Panas cuaca & panas bahang PRU
30 April 2013
29 April 2013
Resepi Pulut Mempelam Harum Manis
Mempelam harumanis ni dibeli suami di Perlis
(kat Perlis ja ada mempelam spesis ni)
harganya-RM20/kg
beli 6 biji-RM 57
so sapa2 ada tanah terbiar tu
jom pakat2 tanam mempelam ni
boleh jadi kaya..:)
(kalau ditanya saya
saya sbnrnya tak tau membezakan jenis2 mempelam)
maka marilah kita berpulut mempelam
BAHAN-BAHAN:
1/k kg beras pulut
1 cawan santan
gula
1/2 sudu teh garam
buah mempelam harum manis
BAHAN UNTUK SANTAN @ KUAH:
2 cawan santan
1 sudu teh garam
1/2 sudu tepung jagung
2 helai daun pandan-disimpul
CARA MEMBUAT:
- Rendam beras pulut semalaman
atau sekurang2nya 3 jam
- Kukus lebih kurang 30 minit.
- Dalam periukyang berlainan : masak gula,garam, santan hingga gula hancur.
gula jgn terlalu byk sangat
manis2 buah ja
-Masukkan santan yang telah masak dalam pulut yang dikukuskan tadi.
Kacau sekejap.
kemudian kukus semula lbh kurang 20 minit
- Untuk masak santan@kuah:
masukkan semua bahan untuk santan.
Masak sehingga mendidih.
versi bersantan
28 April 2013
Pernahkah Anda Melihat Orang Yang Anda Sayang Ketika Mereka Tidur?
Pernahkah anda menatap orang-orang
yang anda sayang saat mereka sedang tidur?
Kalau belum...
cubalah sekali saja menatap mereka saat sedang tidur.
Saat itu yang tampak adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang.
Wajah bayi/kanak kanak ketika sedang nyenyak tidur
begitu mulus,tanpa noda dan dosa
Widad-mimpi apa agaknya sampai tersenyum??
Haziq-anak my biras
Aisyah Lutfiya-anak adik ipar
Tasha-'wajib' tidur dalam kereta
Ketika menatap wajah suami dan anak2 sedang tidur,
hati terdetik ..
Aku belum cukup sempurna untuk menjadi isteri dan ibu yg terbaik…
Aku insan yg serba kekurangan…
Ya Allah ..
ampunilah aku insan yg banyak berdosa ini
dan jadikanlah aku anak, isteri, ibu,
sahabat serta Hamba yg lebih baik budi pekertinya…
27 April 2013
Bila Si anak Demam..
Si bongsu saya,Tasha
mengadu pening dan tak larat
ketika balik dari sekolah khamis minggu lps
saya pikirkan nak demam
mcm demam sblm ni
tampal coolfever kat dahi...dah sembuh
tp pada jumaat,sabtu..masih tak ok
hari ahad terpaksa telefon sekolah
dan buat surat tak hadir
Isnin-ke sekolah dalam keadaan tak sihat lagi
selasa-masih tiada perubahan
ptg-bawa ke klinik
(jgn terkejut dah namanya doktor pakar ubat2an ni RM92) demi anak.. |
kata doktor,jika tiada perubahan lps makan ubat
rabu kena bawak lagi ke klinik
rabu-ke klinik lagi
suhu badan kejap turun,kejap naik
doktor memberi saya pinjam thermometer
utk monitor suhu badannya
tiap 6 jam,kena amik catatan..
khamis-ke klinik lagi
suhu badan 37.3-tinggi
buat urine test
alhamdulillah semua ok
(urine test rm15)
ayat yg saya tak suka dengar dari doktor
mungkin anak U kena denggi
sebab dah seminggu demam
pagi esok(jumaat) kena datang
utk buat ujian darah..
jumaat-suami terpaksa amik cuti
seawal jam 9 pagi dah terpacak depan klinik
Tasha relaks ja kertika proses mengambil darah
2 botol darah (sebesar jari) diambil
saya pulak yg tak sanggup tgk
lambatnya darah tu menitis..setitis demi setitis kedalam botol tu
(ujian darah rm62)
kata doktor,ptg nanti dia akan call
utk bgtau keputusan ujian darah
nak tunggu sampai waktu petang
saya berdoa,berharap agar semuanya ok
jam 6 petang saya terima panggilan dari doktor
"kami dah dapat keputusan ujian darah anak Puan
semuanya ok..takde apa virus denggi atau penyakit lain
ubat yg lain boleh simpan
cuma habiskan antibiotik saja."
Syukur pada Tuhan
leganya hati
letihnya 4 hari berturut2 berulang alik ke klinik
thermometer ni akhirnya dihadiahkan
oleh doktor pada saya
(lps diberi pinjam)
25 April 2013
Candid
Gambar 'candid'
bermaksud kita dapat rakamkan emosi dan keadaan pada masa tu
ehh betul ke Wak Gelas hehe
gambar yg dirakam secara semulajadi...no posing2
kdg2 dirakam tanpa disedari tuan punya diri
muka konfius..
Irfan(anak kpd anak sedara saya)
Alya teringin sgt cupcakes tu
(anak kpd anak sedara suami)
Mohd Yusoff yg pemalu
(anak kpd biras saya)
apalah yg dikerumuni budak2 ni
(anak2 adik ipar saya)
anak kpd sepupu saya suami
mangsa lensa
tak tau anak sapa
Widad
haa..kan dah comot..
anak2 zaman sekarang
23 April 2013
Semua Produk 1Malaysia
Macam2 yg masuk dalam peti surat sekarang ni
tidak hanya pamplet promosi kat Tesco,Giants
(saya sukaaaa...)
utusan dari PM pun ada
minggu lps surat PM utk suami hehe...cantik..!!
yg kaler ungu ni pun cantik jugak...
tebal dan kertas berkualiti
agaknya berapa juta naskah dicetak ya??
errrr..ni pun 1Malaysia jugak..!!
22 April 2013
Petua Nasi Lemak Tak Melekit
Supaya nasi lemak yg dimasak
berderai dan tak melekit
masukkan secamca minyak
seeloknya minyak zaitun/jagung
ketika nasi sedang mendidih
nasi lemak buatan sendiri pagi ni
susu cair mengantikan santan
dan sambal tanpa mengunakan belacan
(kurang gemar sambal
yg ber bau belacan)
cara membuat sambal yg enak
-gunakan cili kering yg dikisar sendiri
jgn sesekali guna cili boh/cili giling
dek kerana malas/nak cepat
-guna banyak bawang merah/bawang besar
kerana ia memberi rasa manis yg asli
-gunakan api yg kecil semasa menumis
tumis hingga bawang keperangan
atau hingga naik bau
-jika suka,boleh letakkan sekeping asam keping
atau sedikit asam jawa
cuma sedikit..kerana jika terlebih
ia akan mencacatkan rasa sambal anda
-jika ingin mencampurkan ikan bilis kedalam sambal
tunggu sehingga sambal tersebut hampir kering
supaya ikan bilis kekal ranggup
19 April 2013
Ikhlas
Bagaimana hendak mengetahu sesuatu amalan itu ikhlas atau tidak?
sedangkan ikhlas itu terletak di hati.
Tidak ada sesiapa pun mengetahuinya melainkan Allah SWT.
Memang benar ikhlas itu terletak di hati.
1)Jika kita sendiri hendak mengesan amalan
yang kita buat itu ikhlas atau pun tidak
maka tandanya kita lebih suka rahsiakan daripada menceritakan kepada orang lain.
Boleh di ceritakan dengan syarat ada keperluan sebagai pengajaran dan ikutan .
2)Sedekah yang lebih baik adalah sedekah
yang dilakukan secara sembunyi tanpa diketahui
oleh orang lain hinggakan tangan kiri tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kanan.
3) Bila berdakwah dan berjihad dijalan Allah SWT
tidak mengharapkan ganjaran atau pun pujian orang ramai.
18 April 2013
Berguguran...
Zaman kanak2 saya
tak kenal epal,anggur,pir
atau segala bagai buah yg diimport
yg dinikmati adalah buah2an kampung
-jambu batu,jambu air,buah kemunting
kerian,mertajam
nasib buah jambu ni sekarang
berguguran...tak bernilai..
17 April 2013
Hadiah
Ingatkan kiriman ni utk anak saya
rupanya hadiah utk saya
dari kawannya yg study kat Egypt
FM unta
dan sungguh tak sangka
terima hadiah dari ZURA-Merry Go Round
Saya hampir lupa menang contest
kat blognya
Banyak yg dikirimkan Zura
antaranya model flight Air Asia ni
cantik,kan...
bkn plastik tau..:)
dan ni isi yg terdapat dalam kotak tu
FM Jordan
pemberian UMMIROSS
pada yg sudi memberi
terimakasih daun keladi
16 April 2013
Kecil...
Saiznya kecil.....comel..
tp tak praktikal utk digunakan hari2
so jadi hiasan mata ja la
apa motif en hubby beli set cawan kecil2 ni
yg ni hadiah beli cereal
gelas minum air zam-zam
pemberain arwah emak...
15 April 2013
Aksi Kucing
Kucing antara objek
yg sering jadi mangsa lensa kamera
oleh sbb kat rumah saya
takde membela kucing
maka kucing2 dirumah org,kedai makan
atau kucing liar jadi sasaran
aksi Tasha..disebuah kedai makan
siap suap fun fries lagi kt anak kucing tu
haha...Yasmin besar ke..kucing tu lbh besar
tak terangkat...
siap pakai rantai lagi..
tgk2 apa...makan le..
bkn main gebu lagi si hitam putih ni
(mutiara cafe,kg pelet)
nak ayam goreng jugakkk....
Add caption |