Anak2 zaman sekarang
genius,berdikari,cepat matang
hidup di era IT
lahir ja dah 'kenal' semua tu
mereka lebih kenal permainan online
buat keje sekolah /folio
wajib guna internet
yg dah remaja
dah pandai shopping online
Saya membesar dgn segala
permainan tradisional
congkak,galah panjang,layang2
batu seremban,bermain rakit
dan sebagainya
lelaki,perempuan..semua bercampur..
mandi sungai bersama
panjat pokok bersama...
anak2 sekarang..
jika ditanya semua tu
mengeleng kepala..tak kenal
usahkan nak bermain..lihat pun tak pernah
tapi...salah mereka kah?
Tidak...!!
Masa dan keadaan telah mengubah semuanya..
dulu..mak ayah tak bimbang
melepaskan anak2 perempuan
bermain dgn kawan2 lelaki sekampung
tiada cabul mencabul
tiada buli membuli
sekarang...
anak2 perempuan saya
'wajib' berada didepan mata 24 jam
kecuali kesekolah atau aktiviti sekolah
nak ke pawagam...minta maaf la
nak shopping sendiri..pun minta maaf la
saya tak izinkan..
kalau keluar...wajib semua sekali..
bukan tiada kepercayaan terhadap mereka
tetapi...tiada kepercayaan terhadap
manusia2 diluar sana...
bkn saya prejudis terhadap semua org
tetapi..susahnya menjumpai manusia baik skrg
(batu seremban...popular dikalangan anak2 perempuan dulu2)