29 July 2020

Sarapan Di Warung Nasi Kak Nik

Semalam cakap kt suami
Pagi esok rasa nak bersarapan nasi dagang la

So pagi ni suami bawak ke tempat yg biasa dia
Tgk org jual makanan kelantan
Sayangnya tutup
Dh dekat nk raya kan
Maybe ownernya dh balik kampung

So melilau 4,5 tempat yg jual nasi2 kelantan
Tp semua tutup

Alhamdulillah
Disaat dh berputus asa
Termampak kedai makan ni

Warung nasi kak nik

Nama ja warung tp ianya sebuah kedai mkn yg bersih

Selain nasi kerabu,nasi dagang,nasi berlauk
Ada pelbagai masakan panas ala thai
Perlbagai nasi goreng

Saya pada mulanya nk mkn nasi dagang
Tukar ke nasi kerabu
Nasi dagangnya tapau


Ni pilihan en suami
Nasi berlauk gulai ayam

Harganya rm5 setiap satu


28 July 2020

Sos Labu



 Ada beberapa org pembaca
Bertanyakan apa itu sos labu
Bagaimana rupanya
Apa rasanya

Ni ha akak buat satu entri khas

Dikedai2 makan Thai
mereka mengunakan sos labu ni utk mencantikkan masakan
Diletak dalam bihun goreng 
Dibuat kuah mi bandung
Dibuat kuah satay ikan/locking
Daging / ayam masak merah
Mcm2 lagi la


Nampak tak logo halal tu

Boleh beli kat Shoppee




27 July 2020

Bawang Putih Jeruk

Khasiat bawang putih
Saya pasti ramai yg telah sedia maklum
Tp berapa ramai yg sanggup memakannya mcm tu ja


Ni bawang putih jeruk
Kalau di kelantan ia senang dijumpai
Sbb dimakan bersama nasi kerabu
Serius sedap
Rasanya yg ranggup
Masam,manis,masin
 
Nk buatnya pun senang
Bawang putih dicuci bersih
Jgn dibuang kulitnya
Lps tu dikukus hingga masak
Boleh dicucuk2 dgn garfu 
Kalau nk tau masak ke tak lg

Lps tu dlm balang masukkan secawan cuka
Gula dan garam serta air
Masukkan bawang putih tadi
Biarkan beberapa hari bolehlah dimakan

 
Saya suka masuukan bawang putih jeruk
Kedalam kerabu sotong ala thai
Sangat sedap!!!




26 July 2020

Bila Ada Sedikit Tenaga

Alhamdulillah
Bila dah ada sedikit tenaga
Gigih la ketung ketang kt dapur pagi ni 


Kangkung grg
Saya kalau mkn nasi wajib ada sayur
Kalau tak,rasa mcm tak lengkap


Kari ikan bawal



Daging goreng merah
Selama ni saya guna sedikit cili blend,sos cili 
dan sos tomato
Tp kali ni guna sos labu
Cukuplah 3 menu ja hari ni

22 July 2020

Menu Orang Yang Takde Selera




Tiap kali demam
Mau seminggu lebih baru ada selera nk mln
Air nk yang masam2 ja mcm fresh oren


Sambal udang
Siakap 3 rasa
Dan sayur campur 
Ni dimakan mcm tu ja...ratah




21 July 2020

Demam Di Petang Hari


Selepas balik dari hospital isnin lepas
Petangnya saya rasa sejuk satu badan
Kebetulan hujan turun dgn lebatnya
Menambah lagi kesejukan
hingga suami selimutkan dgn 3 lapis selimut

Pagi esoknya dh ok
Sempat la masak sikit

Petangnya,aikkkk demam lagi
Siap pakej batuk malam2

Pagi esoknya saya batuk semasa mandi
Keluar darah
2 hari berturut2 batuk berdarah

Entahlah...
ada yg kata covid la,demam urat la,demam kura2 la


Ni puteri bongsu
Yg telah kehilangan hp nya
akibat terjatuh dlm lubang tandas di Giant
Merah muka nya menahan tangis
Nk bgtau pada kakak nya

Tak apalah adik
Dh rezeki setakat tu ja 

Dan hp saya yg jadi ‘mangsanya’ utk kelas online
Tetiba ja serbu masuk blk mak nya
“Kelas dh nk start...”

11 July 2020

Penyakit Jantung Ada Kaitan Dgn Genetik Kah?

Dalam keluarga saya 
4 org anak perempuan arwah emak mengalami masalah dgn jantung 
Emak sendiri meninggal disebabkan sakit jantung

Semasa hayatnya arwah tak pernah ke hospital utk rawatan 
Puas dipujuk,dipaksa tetap tak mahu pergi 
Beliau lebih rela berhabis duit membeli berbagai suplement 
atau ubat yg disyorkan kawan2nya 

Malam kejadian arwah meninggal tu 
Dek kerana tak tahan sakit 
Dia sendiri yg meminta abang saya menghantarnya ke HUSM
Dalam perjalanan arwah bertanya jauh lagi ke nak sampai 
Mak dah tak tahan sakit 


Rupanya itulah suara terakhir yg didengar oleh abang Dan ayah saya
Beberapa minit selepas tiba di HUSM
Emak meninggal ketika azan subuh berkumandang




Ni kakak sulung saya 
Beliau mengalami masalah dgn injap jantungnya
Skrg dok ulang alik ke HUSM utk rawatan


Ni kakak no 3
Menjalani pembedahan menukar injap jantung dah 2 kali
Pertama kali semasa saya berusia belasan th lg 
Dibuat di IJN

Yg kedua 2 th lps dibuat di HUSM
Katanya kena operate dari leher hingga ke pusat 


Ni adik saya
Seminggu sblm raya puasa baru ni 
Dia mengalami sakit dada teramat sangat 
Sempat,berpeluh,tido tak boleh,bangun pun serba tak kena 

Esoknya selepas subuh beliau terus ke Hospital Pakar Perdana,KB
Kena marah dgn doktor pulak 
“U berani  drive sendiri dlm keadaan mcm ni...”

Setelah dibuat ECG
Disahkan mengalami masalah jantung tersumbat mcm saya 
Esoknya terus dibuat angiogram dgn 2 stent
Dimasukkan kedalam saluran darah jantungnya 

Tak mengapalah dia cepat dibuat angiogram
Sebab ke hospital swasta
Yg menelan kos 62k
Companynya biayai sehingga 75k utk staff yg ada masalah berkaitan jantung






Dia ni la yg dok bg semangat kt saya sekarang 
Katanya angiogram tak sakit la
Tak rasa apa langsung

Harap2 la..

10 July 2020

Tabung Bantuan Perubatan

Selepas disahkan mengalami masalah jantung tersumbat 
Doktor di hospital kulim bg surat rujukan utk ke hospital sultanah bahiyah
Saya cuba minta ke hospital penang tp tak boleh katanya
Sbb kes under KKM kedah

Selepas 2 kali ke HSB
Sorg doc perempuan yg muda dan comel 
Menerangkan tentang proses angiogram
Yg bakal saya jalani 

“1 stent berharga 6k ya puan 
So puan kena masukkan 3 stent 
Bermakna puan kena bayar 21k ...”
3k lg tu utk lain2 perkhidmatan

Gullppp 
Saya memandang suami 
Suami memandang saya

“Tp kami tak sekejam tu puan
Pihak hospital ada menyediakan Tabung Bantuan Perubatan
Dibawah jabatan kerja sosial
Utk membantu golongan kurang berkemampuan..”

Setelah diterangkan dgn panjang lebar  dan memastikan kami benar2 faham 
Doctor tersebut akan submit borang permohonan
Dan meminta kami datang ke HSB bila dipanggil utk interview 



 Ni antara dokumen yg wajib dibawa semasa proses interview 
Kata pegawai tersebut 
Biasanya bantuan yg diberi bkn sepenuhnya 

Mcm dalam kes saya
Bantuan yg diberi 18k
Dari jumlah kos 21k
3k lagi kena keluar duit sendiri 

Selepas bersetuju saya diminta tandatangan berbagai borang 
Dan menunggu surat kelulusan
InsyaAllah proses angiogram akan dibuat pd 5,6/8 nanti


08 July 2020

MySalam

Pernah dengar MySalam
Ianya bantuan keewangan yg diberi
pada golongan B40
Jika anda penerima BSH/BRIM
Automatik anda layak 


Saya menerima sms MySalam th lepas
Lepas register,isi akaun bank semua
Alkisahnya masa kt Hospital Sultanah Bahiyah
Ada kiosk MySalam ni
Selepas bersembang itu,ini
Depa tolong reset pasword saya
Kes lupa password



Yg ni saya masuk spital 2hari
So layak la terima rm100
Rm50 sehari 








Berbagai jenis penyakit yg layak
InsyaAllah saya dapat 8k
lepas buat angiogram nanti
Kalau malas nak isi borang
Bawak p kt kiosk MySalam ja
Depa akan uruskan semuanya

07 July 2020

Akhirnya Dah Dapat Tarikh Buat Angiogram



Kelmarin saya ke Hospital Sultanah Bahiyah,Alor Setar
Kali terakhir kesana bln 3
sepatutnya kesana lg bln 4 tp  disebabkan covid
Postpone ke satu tarikh lain

Tp disebabkan Tabung Bantuan Keewangan
yg diberi pd saya dh nk tamat tempohnya
Saya kesana walaupun tak diberi tarikh

Ni didepan unit kardiologi
Melimpah ruah manusia
Sebab hanya pesakit yg boleh masuk ke dalam
Alhamdulillah...
Saya tak perlu amik darah atau jumpa doktor

Ni keadaan didalam farmasi
Beratur nk amik no giliran 






Yg bawa anak kecik 
Dah mcm2 Hal dibuatnya sbb boring menunggu
Kafe still tak buka lg

Saya akan masuk was pd 5&6 bln 8
Dihospital ni
Kata doktor samada darah saya mencukupi atau tidak 
Mereka terpaksa buat angiogram jgk
Sebab tabung bantuan keewangan dh nk tamat tempohnya bln dpn
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.