerbau kerana ada kerbau yg mati ditanam disitu
kawasannya penuh dgn pokok2 buluh yg tinggi
dan berdesir2 bunyi daunnya..
ketika melintasi keawasan tersebut
saya melihat serang pakcik(tuan punya kebun tu)
berkopiah putih,berbaju melayu putih dan berkain pelikat
sedang berdiri mendongak melihat pokok buah2annya
jaraknya beberapa meter dari jalan yg saya lalui
pun mulut saya 'berat' utk menegurnya
sekembalinya dari kedai..tak sampai beberapa minit pun
saya mencari2 kelibatnya..dah tak ada...
Selang beberapa hari lps tu
saya terdengar perbualan antara emak dan ayah saya
yg mengatakan pakcik tuan kebun buah2an tu
telah meninggal di Mekah beberapa bln sebelum tu
Ya Allah..siapa yg saya lihat tu..
Cukuplah 2 kisah tu dulu
Hai anak Adam,
janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan
sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari surga,
ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya `auratnya. Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu
dari suatu tempat yang kamu tidak bisa melihat mereka.
Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan dan iblis
itu pemimpin-pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman.
(Al A’raaf 27)