Khasiat roselle
1. Anti Penuaan.
Roselle mempunyai Vitamin C yang tinggi dan berserat akan melambatkan
proses penuaan dan mencegah berlakunya penyakit kronik.
Keupayaannya meminimakan kerosakan yang dimusnahkan oleh radikal bebas
merupakan sebab utama seseorang yang mengamalkan Roselle
akan kelihatan muda dan berseri wajahnya.
2. Pencegahan Penyakit Kardiovaskular.
Sakit jantung merupakan pembunuh nombor satu di dunia dan dianggap sebagai ’silent killer’. Kedaan oksidasi juga akan menyebabkan kadar LDL akan
meningkat dan menyebabkan arteri tersumbat.
Pengamalan Roselle akan membantu mencegah ketebalan LDL di arteri
dan sekaligus mengelakkan dari trejadinya penyakit tekanan darah tinggi.
3. Pencegah Kanser.
Dunia kini yang terdedah kepada pencemaran udara, makanan,
dan minuman merupakan punca utama kepada terjadinya kanser.
Vitamin C dan serat yang tinggi yang terdapat dalam Roselle mampu untuk bertindak sebagai anti oksidan dan sebagai anti kanser.
4. Demam Panas/Selesema.
Roselle amat baik untuk mereka yang sering menghadapi masalah selesema
dan sebagai pemakanan kesihatan yang utama kepada mereka
yang menghadapi masalah demam panas.
5. Resdung (alergi) dan Lelah (asma).
Pengambilan Coscinium Plus dan Roselle adalah dua gabungan
yang terbaik kepada permasalahan begini.
6. Stress / Sukar tidur.
Bagi mereka yang menghadapi masalah stress dicadangkan
mengambil Roselle dimana ia akan bertindak menurunkan suhu
dan mempengaruhi mood pesakit.
Roselle juga amat baik untuk masalah dengkur semasa tidur.
7. Masalah lain
Amat baik utk mereka yang menghadapi luka luar dan dalam,
kecederaan, mengatasi masalah penyakit kulit, penenang dan sebagainya.
Didihkan air bersama kelopak rosell sehingga
air berubah warna menjadi merah jambu.
Masukkan gula secukup rasa.
Tapiskan untuk mendapatkan jusnya sahaja.
Boleh di hidangkan sejuk. Cubalah anda pasti mengemarinya.
Tanpa bahan pengawet dan pewarna tiruan
Kandungan vitamin C nya adalah melebihi 20 kali ganda
dari yang terdapat dalam keluarga limau (citrus)
. Ramai saintis percaya pengambilan Roselle akan melambatkan proses penuaan
dan mencegah berlakunya penyakit kronik
kerana ia menghadkan kerosakan yang dilakukan oleh radikal bebas
(Roselle kaya dengan anti oksidan)
. Banyak penyakit zaman moden dikaitkan dengan masalah tekanan oksidatif akibat daripada aktiviti radikal bebas yang berleluasa pada hari ini.
Aktiviti radikal bebas menyebabkan berlakunya
proses penuaan pantas terhadap manusia.