29 March 2014

Menyicah

Di utara ni ianya dipanggil Mernyicah
Manakala di kelantan di panggil makke collek
 aktiviti yg merujuk pada buah2an yg masam
dicicah samada dgn kuah rojak
atau di kelantan dicicah dgn garam,gula campur cuka

Paling best dimakan diluar rumah
samada dibawah pokok atau diatas pangkin
lagi ramai,lagi best...

Bagi yg rajin membuat sendiri kuah rojak
ini bahan2nya

1/2 botol kecil kicap lemak masin (lebih kurang 200 ml)
 300g gula apong/gula merah/gula melaka
1 buku kecil belacan bakar(dihancurkan)
1/2 botol kecil sos cili
3/4 atau 1 cawan cili asli blended (pedas) / cili kering kisar
bijan secukupnya (digoreng tanpa minyak)
 125g tepung kanji/tepung ubi  (dibancuh dengan air secukupnya)

Satukan semua bahan KECUALI bijan dan tepung di dalam periuk/kuali.
 Dengan api perlahan, masak dan kacau hingga larut dan mendidih.
 (sila rasa masin, manis dan pedasnya. Jika terkurang, bolehlah tambah apa yang perlu)
Masukkan sedikit demi sedikit tepung kanji sambil dikacau tanpa henti.
(Pastikan sentiasa dikacau supaya ia tidak berketul-ketul).
Masak hingga kuahnya sedikit pekat dan kelihatan licin.
 Akhir sekali barulah dimasukkan bijan yang sudah disangai tadi.
Gaulkan rata-rata. Tutupkan api. Biar ia sejuk.
 Bolehlah dihidangkan bersama buah-buahan yang digemari.
Jangan lupa, taburkan kacang tanah yang sudah dikisar

28 March 2014

Wahai Jiwa Yang Tenang...


Ya ALLAH Ya TUHAN kami
Taubatkanlah kami sebelum mati...
 Rahmatilah kami ketika mati...
 Ampunilah kami sesudah mati..
Permudahkanlah bagi kami menghadapi Sakaratul Maut..
 Jauhilah kami dari azab api neraka...
 Ringan dan mudahkanlah hisab kami..
 Janganlah kau sesatkan kami setelah kami kau beri petunjuk..
Berikanlah kami di dunia kebaikkan dan di akhirat juga kebaikkan..
 Ampunkanlah kami atas segala dosa-dosa kami...
 Dari seluruh maksiat yang kami lakukan...
 Tidak kira kecil mahupun besar...
 Yang zahir ataupun yang batin..
 Percakapan ataupun perbuatan...
 Sembunyi ataupun terang-terangan...
Ya Allah...Tuhan yang maha Pengampun dan Pengasih...
Wahai jiwa yang tenang, 
kembalilah kepada Tuhanmu dengan redha dan diredhai... 
dunia hanyalah kesempatan dan persinggahan
 untuk menyediakan bekalan hidup selepas mati

Wahai jiwa yang tenang
Kembalilah kepada ALLAH,
 Bagaimana hati mampu bergembira
 Ketika maut mengejar kita.. 
 Buat diriku insan berdosa
Dan kalian yang sudi membaca. 
 Semoga kita sama2 diberi kekuatan istiqamah
 Sehingga bertemu ALLAH



27 March 2014

Telur Dadar Ala2 Kedai Tomyam

Petua membuat telur dadar yg garing dan gebu
ni saya baca kat blog MAK AJI

Memang gebu dan sedap seperti yg dimakan
kat kedai tomyam

tak perlu masukkan bawang besar,
cili atau mayonis atau daun bawang
(spt kat kedai tomyam tu,plain ja kan..)
pecahkan telur,masukkan sedikit garam dan perahan limau nipis
pukul  seketika
pastikan minyak telah betul2 panas
tuang telur dari jarak yg agak tinggi sedikit
ala2 buat teh tarik gitu
kecilkan api dan tunggu hingga telur masak
sebelum diterbalikkan

seeloknya supaya telur dadar benar2 garing dan cantik
cuma masak 1 atau 2 biji ja sekali masak
jika beberapa biji telur digunakan
ia akan menjadi tebal dan bahagian dalamnya tak garing


26 March 2014

WW : Buah Kundang

Buah Kundang / Mango Plum / Mini Mango
Terdapat 2 jenis kundang
-Pokok Kundang Daun Kecil/Pokok Rumenia 
- Pokok Kundang Daun Besar/Pokok Setar 


tak perlu kupas atau potong utk memakannya
basuh je..pastu ngap2 sekali dgn kulitnya yg ranggup tu

25 March 2014

Jeti

Jeti bermaksud
  -titi
- pangkalan, 
-dermaga, 
-pangkalan kecil, 
-jambatan,
- titi panjang yang menjulur ke laut

Jeti utk ke Pulau Aman,Kedah

Jeti nelayan di Kuala Muda,Kedah

Kompleks Pelancungan Hutan Paya Bakau Sg Merbok,Sg Petani

Jeti ke Pulau Kapas,Terenganu

Jeti Tasik Chini,Pahang

Lumut..saya pasti titi ni
bkn utk kegunaan org awam

24 March 2014

Free Website Speed Tests

Jom pakat timbang berat blog masing2
adakah ianya slim atau obesiti











22 March 2014

Resepi :Chewy Cheese Ala2 Kfc


 BAHAN-BAHAN :
 5 biji ubi kentang (saiz sederhana)
1 1/2 cawan tepung gandum
 (ikut sukatan kentang, kalau kentang lebih, lebihkan tepung)
secubit garam
 1/2 keju cheddar (dipotong kecil-kecil)
Serbuk Roti
2 biji telur

CARA-CARANYA :
1. Rebus kentang bersama garam.
(kentang dikupas terlebih dulu)
 Bila dah empuk, angkat dan toskan.

2. Gaulkan kentang tadi bersama tepung gandum.
Jangan terlebih letak tepung gandum,

. 3. Bentukkan adunan kentang--tepung gandumi menjadi bebola kecil.

5. Masukkan keju/cheese yang dipotong kecil ke dalam bebola kecil tadi.
lebih kurang mcm buat buah melaka tu

6. Dah siap bubuh keju/cheese tu salutkan dengan serbuk roti.
Kemudian, gaulkan pula dengan telur yang dah dipukul.
 Kemudian, gaulkan lagi sekali dengan serbuk roti.

 7. Sedia untuk digoreng.

21 March 2014

Muzium Jeruk Madu Pak Ali


 Muzium ni terletak di
Lot 420, 421, 652-655 
(Kawasan Perindustrian IKS, Perda Tasek), Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang

 Fakta Mengenai Jeruk Madu Pak Ali


-Perusahaan Jeruk Madu Pak Ali telah dijalankan sejak tahun 1985 lagi.
 Ketika itu, ia dijalankan secara kecil-kecilan di rumah, yang diasaskan oleh Hj. Ali Omar.

- Jeruk Madu Pak Ali mula dikomersialkan pada tahun 2007, 
di bawah syarikat Kunci Kreatif Sdn Bhd, dengan modal permulaaan sebanyak RM15,000. 

-Jeruk Madu Pak Ali merupakan satu-satunya kilang jeruk bumiputera 
yang menghasilkan jeruk secara komersil di Malaysia. 

-Jeruk Madu Pak Ali mendapat sokongan dan bantuan dibawah
 Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), 
Kementerian Pertanian (MOA), Jabatan Pertanian, FAMA dan MARA. 

-Jeruk yang dihasilkan adalah buah-buahan segar yang dipajak terus
 dari ladang-ladang seperti ladang Mempelam Sala di Perlis.

- Kini, terdapat lebih 30 jenis jeruk basah dan 50 jeruk kering yang dihasilkan 
di kilang Jeruk Madu Pak Ali yang terletak di Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan. 

-Ramai pekerjanya adalah di kalangan surirumah dan ibu tunggal sekitar kawasan. 

didalam tu,pekerja sedang membungkus jeruk
Berbagai kuih tradisioanl dijual disini
saya terus menuju ke tempat membuat kuih peneram


sapa suka makan kuih ni??

saya  lebihsuka membelinya di pasar malam 
sbb ianya dijual ketika baru lps diangkat dari kuali
tersangat la fresh..

dodol pun ada...

Di sini juga ada Agro Bazaar
yg menjual berbagai produk-produk Fama dan juga jenama produk Jeruk Madu Pak Ali.
Ada banyak produk IKS yang boleh dibeli termasuk madu,
cuka, kicap, mee segera, jeruk basah, jeruk kering, biskut,
kordial dan macam-macam lagilah.
Semuanya keluaran bumiputera dan Fama. 

pernah makan buah kiwi yg dijeruk?


Apa keistimewaan Jeruk Madu Pak Ali?
 Jeruk Madu Pak Ali menggunakan gula pasir (tiada ibu gula)
 seperti kebiasaan pengusaha lain.
Dan ia ada tambahan madu lebah asli sebagai citarasa unik yang menjadikan ia Jeruk Madu.
 Jeruk yang dihasilkan menggunakan cuka epal yang memang baik untuk kesihatan

Jika makan Jeruk Madu Pak Ali tidak akan batuk dan tidak sakit tekak
(tersedak)seperti kebiasaan kita makan jeruk lain yang ada di pasaran.
 Satu-satunya perusahaan jeruk di Pulau Pinang yang ada sijil halal Jakim.



20 March 2014

Terimakasih...

Pernahkah kita mengucapkan TERIMAKASIH pada
-posmen
-pemungut sampah
-pemotong rumput
-pak guard



Terima kasih, 
kalimah yang pendek dan ringkas, 
tetapi kesannya cukup besar.

 Ia melambangkan akhlak serta kehalusan pekerti kita.
Ia juga sebagai tanda menghargai dan kegembiraan kepada mereka yang membantu kita. 

Di dalam kehidupan sehari-hari kita tidak terlepas daripada mengucapkan terima kasih. 
Kita mempunyai banyak sebab untuk berterima kasih.
 Kita banyak menerima bantuan dan pemberian 
daripada orang lain ketika menjalani kehidupan seharian. 
Jika tersesat jalan, 
lalu ada yang membantu menunjukkan arah,
 kita berterima kasih kepadanya. 
Begitu juga kepada posmen yang menghantar surat, 
pemungut sampah yang memungut sampah 
atau pekerja yg memotong rumput didepan rumah kita

tanpa pemotong rumput,tukang sapu sampah
laman ni pasti tak berseri..

Cubalah ucapkan terima kasih yang tulus daripada hati yang paling dalam. 
Lihatlah kegembiraan mereka dengan penghargaan ini.
 Renungkanlah pula ke dalam hati kita,
 bukankah dengan kegembiraan mereka kita juga turut merasa gembira?

 Mengucapkan terima kasih dengan benar-benar ikhlas, 
hakikatnya kita bersyukur kepada Allah SWT.

 Dalam satu hadis riwayat Imam Tirmidzi ada menyatakan: 
"Tidaklah berterima kasih kepada Allah sesiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia". 

 Justeru ringan-ringankanlah lidah untuk mengucapkan terima kasih, 
mudah-mudahan kita termasuk di kalangan orang yang bersyukur kepada-Nya.

Terimakasih kerana membaca entri ini...



19 March 2014

Feri Pulau Pinang

Selain 2 buah jambatan
utk menghubungkan Pulau Pinang dgn tanah besar
perkhidmatan feri masih lagi popular
terutama dikalangan pelancung
Ni dari pengkalan feri di Pulau Pinang


Ramai yg akan keluar dari kenderaan menikmati
tiupan angin Selat Melaka



Jom tengok nama2  feri

Pulau Talang-Talang

 Pulau Payar
 Pulau Pinang
 Pulau Rawa
 Pulau Rimau
 Pulau Undan

Pulau Angsa


Pulau Kapas

18 March 2014

Management & Science University (MSU) Shah Alam


Berbagai tawaran dari berbagai IPT yg datang
akhirnya dia memilih utk ke MSU,Shah Alam
utk menyambung ijazah dalam bidang Food Technology

Ya...aturan NYA memang terbaik
Dikala si abangnya berada di U
Dia masih menemani saya dirumah
dan ketika ini abangnya dah berada di tahun akhir
Dia pula meninggalkan rumah
namun masih ada 2 org lagi yg menemani saya-Eleena dan Tasha
 Alia memang tak pernah berenggang dgn saya
Tidak seperti abangnya yg 'keluar' rumah ketika form 4 lagi




Ahad...16/3..
hanya suami dan sorg anak sedara suami yg menghantar Alia ke Shah Alam
saya tak boleh mengikutnya kerana yg di tingkatan 3 tu sedang exam

3 tahun ja berada disana
seperti abangnya yg berada 4 th di UMP
sedar2 dah di tahun akhir

muka monyok nak kena tinggal

17 March 2014

Tak Boleh Follow...??

Dah banyak hari perkara ni terjadi
-tak boleh follow..!!
dah lengguh jari klik refresh pun tak boleh jugak
adakah blogger lain jugak menghadapi
masalah ni??

Saya mencuba penyelesaian yg diusulkan oleh Mamaniza
tp tak berjaya menyelesaikan masalah

akhirnya setelah puas mengedik mengodek
saya berjaya mengatasinya

klik pada More Options tu
akan keluar mcm ni
pastu klik pada Follow


klik Done
 see...dah boleh follow mcm biasa