Di utara ni ianya dipanggil Mernyicah
Manakala di kelantan di panggil makke collek
aktiviti yg merujuk pada buah2an yg masam
dicicah samada dgn kuah rojak
atau di kelantan dicicah dgn garam,gula campur cuka
Paling best dimakan diluar rumah
samada dibawah pokok atau diatas pangkin
lagi ramai,lagi best...
Bagi yg rajin membuat sendiri kuah rojak
ini bahan2nya
1/2 botol kecil kicap lemak masin (lebih kurang 200 ml)
300g gula apong/gula merah/gula melaka
1 buku kecil belacan bakar(dihancurkan)
1/2 botol kecil sos cili
3/4 atau 1 cawan cili asli blended (pedas) / cili kering kisar
bijan secukupnya (digoreng tanpa minyak)
125g tepung kanji/tepung ubi (dibancuh dengan air secukupnya)
Satukan semua bahan KECUALI bijan dan tepung di dalam periuk/kuali.
Dengan api perlahan, masak dan kacau hingga larut dan mendidih.
(sila rasa masin, manis dan pedasnya. Jika terkurang, bolehlah tambah apa yang perlu)
Masukkan sedikit demi sedikit tepung kanji sambil dikacau tanpa henti.
(Pastikan sentiasa dikacau supaya ia tidak berketul-ketul).
Masak hingga kuahnya sedikit pekat dan kelihatan licin.
Akhir sekali barulah dimasukkan bijan yang sudah disangai tadi.
Gaulkan rata-rata. Tutupkan api. Biar ia sejuk.
Bolehlah dihidangkan bersama buah-buahan yang digemari.
Jangan lupa, taburkan kacang tanah yang sudah dikisar