30 July 2016

Sarapan Di Oldtown White Coffee

Alhamdulillah..pagi ni anak dara saya 
belanja sarapan di Oldtown White Coffee di Hi -Tech,Kulim
 semasa kami sampai,belum ramai pelanggang yg ada

saya memesan nasi lemak dan honey lemon ais
 

 
set roti bakar ni bersama telur separuh masak
tp akhirnya tak siapa yg makan telur ni
 
total RM68
utk 4 nasi lemak,4 air,2 set roti bakar


27 July 2016

Wajah2 Bakal Pengantin

Hadir dalam keluarga besar memang meriah
th ni insya Allah mak mertua saya akan menerima 3 org cicit
oppss..sorg dah lahir
2 lagi bln 9 dan 10 ni
pendek kata tiap th mesti terima ahli keluaga baru
samada cucu menantu atau cicit

Dikalangan anak2 sedara sebelah suami saya
ada 5 org yg telah mengikat tali pertunangan
akhir th lepas dan tahun ni
2 perempuan dan 3 lelaki

bakal mempelai yg akan menjadi raja sehari pada 6 ogos depan
bertunang lebih kurang 2 bln yg lepas
alhamdulillah..akhirnya tiba juga jodohnya
bakal suaminya muda 11 tahun darinya


 yang ni pulak biras saya yg bertudung coklat tu
meminang sigadis bertudung pink tu utk anak bujangnya
majlis kawennya..tak tau bila lagi..


yang ni pulak bakal pengantin yg cinonet
pengantin lelaki adalah adik kpd yg bertudung hijau tua tu(anak sedara suami)


yg  sebelah kanan bertudung coklat ,berkacamata tu
(anak sedara suami) dah bertunang th lepas
bersama bakal adik iparnya
insya Allah majlis kawennya hujung th ni
2 pasangan serentak

pendek kata..kenduri bersusun2..

26 July 2016

Masak Lemak Pucuk Ubi Kayu


 di kampung..pucuk ubi terbiar macam tu ja..takde nilainya
bila di buat masak lemak cili api pucuk ubi
anak2 a.k.a golongan muda tak memakannya
depa cakap pahit la...
BAHAN2NYA:-
 pucuk ubi kayu
 santan 
50g ikan bilis 
5 biji cili api 
seinci kunyit hidup
 3 ulas bawang merah
seulas bawang putih
garam 

 CARA2NYA:- 
pucuk ubi dipotong @disimpul..kemudian dicelur sebentar 
cili api,kunyit dan bawang ditumbuk kasar
kemudian tumbuk ikan bilis pula.
satukan pucuk ubi dan bhn yg dikisar.
 masukkan santan,garam dan .kacau sehingga mendidih
boleh  la ditutup api dapur..:)

23 July 2016

Kelab Doktor Muda

Doktor Muda merupakan murid sekolah tahun 4, 5 dan 6 
yang terpilih dan terlatih sebagai ’Pembimbing Rakan Sebaya’, 
yang bertindak sebagai pemangkin kepada perubahan pengetahuan,
 sikap dan amalan kesihatan yang positif di kalangan murid sekolah.

 Doktor Muda ini diberi latihan mengenai asas kesihatan
bagi menyediakan mereka menjadi pendidik kepada rakan sebaya. 

Mereka bertindak sebagai role model, 
promoter dan motivator kesihatan kepada rakan-rakan di sekolah.

 Oleh kerana itu, pemilihan calon yang sesuai sebagai doktor muda amat penting.
Lazimnya, pelajar yang, berminat, sihat, kemas, berpersonaliti menarik,
 memiliki sifat kepimpinan, bertanggung jawab, berpengaruh,
 suka menolong dan cemerlang dalam akademik 
menjadi kriteria dalam pemilihan Doktor Muda.


OBJEKTIF 
1. Untuk membentuk tabiat kesihatan di kalangan murid sekolah rendah 
dengan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran asas kesihatan mereka agar mereka dapat

 : Mengamalkan cara hidup sihat 
Menjadi pembimbing dan pendorong kepada rakan sebaya dan anggota keluarga ke arah mengamalkan cara hidup sihat. 
Membantu anggota kesihatan dan pihak sekolah dalam menjalankan aktiviti kesihatan di sekolah.

 2. Menggalakkan ibu bapa atau penjaga supaya memberi perhatian wajar kepada kesihatan anak-anak. 
 3. Memperkukuhkan penglibatan guru serta warga sekolah lain dalam usaha meningkatkan kesihatan pelajar.
 4. Mempertingkatkan kerjasama antara Jabatan Kesihatan dengan Jabatan Pendidikan dalam menggalakkan amalan kesihatan yang baik di kalangan murid sekolah rendah.

 Antara faedah yang boleh diperolehi dalam melaksanakan Kelab Doktor Muda adalah: 
1) Tabiat kesihatan dapat dipupuk di kalangan murid di peringkat sekolah rendah. 

2)Murid sekolah mendapat pengetahuan dan kemahiran asas kesihatan. 

3)Murid belajar menghargai kesihatan. 

4)Doktor Muda memperolehi dan mengamalkan kemahiran berkomunikasi.

5) Memupuk sifat kepimpinan dan keyakinan di kalangan doktor muda.

6) Doktor muda mendapat pengalaman membantu pasukan kesihatan sekolah.

7)Kesihatan asas murid – kebersihan diri & penyakit kulit dipantau.

8) Mencegah berlakunya keracunan makanan, penyakit berjangkit. 

9)Murid akan bentuk sikap positif terhadap anggota kesihatan dan perkhidmatan kesihatan. 

10)Sekolah bersih 

11)Sekolah bebas Aedes 

12)Imej sekolah meningkat

20 July 2016

Istilah2 Di Sebalik Street Art


Banyak istilah dalam seni jalanan 
 dan digunakan dalam bahasa sehari-hari budaya graffiti. 
Anda mungkin pernah mendengar istilah seperti ‘bombing,’ ‘tag,’ ‘writer,’ ‘spot,’ dan lainnya. Tetapi, apakah anda tahu maksud dari istilah tersebut?
 Juga, apakah kamu tahu istilah-istilah lainnya di dunia street art? 
Untuk menambah sedikit pengetahuan kalian, 
berikut di berikan kata-kata atau istilah yang familiar di dunia seni jalanan ini.

Spot Jocking
Spot jocking, adalah istilah yang digunakan ketika seseorang menempatkan karya mereka dengan sedikit menimpa karya dari artist terkenal.

Getting Up
Istilah ketika seorang seniman menempatkan graffiti-nya secara konsisten di beberapa tempat suatu kota. Hal ini dilakukan bermaksud untuk membangun reputasi dari si artist. Ketika sesorang mengakui karya dari artist bersangkutanmaka tujuan dari getting up sudah berhasil.

Legal Wall
istilah bagi graffiti yang dibuat di tembok dengan mendapatkan izin oleh si pemilik bangunan, atau tempat khusus yang boleh digambari graffiti oleh siapa saja.



Sticky Side
Kegiatan menempelkan stiker di berbagai tempat seperti halte bus, rambu-rambu jalan, atau tempat umum lainnya. Stiker yang ditempelkan biasanya berupa tag dari si artist atau karakter khusus buatan artist bersangkutan. Stiker yang terkenal di kalangan street artist biasanya bertuliskan “Hello My Name Is.”

Roller
Karya graffiti yang dibuat dengan sebagian besar menggunakan cat tembok dan kuas rol dibandingkan dengan cat semprot. Kegiatan ini ditujukan bagi karya berukuran besar yang membutuhkan warna lebih banyak daripada umumnya, seniman seperti Blu, Aryz, dan Skewville adalah beberapa seniman yang sering menggunakan teknik ini.




Run Time
Istilah yang mengacu pada seberapa lama karya graffiti berada di jalanan. Lamanya waktu dihitung dari pertama kali karya tersebut muncul di suatu tembok. Karena sifat karya street art yang mudah ditimpa dan hilang, semakin lama suatu karya bertahan, maka semakin bergengsi pula karya tersebut. Tercatat, street artist asal New York Costs dan Revs memiliki poster dan roller yang telah bertahan lebih dari 20 tahun

Heaven Spot
Istilah bagi karya graffiti yang ditempatkan di area yang sulit dijangkau dan sulit untuk dihapus atau dihilangkan, tetapi paling mudah dilihat oleh semua orang atau strategis, gedung tinggi dan bilboard contohnya. Heaven spot memiliki tantangan tersendiri bagi para graffiti writer untuk membuat karyanya di spot-spot tersebut, karena selain berbahaya sekaligus bisa menaikkan pamor dari si artist tersebut. Untuk mencapainya hal yang mutlak dimiliki adalah tidak takut ketinggian dan memiliki skill memanjat. Invader dikenal sering menempatkan karya-karyanya di area strategis di berbagai belahan kota dunia.


 beginilah keadaan bila si anak lebih tinggi dari maknya  







Wildstyle
Graffiti text dengan gaya tiga dimensi, kadang saling menyilang, dan sukar untuk dibaca ketika pertama kali melihatnya.

Tag
Kata lain bagi tanda tangan tapi lebih bergaya dan memiliki ciri khas masing-masing. jenis graffiti yang paling sederhana,tag sering dibuat dengan warna yang kontras dengan latarnya. Selain dibuat terpisah, tag juga sering disematkan ketika artist selesai membuat karyanya. Sebagai tanda tangan mengikuti seniman tradisional yang selalu memberikan signaturedalam karya-karyanya.





Bomb/bombing
Kegiatan membuat banyak karya di suatu tempat, dikenal dengan istilah ‘bombing’. Bombers biasanya memilih gaya yang mudah dieksekusi seperti tag dan throw-up agar bisa dilakukan secara cepat dan tidak diketahui.

19 July 2016

Syukur Atas NikmatMU YA ALLAH

Alhamdulillah..syukur pada ALLAH
masih memberi peluang utk menulis disini
ditengah2 kesibukan dgn pelbagai urusan harian


Alhamdulillah..rezeki dari Allah
saya mendapat kepercayaan utk
menjadi pembekal tapai pulut
yg terletak di Permatang Pauh
seminggu 5kg ditempah
 hanya mengunakan beras pulut susu 
diimport dari Siam
boleh dapat rm4.50 sekilo
berbanding harga pasaran rm6.50
sekali order beras pulut ni 50kg..

ragi pulak diorder dari Kelantan
rm50  sekali beli
dapat dalam lebih kurang 100 biji

jika mengunakan beras pulut biasa
tapai akan berwarna sedikit kekuningan
dan rasa 'berbiji2'..
sbb ianyanya dicampur dgn beras biasa

 hanya rm26/kg..

“Dan jika kamu sekalian bersyukur atas nikmat yang Aku berikan, maka niscaya akan Aku tambah nikmat-Ku untukmu. Dan jika kamu sekalian kufur atas nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku itu sangat pedih”.

15 July 2016

Projek Tuisyen Barakah

Sejak dari anak sulung lagi
anak2 saya tak pernah dihantar ke pusat t5uisyen
bila menduduki peperiksaan 
cuma menghadiri tuisyen yg diadakan oleh cikgu2 kat sekolah ja..

Tahun ni giliran Eleena ,anak ke 3 menduduki SPM
hanya tinggal beberapa bulan ja lagi
sianak cool ja..si emak yg gelabah lebih

Bulan puasa yg lepas dia pulang menbawa surat
katanya terpilih menghadiri tuisyen
yg dianjurkan oleh Pejabat Menteri Besar dan GPMS

Setiap buah sekolah 
(hanya 4 buah sekolah yg terpilih)
memilih 10 org pelajar utk menghadiri program tuisyen barakah ni

so ibubapa diminta menghadiri majlis perasmian tuisyen ni

Yg ditengah tu,Yang Dipertua GPMS Kedah
merangkap seorang peguam

Yang dikiri tu wakil Pejabat Pendidikan..entah lupa pulak apa pangkatnya

yg manis bertudung merah tu teacher kat sekolah anak saya

tuisyen ni diadakan setiap jumaat
dari jam 9-11 pagi
di dewan Kolej komuniti Kota kenari,kulim
subjek yg diajar cuma 2-BI dan mathematik moden

Yg ni wakil GPMS sedang memberi ucapan aluan
senyum bila nampak saya mengangkat kamera



 semoga pelajar2 yg terpilih 
akan mengunakan pelaung ni sebaiknya

12 July 2016

Buah Bisbol a.k.a Velvet Apple a.k.a Mentega a.k.a Seralat

Assalamualaikum
Setelah sebulan lebih bertapa
akhirnya entri  baru muncul jua
monitor pc yg rosak
telah diganti oleh anak sulung g pulang beraya 

sebelum ni cuba juga berblog mengunakan lappy si Alia
tp huruf 'P' bukan main liat utk dtekan
menyebabkan mood tercampak ketepi

Buah Mentega
ataupun kat utara ni dipanggil Buah Seralat
sapa yg kenal atau pernah memakannya?

Dirumah saya kat kampung dikelantan
dulu2 ada sepokok 
benihnya diperolehi dari Indonesia

tapi walaupun tak ada makanan lain 
saya tetap tak menyukainya rasanya yg masam2 manis tu
ditambah pulak dengan baunya..

Semasa beraya di taman guar perahu hari  tu
saya diberi beberapa biji buah mentega ni
tak nak ambil pun takut kecik yhati tuan rumah

Sebiji dikupas..tetap tak luak

Akhirnya datang budak2 utk beraya
dan memakannya..depa cakap sedapp..!!
haha ambil la bawak balik..pelawa suami saya
akhirnya 5,6 biji tu diangkut semuanya sekali..selamattttt..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.