Hari ini-16 Mei...setiap tahun
diiisytiharkan sbg hari guru
pada setiap tahun
tarikh keramat ini diraikan pelajar
dgn memberi hadiah
atau paling kurang pun
kad ucapan utk guru2 mereka..
Percayalah..zaman persekolahan adalah zaman paling manis
dlm hidup kita
Sekolah Rendah
Dari Darjah 1-6
saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Keting
berhampiran dgn rumah
Ustaz yg mengajar subjek Agama
adalah kawan baik ayah saya
setiap kali dia mengajar
saya 'didera' oleh beliau
"diam semua..kita nak dgr anak tok guru quran mengaji ni.."
pantang tersilap sedikit
saya akan disond kaw2 punya
"mcm ni ke anak tok guru mengaji..tunggang langgang.."
jika balik mengadu pada ayah
lagi teruk kena sound...
(ayah yg menyebelahi anak2 jika buat salah)
Sekolah Menengah
Dari Tingkatan 1-5
dan disebalik sijil ini
punya cerita tersendiri
Al kisahnya
nama saya diberikan sbg peserta kuiz tanpa pengetahuan saya
oleh kawan baik saya sendiri
tau2 nama dipanggil pada hari pertandingan
rasa mcm nak cekik2 ja dia
tp ianya bertukar manis
bila berjaya mengalahkan peserta kelas Sains
(yg tak pernah mesra alam dgn kelas kami)
Gangguan Seksual
saya berbasikal kesekolah
biasanya dalam 4,5 orang
jarak lbh kurang 3,4 km
melalui hutan dikawasan kuari
kami beberapa kali terserempak
dgn sorg lelaki
yg akan menunjukkan 'anunya'
dia tiba2 muncul dari dalam semak
dan tunjuk kps pelajar2 perempuan anunya tu
kami menjerit dan memecut basikal
mengalahkan pelumba F1
akhirnya kes tersebut sampai ke pengetahuan sekolah
dan kami diminta sentiasa berbasikal
dalam kumpulan..
seeloknya ada pelajar2 lelaki sama
2,3 th lps saya meninggalkan sekolah tersebut
terjadi kes pelajar dirogol dikawasan itu
namun tak pasti pelakunya adalah lelaki gila seks tersebut
atau org lain
Sekolah Menengah Atas
Tingkatan 6 rendah & atas
peristiwa yg saya tak boleh lupa adalah
ketika bulan puasa
kami tak dibenarkan membawa makanan kedalam dorm
tp kerana kekenyangan
ada kawan yg sembunyi2 bawak tupperware
utk isi makanan
maka beberapa org telah 'menumpang' bubur kacang kedalam tupperware
kawan tersebut
namun kerana tergesa2
kakinya tersadung kasut yg berselerak dipintu dorm
tertumpahlah bubur kacang kami
cepat2 kami cari penyapu
dan menyapu bubur tersebut ketepi koridor
yg mempunyai lubang sebesar batang paip
(kegunaannya supaya air tak bertakung)
ketika menyapu bubur itulah
kebetulan guru merangkap warden asrama
lalu dibawah
(dorm kami ditingkat 3)
riuh rendah lah satu hostel
hujan bubur...kena kepala cikgu...
Juga yg diingati guru Ekonomi yg hensem
kata Pengetua
"ramai yg fail subjek Ekonomi,
saya tak pasti adakah kerana ianya terlalu susah
atau kerana budak2 perempuan
ralit tgk Cikgu Yahya"
Cikgu Yahya yg hensem bagaikan angkasawan negara hehe
Ramai kawan saya yg menjadi pendidik
itu rezeki masing2 lah
dan terimakasih pada Facebook
yg menemukan semula saya dgn mereka semua