30 September 2020

Kejutan Ulangtahun Perkahwinan

cerita kelmarin
menerima kejutan dari suami
memang taaak sangka sbb beliau bkn serang yg romantik
malah seingat saya
sepanjang 29 tahun berkahwin
ni kali ke 2,3 saya menerima hadiah darinya

tak mengapalah...
yg penting kasih sayangnya,tanggungjawabnya
terhadap saya dan anak2



 

hmmm coklat tu jadi habuan anak2 lah


 


 

29 September 2020

Bimbing Aku Ke SyurgaNya

29/9/1991
Hari kita disatukan 
Bersaksikan nama Allah dan RasulNya
Dengan akad...
“Aku terima nikahnya......”

Hari ini
29/9/2020
Genap 29 th usia rumahtangga kita
Semoga kasih sayang terus mekar mewangi

Terima kasih Allah,
 Meminjamkan nafas dan semangat untuk terus melangkah. 
Walau adakala perjalanan terasa terlalu payah. 
Sungguh~ Tegur kerna sayang, 
agar kelak bersama berpimpin jalan ke syurga yang dijanjikan.


Selamat ulangtahun perkahwinan ke 29 suamiku

26 September 2020

Pak Malau Kueteow Goreng

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Dagang Pak Malau dagang bertempat
Dagang hamba musafir lalu

Itu ungkapan Damak dlm Seri Mersing


huuhhh mengalahkan org yg sedang bercinta
tiap jam nak diberitahnya nak balaik dah



super....kueteow goreng pak malaun...ehh pak malau
cili padi jeruk tu stok yg
sentiasa ada kt rumah

24 September 2020

Baby Nenas

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
 mengesahkan bahawa 'baby nanas' jenama Dragon King dari Thailand
 yang tular didakwa mengandungi siklamat tidak dieksport ke Malaysia.

So baby nenas ni ditanam di Kedah
Boleh dimakan tanpa ragu2

Pasal apa dipanggil baby nenas
Sbb ianya kecik...comel..
Manis..ranggup..tak gatal lidah
Saya membelinya yg telah siap dikupas
Disediakan sekali dgn serbuk asamnya
  

22 September 2020

Ujian MUET

Hari ni anak ke 3 
Menduduki ujian MUET utk menyambung ijazah perakaunan

Oleh kerana di Kulim dh pun full
Terpaksa terima jugak la
Walaupun nun jauh di Baling
Nun tersergam Gunung Baling


Ni dia sekolah tu
SMK Kuala Pegang

Mak doakan agar adik tenang
Dan berjaya mendapat band yg tinggi


15 September 2020

Suntikan Insulin

Diabetis dan suntikan insulin 
umpama irama dan lagu
Berkait rapat

Sewaktu mula2 disahkan mengidap diabetis dulu
Dok berulang alik pi amik ubat
 chek paras gula
Tak banyak penurunannya
Hinggakan doc tak larat nk berleter dh

Akhirnya doc mengsyorkan saya amik suntikan insulin
Dengar ja suntikan
Berkerut dahi saya

Akhirnya terpaksa la menyuntik diri sendiri
2 kali sehari dgn dos yg ditetapkan

Satu hari ke hospital utk follow up
Doc bertanya adakah saya akhir2 ni pening2
Mual2,rasa loya
Ya doc..malah pening kepala smp tak boleh nk bgn

Puan tau tak
Paras gula puan terlalu rendah
1.1 ja
Puan boleh pitam bila2 masa
Saya minta puan hentikan  suntikan insulin
Mkn ubat ja utk control diabetis


Itu citer th lps
Dh setahun lebih saya bebas suntikan insulin

Tp peralatan suntikan masih tersimpan rapi
Doc memberikan 2 batang pen utk suntikan
Satu utk ubat kaler hijau
Dan satu lg utk ubat kaler kuning
Kalau beli sendiri pen ni berharga rm200 lbh satu

Doc akan ajar cara mengunakannya dgn betul

Stok jarum
Ada berbagai warna jarum
Saya pilih kaler ungu utk jarim palin pendek


Percayalah...suntikan insulin sikit pun tak rasa sakit
Malah lbh sakit jika digigit semut gatal


14 September 2020

Random Picture’s

Makaroni meatball

Yong taufu

Aiskrim tealive
Agak kenyal sikit bubble dia tu


Kuah rojak yg super duper sedap

Spageti aglio oliio
2,3 kali seminggu pun tak jemu

Jom relaks 
Pakai mask...pejamkan mata sambil bayangkan yg indah2

12 September 2020

PKPD

                      Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran 
                         akan dilaksanakan di 28 mukim di daerah Kota Setar, Kedah.
Ia akan berkuat kuasa  sehingga 25 September depan


Saya ada temu janji doc pada 4/10 depan
Di hospital Sultanah Bahiyah
Minta2 jgn la dilanjutkan tempoh PKPD ni
Ya ALLAH Kau lindungilah kami yg tak berdaya ini

09 September 2020

Top Fans FB

Pembaca tentu sedia maklum dengan pengenalan pangkat
‘Top Fans’ yang diperkenalkan oleh facebook tak lama dahulu.

Untuk pengetahuan  semua, 
Feeling The Vibe Media melaporkan bahawa facebook
 mengemaskini pangkat Top Fans ini secara mingguan. 

Ini bermakna, mana-mana warga maya yang mendapat gelaran 
Top Fans akan memakai pangkat tersebut pada
 satu-satu page untuk tempoh sekurang-kurangnya seminggu sehinggalah kemas kini terbaru daripada Facebook

Sesuai dengan tujuannya sebagai satu bentuk penghargaan kepada
 para pembaca yang setia,
Top Fans akan diberikan kepada mereka yang aktif dalam mengikuti semua posting di sesebuah page.

Aktif yang dimaksudkan termasuklah dalam memberi komen
, memberi reaksi seperti tekan butang ‘Like’
dan berkongsi posting berbanding pembaca-pembaca yang lain

Haha top fans la sangat

Setakat ni saya baru menerima 4 top fans fb

Top fans of IIUM Confessions






Top fans of Harian Metro

Dan ke 3 dari Dj Zambri Page

Top fans Sinar Harian




07 September 2020

Si Manis Utk Anak Dara

Beberapa hari lepas
Bila diberitahu saya akan melawatnya di asrama
Amboii bkn main happy la si anak bongsu
Padahal baru 2 minggu ja pergi ke sana menghantarnya

Maka mcm2 la permintaannya
Nak mkn itu, dh lama tak mkn ini
Bwk lebih sikit nak mkn dgn kawan2
Dlm sehari 2 kali call maknya ni




Mula2 saya oder 3 biji kek ja
1 utk Eleena
2 lagi utk dibawa ke Taiping

Tp kata Tasha
“ makkk... kwn Tasha tanya boleh
dak dia nk rasa kek sikit...”

Alahai...luluh hati mendengarnya

Saya terbayang jika Tasha yg berada dlm keadaan mcm tu

Maka up lagi sebiji kek


“Makk... mak bwk berapa cucuk satay ikan..kwn2 tasha pun nk mkn jugak..”

Berapa org kwn2 Tasha??
“6 org..yg kt dlm dorm ada lg 6...”

Haha makanlah anak2...hanya ni ja yg nampu makcik belikan
50 cucuk satay ikan

Disamping smile &  curly potato


Alhamdulillah...sampai2 ja kat asrama beliau
Dh siap bergayut dh kt gate
bersama 6 org kawan2nya
Dgn ikhsan pak guard, beliau dan kawannya boleh keluar utk mengambil barang

Koko crunch,honey star
sabun basuh baju,pewangi pakaian
Sabun mandi
Biskut
Al quran



05 September 2020

Kerabu Bunga Kantan

Pagi kelmarin suami sempat balik kg sekajap
Balik membersihkan halaman
rumah yg akan kami diami



Disebelah rumah ada pokok bunga kantan
Amboiii musim2 hujan ni
bkn main galak lg berbunga ya

Sejambak bunga kantan utk si isteri
Kalau musim perayaan
Kt Tesco,Giant
Rm8 utk 2 kuntum


Saya buat kerabu bunga kantan
Sedap dimakan mcm tu ja
Cuma masukkan bawang besar yg dihiris nipis
Cili padi dihiris,garam,gula
Jus limau nipis atau limau kasturi
Udang kering yg ditumbuk
Dan ikan bilis yg digoreng ranggup


04 September 2020

Rumah Kita Yang Abadi


*Kita bukan penduduk bumi,*
*kita adalah penduduk syurga.*
*Kita tidak berasal dari bumi,*
*tapi kita berasal dari syurga.*

*Maka carilah bekal untuk kembali ke rumah kita,*
*kembali ke kampung halaman yang lama kita tinggalkan*

*Dunia ini bukan rumah kita,*
*maka jangan alpa dengan kesenangan dunia.*
*Kita hanya pejalan kaki dalam perjalanan kembali kerumah kita.*

*Tak rindukah pada kampung anda ?*

*Bukankah mereka*
*yang sedang dalam perjalanan pulang selalu mengingat rumahnya dan*
 *mereka mencari buah tangan untuk kekasih hatinya*
*yang menunggu di rumah..*

*Lantas, apa yang kita bawa untuk penghuni rumah kita?*

*Rabb yang mulia*
*Dia hanya meminta amal sholeh dan keimanan, taat padaNya serta rasa rindu padaNya*
*Yang menanti di rumah.*

*Begitu beratkah memenuhi perintahNya?*

*Kita tidak berasal dari bumi, kampung asal kita adalah di syurga.*

*Kenapa kita lupa?*

*Rumah kita jauh lebih indah di sana.*
*Kenikmatannya tiada terlukiskan*
*dihuni oleh orang-orang yang mencintai kita.*
*Ada isteri sholehah*
*Ada suami sholeh*
*serta tetangga dan kerabat yang menyejukkan hati.*
*Mereka rindu kehadiran kita, setiap saat menatap menanti kedatangan kita.*
*Mereka menanti khabar baik   dari Malaikat Izrail.*

*Bila Keluarga mereka akan pulang?*

*Ikutilah peta (Al Qur'an) yang Allah titipkan sebagai pedoman perjalanan.*
*Jangan sampai salah arah dan berbelok ke rumahnya iblis laknatullah yaitu neraka.*

*Kita bukan penduduk bumi,*
*kita penduduk syurga.*
*Bumi hanyalah perjalanan.*
*Moga perjalanan kita kesana selamat dan diRahmati.*

INGAT...
INI BUKAN RUMAH KITA

*( Semoga Allah swt merahmati tuan yg mencipta dan menbaca puisi indah ini)*



02 September 2020

Pelajar Bumiputera Wajar Pilih Akauntan

 Ketika mula2 pilih kursus dulu
Accounting langsung bkn dlm senarai pilihan si anak
Lebih2 lagi U bkn pilihannya
Tp saya dan suami memujuknya
Dgn alasan Insaniah di Kuala Ketil
tu dkt dgn rumah
Skrg Insaniah dh dinaiktaraf menjadi Universiti
Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abd Halim Muadzam Shah

Kakaknya sering mengusik
Eii kolej Eleena banyak ulat gonggok
Mmg la disebabkan kawasan sekelilingnya asalnya kebun sawit


Alhamdulillah dlm susah payah 
Berjaya jugak menamatkan diplomanya
Dan skrg menyambung ijazah

Walaupun ada company yg offer dia kerja
Dgn gaji taraf diploma,rm2k lbh
Tp saya dan suami menyuruhnya terus belajar
Utk 3 th ja lagi
Ya...selalu dgr dia merunggut byk kerja,byk assigment
Tp kalau org lain boleh
Kenapa adik tak boleh

Tp..bab memasak
Atau suruh amik bahan masakan
Mmg fail memanjang

Ada ke patut buah belimbing
Dipanggil buah nenas


Insya Allah bakal akauntan




01 September 2020

Ikan Temenung a.k.a Pelaling

Ikan temenung
Nama lainnya ikan pelaling
Ikan yg paling murah kut
Tp sangat popular di utara ni

Tidak seperti sesetengah ikan
Yg hanya sesuai dimasak dgn satu atau dua cara ja
Ikan temenung ni boleh dimasak dgn berbagai cara

Kalau dibuat gulai
Sedap dicampur dgn timun,bendi atau tomato

Sedap jugak dibuat sambal mcm ni


Ni dibuat asam pedas





Enak jugak digoreng garing

Ataupun direbus dulu kemudian digoreng



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.