30 March 2017

Nasi Kerabu @ De Suri

Pagi kelmarin Alia mengajak bersarapan nasi kerabu
saya yg takde selera makan ni ikut ja

sebelah telur masin tu 70 sen harganya
sebiji solok lada tu rm1

tapi dek kerana pedasnya sambal hijau
yg diletak diatas nasi tu
membuatkan saya langsung takleh memakannya

sebenarnya dh agak lama saya alah pada rasa pedas ni
bg org lain pedas tu biasa2 ja
tp saya terlampau pedas
malah,sebiji cili pun saya tak gunakan semasa memasak
sos cili pun dah teramat pedas dilidah saya ni

Kenapa tahap kepedasan kita berbeza?

 Ini kerana setiap orang ada sensitiviti yang berbeza terhadap bahan kimia capsaicin.

 Capsaicin tu apa?

 Ia adalah sejenis bahan kimia yang meransang (ke merangsang?)
 deria sakit, atau lebih tepat mewujudkan rasa terbakar (burning sensation).
 Rasa pedas ini hanya dapat dirasai oleh membran yang bermukus.
 Sebab itulah, jika tangan kering, tidak terasa 'kepedasannya'.
 Ada orang mempunyai banyak reseptor di lidah, 
yg menyebabkan dia sensitif terhadap capsaicin.

 Ada orang mempunyai reseptor yang sensitif walaupun sedikit,
 jadi dia pun sensitif terhadap capsaicin jugak. Kenapa boleh berbeza-beza pulak?
 Ada pendapat mengatakan, ianya terletak pada kebiasaan.
Orang yg dah biasa makan pedas dari kecil,
maka reseptor capsaicin di lidahnya kurang sensitif, sebab itu dia boleh tahan pedas.
 So sesiapa yang sensitif terhadap capsaicin (macam saya), maka tak tahan pedas.

29 March 2017

Alhamdulillah

Alhamdulillah
syukur pada YANG ESA
Satu permulaan yg baik
utk tahun 2017

28 March 2017

Buah Putat

Sejak menetap di Kedah 25 tahun lepas
saya baru mula belajar makan ulam2an
rumah MIL di kampung
so hampir tiap kali waktu makan
akan ada ulam2an seperti tenggek burung,cabang 3,putat dll

so bila berpindah duduk sendiri
amalan tu tetap saya teruskan

yg ni buah putat
sedap dibuat ulam
saya sukakan dimakan mentah2..ranggup
ada jugak yg mencelurnya terlebih dulu
jangan dipetik yg telah tua/besar
kerana rasanya 'bersabut'..

selain dibuat ulam
ada yg memasaknya dgn cara lain
sambal tumis bersama udang/ikan bilis
masak lemak kuning bersama belimbing buluh

Terdapat 6 spesis yang popular di Malaysia iaitu
 Putat Laut (Barringtonia asiatica),
 Putat Kampong (Barringtonia racemosa), 
Putat Air, Putat Darat,
 Putat Ayam
 dan Putat Sungai.

ni contoh putat kampung

27 March 2017

Misteri Wan Peah

Salam utk semua
nampaknya tanda2 nak bersara dari berblog makin ketara
makin malas nak update blog
walaupun ada 'bahan2nya'..

oh ya..saya bukanlah kaki 'tv'
berita pun jarang2 tengok

tapi..ada satu siri Seramedi ni
membuatkan saya melekat depan tv


Tajuk: Misteri Wan Peah
Channel TV3
Slot : Seramedi
Mula Tayangan : 13 Febuari 2017 
Masa: [Isnin - Rabu, 10 mlm]
Jumlah Episode : 20
Update Terkini: Episod 17


seram komedi
tiada unsur 'gedik' pelakon wanita
malah pelakon wanitanya saya tak berapa kenal
kecuali Normah Damanhuri,Ucop Wilca,Delimawati..
Sherry Al Hadad pulak menjadi karektornya sbg batu api..
yg sentiasa berpantun
mengunakan loghat Perak
malam ni memasuki episod ke 18

12 March 2017

Kuah Rojak

Sapa yg suka menyicah kat sini..
angkat tangan tinggi2..

bila menyicah,tentulah ada kuah rojaknya,ya tak
kalau kat kelantan,dipanggil makan 'colek'

kuah rojak ni saya oder kat kulim food delivery
utk adik beradik yg akan datang ke Kedah
pada 19 hb ni
tengok..kacang tanah sangat dipack berasingan..wangi..fresh lagi
ada sesetengah org buat kuah rojak
kacangnya digaul sekali
dah tak ranggup jadinya bila dibiar lama2

yg dalam botol comel ni setengah kilo rm5

 yg dalam balang tu sekilo beratnya-rm10
dek kerana saya oder banyak
dapat la diskaun rm5

sedap jika dicicah nenas,jambu batu,jambu air,mempelam,ubi sengkuang
buah kedondong,betik separuh masak...

11 March 2017

Bila Nikmat Makan Ditarik Sedikit Demi Sedikit

 Alhamdulillah..semalam saya  dan anak dara,Si Eleena tu
berpuasa (puasa ganti)
insya Allah akan habis pada isnin nanti

masalah saya takde selera nak makan
bila tiba masa berpuasa
baik ketika berbuka
apatah lagi ketika bersahur
bihun goreng ni Chef Alia balik hantar
pukul 7 lebih
dia masak di dapur urban inn
sayangnya saya hanya makan sesuap ja



pulut mangga  ni dibeli di Giant katanya
pun saya hanya makan mangganya saja
pulutnya terlampau manis

ni jejari ayam lada hitam
pun tak lalu jugak nak makan

sudahnya hanya minum fresh oren bergelas2

10 March 2017

Asparagus Goreng

beli satu paket ja
sbb anak2 tak makan
cuma si emak sorg ja yg makan

dan terjadilah asparagus  goreng simple bersama udang
tumis bawang putih,kemudian bwg besar
masukkan udang
kemudian letak asparagus tu
letakkan sedikit garam 
dan sos lea & perrins
dalam 2 minit dah boleh tutup api dan angkat

Kata chef Alia
memasak sayur2an ni
kena masak diluarnya tp tetap pejal didalamnya


09 March 2017

Emel Daripada Involve Asia

Hi,

Klien kami daripada Adata Malaysia, ingin berkerjasama dengan pihak anda untuk kempen terbaru mereka. 

Mereka sangat berminat menyertai post Adata di  blog anda. Berikut adalah maklumat kempen:



Kempen             : Keyword/ Banner Campaign
Bajet                   : RM1,000
Modal                 : CPC & CPS

Jika anda berminat, sila email kembali kepada kami untuk maklumat lebih lanjut. 

Info lebih lanjut sila layari : Involve Asia,

--
Ecommerce Marketing Platform
Malaysia | Indonesia | Thailand
Faeizatul
Affiliate Marketing Executive

INVOLVE ASIA TECHNOLOGIES SDN BHD
3A-7, Menara MBMR, Jln Syed Putra
58000, Kuala Lumpur
SKYPE : faa_153

We're hiring! Find out more at http://involve.workable.com



ohh..pada mulanya terkejut jugak
yalah..blog saya pun jarang2 berupdate
pembaca pun  lbh kurang 2k ja sehari

tp bila ditanya pada yg pakar
tak salah mencubanya

kena register dulu..
jangan bimbang free ja

kemudian bila akaun dah diaktivatedkan
boleh la pilih iklan2 utk ditempek kat blog kita

08 March 2017

KFC Twister Cheezy


Twister KFC hadir dgn 2 rasa yg pasti memikat 
 Cheezy Twister dan juga KFC Hot &Zesty Twister.
Mengunakan bahan2 segar dan dihidangkan panas2.perghh..
dicampur pulak cheese yg meleleh..
harganya RM 6.50 satu
Tapi..

KFC gandakan lagi penjimatan anda dengan kombo RM9.90
 dan juga Double Twister Combo (RM14.90).
 Malah dengan set ini juga anda boleh dapatkan sekali dengan air dan juga kentang goreng.

tersangat la sedap

06 March 2017

DiaGnosis Fobia

Cuba beli kat Whitecoat
kecewanya dah sold out

Google punya google
jumpa kat MPH Online
terus beli
walaupun mengambil masa beberapa minggu utk sampai ke tangan

saya peminat cerita2 mistiki

dulu2..suka beli majalah Mastika
memang benar2 meremang bulu roma membacanya
sayangnya Mastika sekarang dah hilang taringnya
mungkin dek bertukar Editor
bertukar  pemberitanya
Mastika dah tak menarik minat saya


himpunan cerita dalam Diagnosis fobia ni
dinasihatkan tak membacanya dimalam  hari..
lebih2 lagi dikala berseorangan
bagiakn terasa diri diperhati