Pagi kelmarin Alia mengajak bersarapan nasi kerabu
saya yg takde selera makan ni ikut ja
sebelah telur masin tu 70 sen harganya
sebiji solok lada tu rm1
tapi dek kerana pedasnya sambal hijau
yg diletak diatas nasi tu
membuatkan saya langsung takleh memakannya
sebenarnya dh agak lama saya alah pada rasa pedas ni
bg org lain pedas tu biasa2 ja
tp saya terlampau pedas
malah,sebiji cili pun saya tak gunakan semasa memasak
sos cili pun dah teramat pedas dilidah saya ni
Kenapa tahap kepedasan kita berbeza?
Ini kerana setiap orang ada sensitiviti yang berbeza terhadap bahan kimia capsaicin.
Capsaicin tu apa?
Ia adalah sejenis bahan kimia yang meransang (ke merangsang?)
deria sakit, atau lebih tepat mewujudkan rasa terbakar (burning sensation).
Rasa pedas ini hanya dapat dirasai oleh membran yang bermukus.
Sebab itulah, jika tangan kering, tidak terasa 'kepedasannya'.
Ada orang mempunyai banyak reseptor di lidah,
yg menyebabkan dia sensitif terhadap capsaicin.
Ada orang mempunyai reseptor yang sensitif walaupun sedikit,
jadi dia pun sensitif terhadap capsaicin jugak.
Kenapa boleh berbeza-beza pulak?
Ada pendapat mengatakan, ianya terletak pada kebiasaan.
Orang yg dah biasa makan pedas dari kecil,
maka reseptor capsaicin di lidahnya kurang sensitif, sebab itu dia boleh tahan pedas.
So sesiapa yang sensitif terhadap capsaicin (macam saya), maka tak tahan pedas.