Assalamualaikum
Sejak dikesan mempunyai masalah jantung
berbagai istilah perubatan telah saya pelajari
MRI,Endoskopi,Angiogram,Angioplastry ..
macam2 la..
Saya melakukan MRI di Hospital Seberang Jaya
pada bln 7 th lepas
setelah berbulan menunggu giliran
Sebelum ditolak masuk kedalam mesin tu
pesakit diminta menanggalkan segala perhiasan
dan menukar pakaian
setelah itu diambil ukuran ketinggian dan berat badan
setelah mendengar penjelasan
saya diminta berbaring
saya juga diberi sebiji bola utk digenggam
dan dipicit andai terasa sesak nafas atau lemas
yg paling penting
langsung tak boleh bergerak
Dengan perlahan2 katil ditolak masuk
walaupun dipasang pendakap telinga
masih jelas dipendengaran saya segala arahan dan bunyi2an
"Puan tahan nafas...30 saat.."
"Ok..bernafas mcm biasa.."
Saya didalam tak henti2 berzikir
terpikir keadaan dlm kubur kelak
sempit..
Lebih kurang 2 jam
saya terdengar bunyi beepppp..beepp..
alhamdulillah..dah selesai..
"Mcm mana puan...selesa tak.."
Saya hanya mampu mengangguk
kerana mulut terasa amat kering..
"tahniah puan kerana berjaya..kalau tak kena ulang semula,2 jam lg.."
Ya Allah...jika diberi pilihan
saya rasa dh takmau mengulanginya lagi..