30 April 2012

Sekitar Majlis Perkahwinan Anak Saudara

Alhamdulillah...
dah selesai majlis
depa dah selamat bergelar suami isteri

Pada 28 hb lepas
berlangsung majlis kenduri kawen
anak sedara sebelah suami

sedara mara,adik beradik
org2 kampung
bergotong royong menyiapkan semuanya


saya bersama biras2
wajah2 keletihan
bersama adik kembar pengantin lelaki
dua2 peguam pelatih kat Kangar


Tasha bersama Widad
kalau yg biasa mengikuti blog saya
pasti igt siapa Widad
(saya menjadi 'mak angkatnya'selama2 th)

sebahagian drpd hantaran

dah ada lesen tok kadi dahhhhh...

trend sekarang
mesti nak kena buat outdoor photoshoot
Pegawai penjara(pengantin perempuan)
bertemu pegawai imegresen

pengantin yg tak malu2 utk makan dek kelaparan...
oppss...pengantin lama nak tumpang glemer...

26 April 2012

'Goodies Bag'-antara tetamu biasa vs VVIP

Dulu2 bila menghadiri kenduri kawen
dapat sebatang bunga telur
itu sudah memadai & mengembirakan

zaman berlalu...pemberian juga sudah berubah
trend memberi 'goodies bag' bagaikan
satu kemestian
isinya...ikut kemampuan tuan rumah..!!

kadang2...warna goodies bag
jugak ikut tema majlis...

setelah isinya diambil
bag kertas ni dibuang,kan..

Apa yg saya perhatikan...
saya amat-amati
kebanyakan tuan rumah
menyediakan goodies bag
yg berbeza saiz dan isinya
utk membezakan tetamu

-utk kawan baik,sedara mara
biasanya bag yg lbh besar,lbh istimewa

-utk tetamu'biasa'
bag yg lbh kecil

Saya pasti...
yg mendapat goodies bag yg lbh kecil
pasti terasa hati..!!

NABI telah berpesan
supaya tidak membeza-bezakan tetamu...

25 April 2012

Pelangi Pagi

Pelangi merupakan salah satu
pemandangan indah yang jarang kita lihat
Pelangi hanya dapat dilihat saat hujan
bersamaan dengan matahari bersinar

Apa yg ada dihujung pelangi...
dulu2 seronok mendengar cerita org2 tua
konon dihujung pelangi ada tempayan berisi emas
dan jangan tunjuk pelangi,nanti kudung jari

kita yg masih mentah
terlopong mendengarnya...


Pelangi yg indah ni
dirakam seawal jam 7 pagi
semalaman hujan lebat
dan diawal pagi masih bergerimis
disaat matahari mula memancar
ketika ini terjadilah pelangi yg amat indah

2 jalur pelangi terbentuk
ianya cuma beberapa minit



“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan
pada pertukuran malam dan siang, ada tanda-tanda kekuasaan,
kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah bagi orang-orang yang berakal.."

23 April 2012

Hantaran Anak Dara Kedah Antara Yg Tertinggi...???

Salam

Biasanya kaum wanita
sebaik selesai sesuatu majlis pertunangan
berbisik2...bertanya2...

pssttt...berapa hantarannya?

jika dikhabarkan 4K kbawah...

"laa awat murah sgt..bla bla bla.."

itulah yg biasa saya dengar


Sejujurnya saya ni walau dah masuk
kategori 'tua'
masih tak faham,tak tau
apa kriteria yg menentukan jumlah hantaran

tahap pendidikan kah?

jenis pekerjaan kah?

status keluarga kah?

pekerjaan bakal suami kah?

kalau mahal dikata nak jual anak
kalau murah pulak dikata barang2 semua mahal
(nak buat kenduri)

Dan di Kedah
yg biasa saya dgr
paling murah adalah 4-5k..paling murah...
jgn cuba2 nak mintak diskaun..

dan kakak ipar saya
pernah memberitahu
sorg janda yg dipinang menjadi isteri kedua
hantarannya 12k...





**anak sedara sebelah suami
yg diijabkabul kelmarin
kendurinya 28 hb ni
hantarannya 6k ++ **

sorg lagi anak sedara sebelah suami
yg kendurinya bln Nov nanti
hantarannya 11k++

hmmm...saya ada 3 org anak dara
18,13 & 6 th..
biras saya berkata
saya dah patut amik tau
hal2 mcm tu...hehehe

20 April 2012

Ketiak Jagung


ketiak..
hehe bkn org ja yg ada ketiak
di Kelantan..'tiak jagung' ni
adalah sayuran yg amat mudah didapati
murah dan segar pulak tu

bahasa sopannya ialah Putik Jagung

seikat rm1.50
saya ambil 2 ikat

bila mengupas kulitnya
jgn membuang kesemuanya
tinggalkan sehelai dua

kalau dimasak lemak
biasanya dipotong bulat mcm ni

jika dibuat acar
atau dimasukkan kedalam tomyam atau sayur campur
atau paprik
potong memanjang


ni lah hasilnya
boleh dimasukkan berbagai bahan lain
seperti udang/ikan bilis
carrot dan cili merah
utk menambah seri

lbh sedap jika ada sambal belacan
atau ikan kering...

19 April 2012

Food Source at NTV7


Food Source kat NTV7
sapa pernah tgk rancangan ni

saya jarang2 melanggut depan tv
tp rancangan ni
benar2 menarik minat saya utk menontonnya

Rancangan yg sgt baik dari Singapore
hosnya-tak tau sapa namanya
tp mix Thai-Chinesse

Dia ke Jepun,Taiwan,Australia dll
meneroka bagaimana sayur2an,buah2an,
ikan,tiram dsb diusahakan

**pertama kali saya tgk
bagaimana tiram diternak
dibersihkan sebelum boleh dimasak**

**pertama kali saya lihat
ladang rebung**

**pertama kali lihat ladang daun bawang
luas terbentang menghijau
dan pertama kali tgk kek perisa daun bawang**

Rancangan ni ke udara jam 7 mlm(hingga 8 mlm)
setiap ahad kat ntv7

~~sayangnya waktu tu nak mandi & solat
terpaksa tinggalkannya utk 20-30 minit~~
>
>
>
>
>
Sherson Lian @ 5 Rencah 5 Rasa (TV3/TV9)
suka dgr dia cakap
very the slang english
kdg2 dok 'ralit' tgk muka dia
tak sedar pun rancangan dh habis
tak perasan pun apa dia masak..(noty)

18 April 2012

Kena order dari Kelantan

Setelah seminggu mintak tolong
kakak sulung kat Kelantan
poskan benda ni

ohh lega.. dah sampai


jom tgk...apa isinya
hehe...kotak ja gempak
isinya...RAGI

saya memintanya mengirimkan ragi
utk dibuat tapai

ada yg tak pernah tgk ragi ke?
ni lah rupa ragi

sebenarnya ada ciri2 tertentu
pada ragi yg menjadikan tapai manis..
hanya yg berpengalaman saja yg tau melihatnya
(saya sendiri tak tau)
sbb tu mintak kakak yg belikan

sebiji ragi
boleh digunakan utk membuat
3kg beras pulut utk buat tapai

pada 28/4 ni
ada kenduri kawen anak sedara hubby


tiap2 kali kenduri
kenduri ke,tahlil ke..wat ever la

saya 'didera' membuat tapai
bkn sikit kena buat
tp 10kg beras pulut
yg menghasilkan lbh kurang 500 tupperware tapai

ada sesapa nak tolong...

17 April 2012

Bubur Jagung Lemak Berkrim

Semalam
suami membawa balik
2 bag plastik jagung
katanya beli kat pasar malam

"tolong buat bubur jagung
yg pekat,lemak berkrim.." katanya..

amboii.....amboii.....amboii....

(saya yg baru ja baringkan diri
selepas melipat 2 bakul kain baju)






saya gunakan 5 batang jagung
1 tin jagung dalam tin
1 tin susu cair
sedikit biji sagu
daun pandan
secubit garam
dan gula secukup rasa
(saya cuma buat manis2 buah ja)



rebus jagung yg telah diasingkan dari pulurnya
bila air hampir kering
masukkan kesemua bahan2 lain
kacau dan tutup api
bila biji sagu telah kembang

mmg pekat dan lemak berkrim
sedap dimakan samada ketika
panas atau sejuk

lagi satu
jika mengunakan susu cair
ianya tak 'membeku' spt santan
bila disimpan dlm peti ais

16 April 2012

"Blog has been removed"



Blog has been removed

Sorry, the blog at kamsiah-yusoff.blogspot.com has been removed.

This address is not available for new blogs.

Did you expect to see your blog here? See: 'I can't find my blog on the web, where is it?'


Apa perasaan anda

kalau buka blog

tetiba keluar statement mcm tu...

mau terkejut badak,kan..


Blogspot removed kah?

google dah delete blog saya kah?

atau SKMM dah tutup blog picisan ni?

atau kena hack?


Lepas tu saya try masuk google akaun

dan verify code (isi no hp)

lepas refresh beberapa kali...

ohhh lega bila dah normal semula


sapa yg pernah kena mcm ni??



15 April 2012

Mengidam Buah Yang Sukar Diperolehi

Pernah tak...
sesekali terasa begitu teringin
utk menikmati makanan
yg dimakan ketika masa kita kecik2 dulu

yang mana skrg makanan tersebut
amat sukar diperolehi
atau telah pupus terus

antara yg saya idamkan
(lbh dari org mengidam)

-Buah Mencupu

generasi skrg mungkin
tak pernah mendengar namanya

di sebelah Pantai Timur buah ini dikenali dengan gelaran buah cuppu ,
sebelah utara pula buah ini dikenali dengan nama buah ceropu
ada juga yang memanggil buah ini buah mencupu.


sekali tgk mcm pisang kaki,kan.
rasanya yg masam manis...emm
buah yg muda(kaler hijau) tu
sedap dibuat sambal

dizaman kanak2 dulu
saya suka panjat pokok ni
dan makan buah ni diatas pokok
pokoknya ala2 pokok manggis
senang dipanjat
dan org yg lalu takkan nampak
kita berada diatas pokok

hmmm...rindunya suasana itu..


14 April 2012

Kari Ayam Mamak

Salam
hari sabtu...hari yg sunyi sepi
cuma saya 3 beranak kat rumah

suami mcm biasa...
sabtu ke 2,4 &5...keje
anak dara sorg tu pulak
menyertai perkhemahan/xpdc
memanjat Gunung Jerai (pengakap)
3h/2m
esok baru balik

bila tak ramai ahli keluarga
mood memasak pun kureng sikit



hari ni cuma masak
Kari Ayam Mamak

anak mkn bersama nasi putih
saya makan bersama roti putih
Pada yg nak cuba
boleh ikut resepi ni
bau dan rasanya mmg umpphhh...

* 1 ekor ayam - dipotong ikut suka
* bahan A:

10 biji bawang putih dan 3 inci halia - diblender.

* bahan B:
1 biji bwg bsar, dihiris2.
4 tangkai daun kari,
1 batang kayu manis,
3 kuntum bunga lawang

* bahan C:

2 biji tomato,
2 btg serai diketuk
2 helai daun pandan


* bahan D:

8 sb serbuk kari ayam
1/2 sk srbuk kunyit
sedikit serbuk cili kering (yg tak suka pedas,tak payah masukkan)
dan gaulkan sebati dgn air. air jgn banyk sgat
* beberapa biji ubi kentang
* 3 cwn santan atau susu cair

* bahan E:

serbuk lada hitam,
serbuk lada sulah,
serbuk ketumbar,
serbuk jintan manis.
kuantiti, ikut yg anda suka)
* garam secukup rasa

CARA2:
1) tumis bahan A
sehingga naik bau kemudian masukkan bahan B
dan bahan C
Tumis hingga daun kari agak garing.

2- masukkan ayam dan ubi kentang.
Tutup periuk.
masa menumis ayam ni mesti anda akan
mula terbau aroma wangian masakan ni.
bau harum daun pandan dan serai

3- masukkan sedikit air,
dan tutup periuk semula
biarkan lebih kurang 5 minit atau
sehingga air aroma ayam tu keluar.

4- bila air kuah dah mendidih, baru la masukkan bahan D
dan bahan E
masak sehingga ramuan rempah ni masak dan sebati.

selalu tutup periuk dan masak dgn api pelahan.

5-bila kuah kari dan ayam dah masak dan empuk,

barulah masukkan santan/susu cair dan garam.

11 April 2012

Jangan Pisahkan Mereka...

Beberapa hari lepas
saya post entri tentang anak2 kucing

anak saya bawa balik
bersama seekor anak kucing

tp bkn anak2 kucing yg dibuang disekolahnya
(anak2 kucing tu
telah diambil kawannya
bersama dgn ibu kucing sekali..alhamdulillah)

yg dibawa balik ni
diambil dari rumah kawannya

ishhh budak ni...baik ati sungguhhhhh...!!!
walaupun saya dah berulang kali melarang



saya terus bg tazkirah

-berdosa memisahkan dia dgn ibunya
-kalau nak bela,amik semua sekali (ibu dan adik beradiknya)
-kesian dia terpisah dgn adik beradiknya
-nak bg susu apa
-sapa nak jaga mkn minum
-sapa nak bersihkan najis
-kalau nak blk kampung ke,3,4 hari..mcm mana...

banyak yg saya bebelkan...

malam tu si anak kucing asyik mengiau ngiau
pasti dia rindukan ibunya
pasti dia mahu menyusu ibunya

dan saya dpt bayangkan
si ibu yg resah mencari
anak2nya






kucing ni sgt gebu bulunya
bulunya bagaikan kapas
terpacak dan lembut
entah baka jenis apa
saya tak begitu arif

akhirnya..
setelah hanya sehari
menjadi penghuni di rumah saya

anak saya 'memulangkan' semula
ke rumah kawannya

berkali2 saya pesan sebelum dia menghantar
kucing tu...

'pastikan dia bertemu dgn ibunya'....

"yalah mak...yalah mak...
ibu kucing tu ada kt rumah dot dot dot la(kawannya)

10 April 2012

Keindahan bunga dari lensa kamera ku

Salam
kaum wanita...
andai terjumpa bunga
khususnya bunga yg harum baunya
apa yg anda akan buat...??
kalau saya...
pantang terjumpa mawar
saya pasti akan menciumnya
menarik nafas dalam2..
menikmati harumnya yg menusuk ke kalbu

atau sekurang2nya
tgn terasa gatal nak menyentuhnya






Bunga...wanita...
banyak perumpamaan mengibaratkan
wanita umpama bunga



kebanyakannya di snap di Cameron Highlands

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.