31 August 2020

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke 63

Tahun ni kita menyambut Hari Kebangsaan
Dlm suasana yg berlainan
Kalau tak,pagi2 lg dh mengadap tv tengok perarakan
Seronok tgk perbarisan

Walau apapun selamat menyambut hari kebangsaan ke 63
Utk negaraku Malaysia yg tercinta

30 August 2020

Random Picture’s



Selamat berhujung minggu


Kek batik


Krup krap krup krap tau2 abis sebalang

Tauhu bergedil


Pandan lime & honey lemon
Oder from oldtown

Pertama kali makan pekasam daging
Sedap rupanya
Mee bandung Muar

27 August 2020

Mee Celup Kelantan

Meskipun berasal dari Kelantan
Saya tak pernah lg merasai mee celup kelate ni
Yg biasa dok ulang makan nasi kerabu, laksam,
Serta pelbagai jenis menu kelate yg lain

Rupa dan rasanya ala2 mee sup
Cuma ditambah taburan cili flakes,cili jeruk,sambal
meatball, cebisan isi ayam,daging
Sayur kangkung,taugeh

Berharga rm5.50 sebekas
Not bad..lain kali boleh oder lagi

25 August 2020

Bakal Rumah Kampung

Bakal rumah...???
Biasanya bakal menantu..bakal besan..bakal mertua..
Haha tak kisah lah

Asalnya beberapa tahun dulu
Suami mengusahakan tanaman cendawan tiram
dalam bangsal ni
Yg park kereta tu digunakan sbg tempat
utk mengaul sekam dan sebagainya

Sengaja buat bangsal yg elok bumbungnya,lantainya
sbb dh plan bila dh tak buat cendawan
Bangsal ni akan kami jadikan rumah utk diduduki

InsyaAllah awal th depan akan jadi kenyataan
Bila suami dah boleh keluarkan KWSP nya
Mcm2 plan dh ada dlm kepala
Pokok limau kasturi yg buahnya besar2 tu
Nampaknya terpaksa dialihkan
Pokok kelapa terpaksa ditebang

Jaring2 hitam yg dijadikan dinding tu
Sengaja tak dibuang lg 
Sbb ada banyak barang dlm tu


Alhamdulillah impian utk memiliki rumah
kampung yg ada laman bakal jadi kenyataan th depan

Dibelakang rumah ni adalah rumah abg no 2 suami
Yg dipanggil Pakngah
Sebelah rumah pakngah adalah
Rumah kakak sulung suami-maklong
Tidak jauh dari situ rumah adik bongsu suami-maksu

Pendek kata hidup dusana nanti 
Dikelilingi adik beradik

22 August 2020

Sarapan Di Warung Roti Bakar Mat Noi Route 67


Pagi jumaat kelmarin
Suami mengajak saya dan anak2 bersarapan di Baling
Mak aiii...jauhnya 
Tp sebenarnya sesambil tu
Nak survey sekolah tempat anakanda
Nak menduduki MUET bln depan
Di SMK Kuala Pegang
Dlm kwsn Baling jugak

Kami keluar rumah jam 9 lebih dah
Sampai disana dh dekat pukul 11
Perut dah berkeroncong

Mat Noi Roti Bakar Route 67
Kalau ditanya org Baling pasti tau tempat ni
Tempat berkumpul mat2 superbike dari seluruh negara
Suami pun kenal dgn owner tempat ni




Ni pilhan anak2



Ni pilihan saya
Roti pool
Sedapp walaupun pertama kali makan
Dulu semasa ke Johor
Tak sempat nak cari roti pool ni





Menteri keewangan 






Suami pun pilih roti pool






 






Nampak tak akar pokok yg berambu ramba tu


Ada sorg pekerja yg bertugas
Mengambil gambar sapa2 yg nk bergambar disini







Anak yg akan menduduki MUET bln dpn




Berlatarbelakangkan gunung Baling yg tersergam




14 August 2020

Damailah Disana Anak Syurga

Assalamualaikum wahai penghuni dunia

Afeeya Zaura
Lahirmu tanggal 20  mei 2020
Namun sehingga detik terkhir nafas kau hembus
Ibumu tidak berpeluang utk 
mendakapmu...menyusumu..membelaimu..
Kau ditempatkan didalam incubator
Dibawah pengawasan rapi para doctor
Dengan wayar2 berselirat dihidungmu, mulutmu..

Spinal musculer atrophy...
Itu kata ibumu sebagaimana yg diberitahu doctor
Penyakit berkaitan saraf dan tulang belakang

Kau menghembuskan nafas terakhirmu
Tanggal 11 ogos 2020

Sesungguhnya perancanganNya paling sempurna
Tunggulah ibu dan ayahmu dipintu syurga
Afeeya Zaura adalah anak kpd anak sedara sebelah suami

13 August 2020

Berbaris...

Masa berkawad berdua -dua
Masa berbaris usahlah rebah
Dari muda sampai ke tua
Budaya yg baik jangan diubah



 





Sekawan itik pulang petang
Berjalan berderet tiada payah
Baik-baik dirantau orang
Jangan sampai berbuat salah






Ada burung dalam sangkar,
Burung lepas susah tangkapnya;
Buat apa kita bertengkar,
Bertengkar tiada untungnya



12 August 2020

WW: Mee Bandung Muar

Alhamdulillah
Dengan izinNya masih mampu memasak
Walaupun simple2 ja

Menu hari ni
Mee bandung muar
Jangan ditanya resepinya
kerana saya mengunakan pes segera
Cuma tambah sos labu
Utk menaikkan warnanya

11 August 2020

Budu Pelengkap Hidangan







Budu
Makanan tradisi org Kelantan dan Trenganu dulu2
Lambang kemiskinan,kepayahan hidup

Itu dulu
sekarang budu dh merentas sempadan
Bkn hanya di Malaysia
Nun di London pun ada budu
Tokey budu dh kaya raya
Ada berbagai cara utk menikmati budu
Kalau saya,wajib ada limau nipis dan cili padi
Ada yg suka letak durian



Sedap dicicah ulam2an
Selain sbg petencah nasi kerabu













Ni menu saya utk hari ni
Pukul 10  dah masuk dapur 
Pukul 11 dh siap
Terpaksa msk dendiri sbb
Chef dh kembali ke hotel

09 August 2020

Spageti Aglio Olio,Macaroni Cheese Baked ,Meatball

Makanlah...sementara masih ada selera
Dah takda selera nanti
Terkulat2 tgk ja makanan

Makanlah..sementara chef ada kt rumah ni
Minta la dia masak apa ja
Pasti ditunaikan permintaan dari ibunya 

Spageti aglio olio
Lupa beli tomato ceri la pulak

Makaroni cheese baked
Dibuatnya banyak2
Nak makan masukkan ja dlm ketuhar

Meatball ala2 ikea katanya
Saya sukakan kuah yg pedas
Mau letak black pepper lebih 
Dalam rumah ni
Hanya suami ja yg tekak 100%  melayu
Western food lansgsung tak disentuhnya

07 August 2020

Penat Lagi Memenatkan...


Pada kunjungan saya kehospital sultanah bahiyah
Yang terakhir dulu
Petugas dikaunter unit kardiologi
Dgn jelas memberitahu

“Puan datang pd 4/8 nanti
Terus naik ke wad 3 ya...”

So pada 4/8 yg lepas
Saya bersama suami dan 2 org anak
Yg lelaki tu sanggup turun dari KL
Dan yg perempuan tu amik cuti 10 hari
Siap booking hotel lagi
Semata2 utk menemani ibunya yg akan masuk wad




Sampai ja kt HSB
Suami terus masuk lkeunit pendaftaran masuk wad

Tp diarahkqn supaya naik terus ke tingkat 3,wad 3

Begitu begini di wad 3
Kononnya saya dh terlepas tarikh
Diarahkan turun ke unit kardiologi

Setelah ditunjukkan kad dan segala bagai
Saya disuruh pulang dulu
Amik darah kt hospital lulim akhir bln 8 ni
Dan disuruh ke HSB semula pada 7/10

Ya Allah...
Saya dah penat..letih...kecewa...
Bagaimana dgn tabung bantuan perubatan saya yg nak
tamat tempohnya bln ni
Tuhan...berilah aku kekuatan...kesabaran..

















Oleh kerana Alia dh buat bayaran penuh utk hotel 
Rasa rugi pulak kalau balik rumah
Burn mcm tu ja duit tu
Tp suami tak mai tido kt hotel 
Tp dia izinkan saya utk bermalam di hotel bersama anak2
Dia naik bas utk balik ke kulim




Seri malaysia takda lif la pulak
Sedngkan saya berkerusi roda
So Alia minta tukar ke ground floor



Malas nk keluar cari makanan
Beli kt cafe hotel ja










































Ni makan petang
Malam nanti makan lagi
Sejuk2 perut dok rasa lapar ja




Sarapan pagi sebelum bertolak balik














Pulang dgn penuh kecewa





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.