31 December 2016

Istana Bukit Serene

Hari ke 2 di Johor
selepas bersarapan di hotel
kami terus bergerak ke JB..



Lepak kt depan istana Bukit Serene kejap
tak boleh berlama2an wehh..panass...
 apalah yg dibincangkan mak budak bersama anak2 daranya tu




kata org kalau sampai Johor
mesti pekena nasi briyani
tp dek kerana cuti krismas..
maka banyaklah kedai2 makan ditutup

suami google ..dek memenuhi keinginan si isterinya ni
akhirnya jumpa sebuah kedai

saya sorg ja yg makan..anak2 dan suami cuma minum ja
campur sebiji telur pindang
harganya..rm40 !!!

saya dah kena sembelih atau
memang harganya mcm tu..

29 December 2016

Bercuti Ke Johor (part 1)

Assalamualaikum rakan2 pembaca blog ni

Pada 24 hb yg lepas
saya bersama anak2 perempuan ke KL Senrtal
dari Bukit Mertajam
menaiki ETS jam 5 pagi..

semuanya pertama kali naik ETS..teruja..
  beberapa minit kemudian..terlentuk..

saya sendiri pening2 lalat jadinya dek bgn pukul 2 pagi..
sejam ja tido

sampai di KL  Sentral pukul  8.30 pagi
anak lelaki dah sedia menunggu

perjalanan ke Johor..saya lebih banyak tertido

tempat pertama yg dituju adalah JPO
cuaca mmg panas berdenting

 singgah membasah tekak disini


beli jugak la ..dah alang2 mai dari jauh..

menuju ke Desaru
melalui jambatan 'A'..

en suami booking hotel ni utk 2 malam
Amansari Hotel

dan utk makan malam
suami bawak makan berhampiran hotel penginapan

tak mampu saya habiskan nasi goreng ayam merah ni


Bersambung..

13 December 2016

Laksa Thai

Pertama kali menikmati laksa Thai
bkn sewaktu bewrada di Thailand tempohari
tp yg dioder dari 
rm5 sebungkus

rasanya tak banyak beza dgn laksa penang
cuma ditambah dgn sosej,fish cake,isi ketam

10 December 2016

Brunch @Secret Recipe

Kisah jumaat kelmarin
kisah si emaknya yg takde mood nak masak
lantas mengajak puteri2nya makan kat luar

Sesekali..singgah makan kat Secret Recipe
kalau selalu..mau pokai dompet emaknya

Welcome to Secret Recipe



Tasha termenung bila pesanan lambat sampai
 
dah ala2 tunjuk penumbuk dah

 ok..pesanan Tasha dah sampai
nasi dgn ciken cop serta salad
 tp Tasha tak makan sayur
so bg emak lah salad yg super sedap ni..rugi tau




 ni emaknya yg punya
nasi goreng bersama satay

 kakak Eleena punya-lasagna

Kakak Alia p8unya-tomyam


2 org budak yg tersenyum
bila berjaya mengepaw emaknya

09 December 2016

Pusat Fisioterapi Taman Impiana ,Kulim

Balik dari Siam badan terasa lenguh2
sakit bahagian pinggang masa nak rukuk
mungkin sbb duduk dalam kereta terlalu lama

so en suami bawa ke sini

disini..saya diurut dibahagian pinggang dgn kaedah ultrasound
diajar cara2 bersenam(yg telah lama saya tak buat)
cara mengangkat barang dgn betul
cara duduk dan tidur dgn betul

Rawatan fisioterapi tidak mengunakan ubat sebaliknya
ahli fisioterapi mengunakan kaedah seperti
-manipulasi anggota
-senaman theraputik
-terapi haba
-stimulasi letrik

rawatan ni jugak mengunakan peralatan moden spt
-therapeutik ultrasound
-traction machine
-laser machine
satu sessi rm60
utk 3 sessi rm165
dan utk pakej 6 sessi rm300

jugak disediakan sudut utk anak2 yg menemani ibupaba menjalanai fisioterapi


sakit pinggang dah ok..so tak tau bila pulak saya akan kesana hehe

08 December 2016

Parkbara ,Satun,Thailand (part 2)

Malam terakhir di Thailand
keluar mencari makanan lagi
kailan ikan masin yg fresh
dan telur dadar yg ranggup..
somtam..saya minta jgn pedas sangat


seperti biasa..kalau ke Tahialnd
tanpa merasa tomyamnya seolah tak ;lengkap

ulam timun dan kobis tu utk dicicah dgn sos cili..hmmm..
dan ini rupanya carrot juice yg diminta
carrot diblend bersama ais dan diletakkan sebiji asam boi..

bersarapan nasi goreng udang di resort sebelum pulang



Alhamdulillah..selamat sampai kesempadan Wang Kelian, perlis
suasana sunyi disebabkan bkn hari minggu

jam menghampiri pukul 1 tengahari tp 
masih berkabus lagi pemandangan indah wang kelian ni

sekian percutian bajet kami ke Thailand
tanpa susu..

06 December 2016

Parkbara,Satun,Thailand

Bangun pagi..menjenguk ke bawah
keadaan tenang ja
haruslah bergambar sebelum meninggalkan hotel
sewa hotel Firatel ni rm77/night


meneruskan perjalanan ke daerah Satun
kami bercadang nak keluar dari Thailand melalui Perlis

Singgah mengisi perut ditengah perjalanan
owner kedai makan ni sepatah pun tak boleh berbahasa melayu/inggeris
nasib baik datang anaknya yg boleh bercakap melayu/inggeris

dan baru saya tau kat Thailand ni
setiap kedai makan akan menghidangkan kita ais dalam 'bucket'
kemudian diberi air mineral

jalanraya di Thailand sangat cantik keadaannya
disebabkan mereka tak mengorek jalan utk pemasangan kabel letrik/telefon

dimana2 ja..jalannya elok dan cantik ja

dikiri kanan jalan ni pokok mata kucing
yg lebat berbuah
suami memandu dgn berhati2..tak memotong sesuka hati
ini kerana telah dipesan
jgn menimbulkan kemarahan dia org

dia org kalau dah marah..tembak terus..!!


akhirnya..setelah beberapa jam menempuh perjalanan diiringi hujan
kami sampai ke Parkbara,Satun

menyewa 2 bilik

menantu owner resort ni berbangsa pakistan
dialah yg menguuskan segala urusan disini
dek ibu mertuanya tak pandai berbahasa Inggeris
resort yg mengadap laut..
hanya beberapa meter ja..

aisnya free
si Pakistan tu cakap
kalau makanan yg dia masak tak sedap
tak menepati selera kami
kami tak perlu bayar sesen pun
ok,..kami cuba makan dulu..
noodle ni walaupun nampak simple tp sangat sedap
saya dah pesan tak mau terlalu pedas

udang goreng yg sangat sedap ni berharga 50bath/rm5

nasi goreng yg dipesan anak2 jugak sedap


akhirnya semua licin
mungkin kerana perut sedeang lapar
makan pulak ditepi pantai bersama deburan ombak dan angin laut

setelah berehat beberapa ketika
keluar meronda2 melihat tempat orang



jeti utk ke Pulau2
kata agen yg menguruskan org ramai utk kepulau2 tersebut
pulau Langkawi lbh dekat dari Satun ni berbanding dari Perlis/Kedah/Penang



ishh tak kenyang2 bebudak ni

air pasang pagi surut pukul 5..
kata Tasha..mana pergi air laut tadi hehe

 
satu kenyataan yg harus diakui
capaian internet Thailand lbh laju dari Malaysia..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.