Si bongsu saya,Tasha
mengadu pening dan tak larat
ketika balik dari sekolah khamis minggu lps
saya pikirkan nak demam
mcm demam sblm ni
tampal coolfever kat dahi...dah sembuh
tp pada jumaat,sabtu..masih tak ok
hari ahad terpaksa telefon sekolah
dan buat surat tak hadir
Isnin-ke sekolah dalam keadaan tak sihat lagi
selasa-masih tiada perubahan
ptg-bawa ke klinik
|
(jgn terkejut
dah namanya doktor pakar
ubat2an ni RM92)
demi anak.. |
kata doktor,jika tiada perubahan lps makan ubat
rabu kena bawak lagi ke klinik
rabu-ke klinik lagi
suhu badan kejap turun,kejap naik
doktor memberi saya pinjam thermometer
utk monitor suhu badannya
tiap 6 jam,kena amik catatan..
khamis-ke klinik lagi
suhu badan 37.3-tinggi
buat urine test
alhamdulillah semua ok
(urine test rm15)
ayat yg saya tak suka dengar dari doktor
mungkin anak U kena denggi
sebab dah seminggu demam
pagi esok(jumaat) kena datang
utk buat ujian darah..
jumaat-suami terpaksa amik cuti
seawal jam 9 pagi dah terpacak depan klinik
Tasha relaks ja kertika proses mengambil darah
2 botol darah (sebesar jari) diambil
saya pulak yg tak sanggup tgk
lambatnya darah tu menitis..setitis demi setitis kedalam botol tu
(ujian darah rm62)
kata doktor,ptg nanti dia akan call
utk bgtau keputusan ujian darah
nak tunggu sampai waktu petang
saya berdoa,berharap agar semuanya ok
jam 6 petang saya terima panggilan dari doktor
"kami dah dapat keputusan ujian darah anak Puan
semuanya ok..takde apa virus denggi atau penyakit lain
ubat yg lain boleh simpan
cuma habiskan antibiotik saja."
Syukur pada Tuhan
leganya hati
letihnya 4 hari berturut2 berulang alik ke klinik
thermometer ni akhirnya dihadiahkan
oleh doktor pada saya
(lps diberi pinjam)