29 April 2021

Kari Kepala Salmon

Saya sebenarnya tak berapa lalu mkn ikan salmon bahagian isinya
Samada dibakar,grill ataupun goreng

Tapi...
Bila bahagian kepalanya dimasak kari
Ehh sedap pula meratahnya
Ada lemak2 dlm kepalanya tu yg sedap tu

Ni masak tanpa santan
Lebihkan air asam jawa,tomato dan bendi


26 April 2021

Zapin Yang Tinggal

Menitis airmata ini merindukan kampung halaman tercinta








 

Masih ada lagi,
rumah lama tinggalan ayahanda
Bila aku pulang,
masih lagi terbayang lagumu

Rasa wangi lagi,
haruman mu ibu
Keringat ayah,
di kamar yang tinggal

Ibu... aku telah dimiliki
Jauh... kutinggalkan desa ini

Pusaramu kusiram,
kurasakan aku direstui
Apa yang kau berikan,
aku kini rasa disayangi

Pulang abang,
pulang saudaraku
Masih hijau, di desamu ini
Bayu masih, seperti dahulu
Hujan rintik, dihias pelangi

Ku mohon ampunmu,
pinta ibu tidak kutunaikan
Kutinggalkan jua,
desa ibu yang sangat kucinta

Harus kuikuti,
tempat ku berpegang
Selepas kau pergi,
kami yang tertinggal
Saudaraku,
dengar nyanyianku
Kalau boleh,
pulanglah selalu3
 

23 April 2021

Berbagi Rezeki

Kata Alia
Setiap malam sebaik habis syif
Inilah kerja2 sampingan para chef dihotelnya

Membungkus makanan yg tak habis dimakan
ketika berbuka puasa
Yalah takkan nak buang,kan


Ni antara lauk pauk yg dibawa balik

Kalau ada majlis berbuka puasa YB bersama anak2 yatim
Lagi la banyak makanannya
Kambing,ayam segala bagai ada

22 April 2021

Asam Pedas Keladi

Asam pedas keladi oleh biras saya
Sebenarnya ni projek rahsia
sbb kalau tau dek suami
Mau dia berleter
Yalah minta org buatkan asam pedas
Utk memenuhi selera isterinya

Kalau dibeli tak memenuhi selera



Kat utara ni 
Biasanya asam pedas keladi
Dimakan bersama nasi ulam

Dihantarnya jugak sebekas tepung pelita dan bubur lambuk
Disini setiap masjid /surau kt kampung2
akan bergotong royong masak bubur lambuk tiap hari
Jadinya hampir setiap hari kami menerimanya



20 April 2021

Sambungan Kisah Maksu

Dalam entri Tragedi Agar2 Merah Menyembah Bumi
Saya ada menyebut tentang maksu saya
Org indonesia tu

Beliau bertemu dgn Paksu semasa belajar di Universiti disana
Alahh..anak org berada
Ibu dan ayahnya ada kedudukan dlm masyarakat

Sedangkan paksu saya nak beli spenda
pun minta duit kt nenek lg masa tu

Maksu berdiri paling kiri bersama keluarganya

Dipendekkan cerita mereka pun kawen
Dan pulang menetap dikampung
Bersama nenek dan kakak sulung saya
(Kakak sulung saya memang dok dgn nenek)

Maka terjadilah beberapa peristiwa
Bila anak org kaya kawen dgn org miskin

Satu hari ada org kg datang bertanya
Paksu ada kt rumah tak

"Paksu pergi rumah org mampus.."
Jawab maksu

Diwaktu yg lain
Anak2nya dok ralit makan benih padi
Yg disangkanya tauge
Dgn bau masam 
Dgn kulit padi tu yg kasar..isshhh

(Ni rupa benih padi)

Dan ketika yg lain pula
Kakak sulung saya perasan anak maksu ni diam ja
Bila tanya
," din..dok buat apa senyap ja.."

"Dok bakar misai kucing,...".
Haha sepantas kilat kakak saya menerpa utk melepaskan kucing tersebut

Dan ketika yg lain pulak
Anak maksu ni buka suis sterika dan membiarkannya
Sedangkan dia dh p meronda kt kampung dh

Hampir nak pitam kakak saya tgk sterika
tu dah bertukar jd kaler merah

Namun semuanya berakhir bila maksu berpindah duduk di Kota Bharu

18 April 2021

Tragedi Agar-Agar Merah Menyembah Bumi



Tiap kali ketibaan ramadhan
Saya pasti teringat peristiwa lucu
Ketika zaman kanak2 dulu

Al kisahnya satu hari dibulan puasa
Sedang saya seronok bermain bersama kwn2 berhampiran rumah maksu
Paksu saya ni kawen dgn org Indonesia
Tetiba maksu memanggil saya
Dan dihulurkan ' sebiji' agar2 merah
Kenapa saya ckp sebiji
Sbb agar2 tu tak dipotong2 dulu
Dan ianya diletakkan dlm pinggan yg rata,
Yg muat2 agar2 tu ja

"Bawak blk terus..jgn main2..." pesan maksu

Kwn2 saya begitu teruja tgk agar2 tersebut
Ada yg mencucuk2 jari
Yg tak posa cuba memintanya sikit tp 
saya tak bg



Sedang asyik nk mengimbangi badan

Dan agar2 tersebut dari kawan2

Tetiba...

Bedebukkk...
Agar2 tu jatuh menyembah bumi
Hancur berderai
Pucat lesi muka saya
Dan mulalah menyalahkan org tu..org ni..
Alamak..mcm mana ni
Takkan nak bwk blk pinggan kosong
Takkan nk citer kt mak citer sebenar
Dah pasti leteran mak seminggu
Pun belum tentu habis

Timbul idea jahat bersama
Sorokkan pinggan tu dalam semak
Esok hantar semula

Dan berdoa agar mak dengan maksu 
tak berjumpa

16 April 2021

Seutas Jam Tangan

Mengemas2 terjumpa seutas jam tangan ni
Dah lama ia hilang
Dan saya pun tak berusaha mencarinya

Ia sebenarnya hadiah dari suami
Selepas beberapa hari kawen
Kiranya usianya sama dgn usia
perkahwinanan saya th ni-30 tahun !!!

Jam jenama JenLouis ni
Suami beli dgn harga rm300 lbh masa tu


Tak pernah sekalipun rosak
Cuma habis bateri ja
Masih cantik , tiada calar balar
Mungkin kerana saya tersangat jarang memakainya..
Ada lah dlm beberapa kali ja
Lps suami bg
Kut2 dia kecik hati pulak

Yg sebenarnya isteri dia ni
Sorg yg sangat2 simple
Tak suka pakai sebarang perhiasan
Entahlah..rasa rimas semacam bila pakai
perhiasan bergayutan

15 April 2021

Cara Membuat Bunga Rampai


Bunga rampai
Sinonim dgn masyarakat melayu
Dlm kebanyakan acara keramaian
Walaupun sering dipandang sebelah mata
Namun kehadirannya mampu menceriakan suasana

Teringat zaman kanak2 dulu
Tiap kali ayah balik dari kenduri
Arwah,kenduri maulud Nabi ,aqiqah
Kami anak2 pakat serbu poket baju melayu ayah utk mencari bunga rampai

Anak2 dara sekarang masih tau ke
cara nak buat bunga rampai??

Hiris nipis(lagi nipis lagi cantik)
Daun pandan
Utk menaikkan seri
Campurkan dgn bunga2 warna warni
Kalau dapat bunga yg wangi lagi bagus
Seperti kenanga,cempaka,mawar

Renjiskan air mawar
Dan spray sikit perfume kalau masih kurang baunya

Bunga rampai ni makin lama disimpan
semakin wangi baunya

Bunga rampai diracik-racik
Makin pandang bertambah cantik
Bunga rampai harum baunya
Kalau dah jodoh bertemu jua

13 April 2021

Hari Pertama Berpuasa

Berbekalkan secawan milo
Dgn 2 keping biskut 4 segi
Saya mengalas perut bersahur
Itu pun terpaksa telan
Sbb tak lalu makan

Dalam hati berdoa
Jgn la saya mengalami hypo hari pertama puasa ni
Doc dah pesan
Kalau dh mula berpeluh
Tangan mengeletar
Pandangan kabur
Pening dan loya
Cepat2 berbuka posa
Dgn minum minuman manis

Kalau dibiarkan..boleh pengsan

Alhamdulillah
Masih diberi kudrat utk 
Memasak serba sedikit
Utk keluarga kecil kami
3 org ja yg nak mkn
Tu pun semua jenis tak mkn banyak

Seperti th2 sebelum ni
Takda kuih muih..tak makan punya..

Masak gulai ikan talang
kering bersama kacang panjang dan terung
Nampak mcm nk kena sumbat dlm petiais ni sbb tak habis
Ikan siakap masak berlado
Kakak ipar bg sepotong siakap
Saya belah dua
Boleh la masak esok sebelah lg tu

Kangkung goreng ikan tengiri masin


Kuih kaswi pemberian kakak ipar
Haa dh cakap
Makan setengah ketul ja
Lps tu sumbat dlm petiais


Ni bubur lambuk versi utara
Org masjid mai hantar
Emmm..tak terusik pun


12 April 2021

5 Ekor Anak Itik

Lagu kanak2
5 ekor anak itik


Lima ekor anak itik berenang-renang
Naik ditebing terus menghilang
Ibu itik memanggil quek-quek
Hilang satu tinggallah empat

Satu dua tiga empat
Satu dua tiga empat

Empat ekor anak itik berenang-renang
Naik ditebing terus menghilang
Ibu itik memanggil quek-quek
Hilang satu tinggallah tiga

Satu dua tiga
Satu dua tiga



Tiga ekor anak itik berenang-renang
Naik ditebing terus menghilang
Ibu itik memanggil quek-quek
Hilang satu tinggallah dua




Satu dua
Satu dua

Dua ekor anak itik berenang-renang
Naik ditebing terus menghilang
Ibu itik memanggil quek-quek
Tinggal seekor anak itik

Satu
Satu

Satu ekor anak itik berenang-renang
Naik ditebing terus menghilang
Ibu itik memanggil quek-quek
Tapi tiada anak itik yang pulang

Tiada anak itik pergi berenang-renang
Naik ditebing terus menghilang
Ayah itik memanggil quek-quek
Lima ekor anak itik pun pulang


bapa itik(bkn bapa ayam)






09 April 2021

Petua Jeruk Mempelam Bertambah Ranggup


Terdapat berbagai cara 
utk buat jeruk pelam/lain2 buah homemade
Ianya lbh selamat sbb tak guna 'ibu jeruk'
Yg bila makan boleh tersedak2 tu

Ni cara saya
4 biji buah pelam epal
Yg dah kekuningan isinya

Kupas kulitnya
Tak nak kupas pun boleh tp masa makan buang jugak kan
Potong nipis2 
Kemudian rendam dalam air garam semalaman

Keesokannya baung air garam tersebut dan bilas
Boh gula dan ais krim soda hingga pelam tenggelam
Kalau rasa masin kurang
Boleh tambah garam sikit
Biarkan semalam dua
Nak letak dlm petiais pun boleh

Cubalah...memang bertambah2 ranggup

08 April 2021

Gugurnya Ego Seorang Lelaki

GUGURNYA EGO SEORANG LELAKI

Dialah lelaki pertama yang menyentuh mu
Dialah lelaki pertama yang memandang mu
Dialah lelaki pertama yang membelai mu
Dia jugalah lelaki pertama yang mencintai mu
Dia jugalah lelaki terakhir yang menyayangi mu

Adakah lelaki itu mampu menjaga sebagaimana dia menjaga kekasih hatinya

Adakah lelaki itu mampu mencintai sebagaimana dia memberi kasih sayang nya

Adakah lelaki itu mampu mendidik sebagaimana dia memberi sepenuh jiwanya membesarkan cinta hatinya

Di sebalik senyuman dan kegembiraan lelaki lain. 
Ada lelaki lain yang jiwanya meruntun sukar untuk melepaskan 😊


LELAKI ITU ADALAH AYAHMU





07 April 2021

Tembikai

92% kandungan buah tembikai merupakan air, oleh itu ia merupakan antara buah buahan yang mampu membekalkan tenaga dan hidrasi pada tubuh. Ia juga kaya dengan vitamin, mineral dan serat. Sudah boleh beli dan simpan stok untuk buka puasa/sahur.



Kalau makan kt luar
Pilihan utama saya pasti air tembikai
Kt rumah pun tembikai mesti ada





06 April 2021

Labu Air

Labu air ni nasib baik boleh
bertahan dlm petiais
kurang mendapat sambutan sikt kalau dimasak pun

yg ni tumis air
kurang ceria sikit kalernya sbb saya kupas klitnya
letak ikan bilis dan suhun sikit


yg ni pulak masak lemak kuning
en suami dan saya ja la mkn seketul dua


05 April 2021

Persiapan Menyambut Ramadhan




InsyaAllah dalam beberapa hari ja lagi
Seluruh umat islam akan menyambut
Ketibaan bulan penuh kemuliaan..penuh keberkatan...penuh keampunan oleh 
Yang Maha Esa

Selain mempersiapkan jiwa 
Utk melipatgandakan amalan

Persiapan zahiriah jgk sedikit sebanyak
Dilakukan

kabinet didapur dah diisi dgn sedkit barang2 kering


sos hijau  utk cicah seafood


Ikan tenggiri jeruk
Utk masak nasi goteng ikan masin
Kailan iakn masin
Takpun grg mcm tu campur bwg besar dan cili padi




pelbagai jenis ikan kering

ikan bilis

ohhh...telur masin tak sempat cari lagi







04 April 2021

Selamat Kembali Ke Sekolah

Akhirnya...setelah berbulan bulan bulan bulan bercuti
si puteri bongsu telah kembali ke asrama hari ni
rasa pelik pulak bila dia tiada dirumah

pipi dah jadi kuih pau dah
sbb dok menternak lemak kat rumah


belajar rajin2 ya
tahun ni PT3







03 April 2021

Nasi Dagang Kelantan VS Terenganu

Nasi dagang antara menu sarapan popular
di negeri pantai timur
campuran halba, hala, bawang merah
benar2 mengamit selera

terdapat sedikit perbezaan
antara nasi dagang kelantan
dgn nasi dagang terenganu
nasi dagang kelantan
mengunakan beras merah
campur sedikit beras pulut atau beras wangi

Acar
gulai ikan tongkol/ kayu

Terenganu punya nasi dagang
campuran beras pulut dan beras biasa

Mana satu pilhan hati
saya pilih dua2...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.