31 March 2013

Keliru

Ramai yg sering terkeliru
merungut dek warna yg hampir 'sama'
antara RM10 dan RM20

lbh2 lagi waktu malam
kata mereka,BNM mcm tak ada warna lain lagi
utk dipilih


berbeza RM20 yg dulu
berwarna coklat

30 March 2013

Pahit- pahit Peria

Anak2 saya paling tak suka sayur ni-peria
pahit...tak sedap...depa kata

selain digoreng...peria jugak sedap dibuat kerabu

utk menghilangkan sedikit rasa pahit peria
potong dan rendam sekejap dalam air bercampur garam
lps tu cuci dan celur sekejap sblm dimasak dgn cara
yg disukai

tp bg pengidap diabetis
air rebusan tu jgn dibuang
kerana ia berkesan menurunkan paras gula dlm darah

 merah hijau kuning-capsicum
pun sedap dimakan kerana ranggup dan tak pedas

29 March 2013

Cucur Jagung

Dah bersarapan pagi ni?
makan apa,....

saya bersarapan dgn
cucur jagung versi masin dan pedas sikit
sesetengah org sukakan cucur jagung yg manis 


jagung,tepung gandum,sebiji bawang besar didadu
2 biji cili merah dimayang halus
air,garam dan sedikit serbuk penaik

sesetengah org memasukkann cili kering yg diblend
ataupun serbuk cili
ala2 cucur jagung kat pasar malam tu
7,8 biji rm1

oleh kerana malas nak blend cili kering
saya masukkan ja cili merah yg dimayang


Pilih jagung yg isinya berwarn asedikit pucat atau keputihan
itu bermakna ianya masih muda dan isinya manis

jagung yg kalernya kuning terang/oren
dah tua dan rasa 'berhampas' bila dikunyah


28 March 2013

Putih - Putih Melati


Jika di google bunga melati
yg keluar adalah bunga 'melur'

 Bunga melur nama botaninya Jasminum Sambac
 itu juga boleh digelar bunga melati.

hehe..ada yg keliru?



apa pun ni melati yg memutih dilaman saya

Terdapat buku rujukan yang menyatakan bahawa jenis  Wrightia Religiosa 
lebih dikenali sebagai “Sui-Mei” oleh kaum Cina 
dipercayai bunga melati juga.

 Bunga harum ini boleh dibuat teh seperti Jasminum Sambac,
 tanaman popular di kuil Buddha Negara Thai dan sebagai bonsai


percaya tak...usia pokok melati
ni dah melebihi 15 tahun
'dibonsaikan' saya

memerlukan cahaya matahari yg mencukupi
utk berbunga sepanjang tahun








dan saya amat sukakan lagu
Joget Bunga Melati-Halil Chik


27 March 2013

Homemade Pizza


BAHAN-BAHAN DOH PIZZA :
 300 g tepung gandum (tpng roti pun boleh) 
6 g instat yeast 
20 g mentega
 10 g gula halus 
1 camca teh bread improver (optional)
 1/4 camca teh garam
 1 1/2 camca besar madu
 170 ml air 
Sedikit tepung untuk ditabur

BAHAN-BAHAN PIZZA GEBU :
1 cwn daging cincang - boleh  gantikan dgn tuna
5 btng crab stick (ptng serong)
 capsicum merah-dihiris
  capsicum kuning- dihiris
 capsicum hijau-dihiris
1/2 biji bawang besar, hiris bulat
 3 keping nenas dalam tin dipotong kiub
5 biji cendawan butang - dihiris
 1 cawan sos pizza/ sos prego/ sos spaghetti
175 g keju mozzarella
 dried oregano and dried pasley-optional
UNTUK DOH PIZZA :

Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas,
kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu.
 Tambah mentega dan terus meggaul hingga menjadi doh yang kenyal,
jika melekit, tambah sedikit tepung.
Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda.


 UNTUK PIZZA GEBU :-

 Panaskan oven pada suhu 190C,
 sediakan 2 dulang pizza berukuran 9 inci, sapu dengan sedikit mentega.
 Ketepikan.

 Keluarkan doh,
bahagikan doh tadi kepada 2 bahagian sama besar.
 Ambil satu, tabur sedikit tepung dan canai bulat.
 Alihkan ke dalam dulang pizza,
tekan2 dengan hujung jari hingga memenuhi dulang
tadi dan biarkan kelilingnya sedikit tebal.

 Ratakan sebahagian sos pizza tadi dan susun
 bahan untuk pizza atasnya (buat 2 bahagian)
dan diakhiri dengan keju mozzarella. .

 Bakar 20 - 25 minit hingga keju mencair dan roti kelihatan kuning keemasan.
 Keluarkan dari oven



26 March 2013

Dipinang....Bertunang...

Sabtu,23 hb lps
berlangsung majlis pertunangan anka sedara sebelah suami
anak kakak sulungnya

2 kakaknya dah kawen
2 org adiknya pun dah kawen
tp dia ni setia menunggu buah hati kut hehe
bkn takde org masuk meminang...berderet2..
tapi dia menolak..tak mahu..

bila diusik..bila lagi...bila lagi..
"alaaa...Ella pun kawen umur 40 lbh.."
haa pandai menjawab..

mcm tak percaya pulak dah bertunang..




part ni..pertama kali saya tgk
bakal mertua menyuap gula utk bakal menantu
bkn bakal mertua ja..
beberapa org sedara mara sblh lelaki turut berbuat begitu

simbolik alam pertunangan tu,berdarah manis kut..


antara hantaran yg serba ringkas








acara yg ditunggu2 oleh anak2 buah
membelasah kek

25 March 2013

Kisah Rokok

Terlebih dulu sori pada perokok2 tegar
yg kebetulan singgah di blog saya ni

yesss...saya anti rokok
saya lemas dan rimas dgn asap rokok
org sebelah rumah saya
merokok dlm rumahnya pun
saya dah sesak nafas

Kisah di pasar malam

ptg semalam ke pasar malam
bisanya saya beli nasi lemak kukus
yg sedap tu..
tak nampak pulak penjualnya merokok

saya minta 2 bungkus nasi lemak
sedang kawannya sibuk menyediakan nasi
sikawannya pulak sibuk membuka penutup lauk pauk
sambil sebelah tgn memegang rokok
menyala...berasap...

saya terus blah
tanpa menunggu nasi siap
(mood saya baik sbb tak sound penjual tu)

sekali di ekspo pertanian
saya menunjukkan beberapa jenis kerepek ubi utk dibungkus

"yang mana kak...?"
tanya remaja sambil dibibirnya tersepit sebatang rokok yg berasap

"awak merokok..sambil menjual..pegang makanan..
tak jadi beliii..."
(mood geram,tak pasal2 budak tu kena sound)

keluarga saya tak merokok
keluarga sblh suami pun tak merokok
so rokok amat 'asing' bg saya
-busuk,kotor,rimas dan lemas-

22 March 2013

Tapai Pulut

Agak sibuk (dan letih)
sekolah dah mula bercuti
sibuk layan request anak2
sibuk anak buah nak bertunang esok

dan oder dari my biras
yg mahukan tapai berbungkus daun pisang
utk majlis makan2 ahad ni

sibuklah mencari beras dan daun pisang

beras pulut susu,nun dari siam
utk hasil yg sedap dan memuaskan 
ragi yg di oder dari kelantan
bab yg paling meletihkan
adalah mengaul pulut bersama ragi
pulut tu,bila dah sejuk
faham2 lah..bkn main 'berat' dan susah nak digaul2...
sampai naik muscle lengan..bahu..

akhirnya siap...3kg beras pulut
menghasilkan lebih kurang 500 bungkus tapai


                   

21 March 2013

Resepi Bubur Jagung

Menu minum petang...petang semalam
bubur jagung 

Bahan:
-5 tongkol jagung
-1 tin jagung manis
-1/2 tin susu cair
-2 helai daun pandan
-1 paket kecil (80g) sagu
-garam dan gula secukup rasa



cara2:
-leraikan jagung dari empulurnya
-rebus bersama daun pandan yg disimpul
 (air sama paras dgn jagung)
-bila air separuh kering,masukkan susu cair
jagung dlm tin dan biji sagu
-masukkan gula dan sedikit garam
-bila biji sagu tu dah kembang (jernih warnanya) bolehlah dipadamkan api

saya cuma buat manis2 buah ja
dan susu cair mengantikan santan

20 March 2013

Petua Menghindari Mengumpat

Saya menonton rancangan Tanyalah Ustaz kat TV9
Dato' DR Hassan Din
memberi tips
utk mengelak dari terjebak dgn amalan mengumpat

jika kita berdua,atau bertiga
si A mula membuka cerita
ucapkanlah SUBHANALLAH,SUBHANALLAH..

mudah2an dia faham
kita tak ingin mendengar cerita tersebut

19 March 2013

Disebalik Warna Kuning

Kuning
tp bkn otak kuning...budaya kuning
apalagi Kuning BERSIH

Tahukah kuning terdapat dalam berbagai jenis

Kuning air, iaitu kuning yang keputih-putihan 
Kuning gading, iaitu kuning keputih-putihan seperti warna gading
Kuning langsat, iaitu putih kuning (tidak putih sangat, berkenaan dengan kulit,dll) 
Kuning pinang masak, iaitu kuning kemerah-merahan 
Kuning muda, iaitu kuning terang (lawan kuning tua) 
Kuning tua, iaitu kuning gelap (lawan kuning muda).


Warna kuning ialah warna yang terang dan riang
 yang sering dikaitkan dengan kebahagian dan keamanan.

pulut mempelam-kuning
cempedak-kuning

pulut kuning
jarang dibuat orang
pulut hijau,biru,coklat dll
labu -kuning


gulai udang-kuning

 roti jala-kuning
lain2 kaler nampak mcm tak sesuai

pulut durian-kuning






pengantin kuning hehe

KUNING : Merupakan warna kegembiraan dan imaginasi, 
warna kuning menjadi pilihan seorang 
yang mempunyai minda yang sukakan cabaran. 

Kuning selalu dikaitkan dengan personaliti 
seseorang yang ceria dan sense of humour yang tinggi.

 Kuning merupakan warna yang dikaitkan 
dengan intelektualliti dan segala yang berkaitan dengan minda. 

Seorang penggemar kuning mampu untuk hadir 
dengan pemikiran yang kritis dan pendapat yang bagus.
oppss...skuter kuning my daughter hehe

18 March 2013

STPM -4 Prinsipal

Keputusan STPM diumumkan hari ni
Alhamdulilah...
amalan berpuasa,membaca al quran semasa exam
disamping usaha,doa dan tawakkal
membuahkan hasil
bila berjaya lulus dalam semua subjek
4P
tahniah utk anak gadisku-Alia...


16 March 2013

Tabung ---Menabung

Memandangkan isinya dah licin
saya bercadang nak buang ja tin biskut ni

Tapi bila diangkat..terasa berat
ehhh sapa pulak simpan harta karun dalam tin ni
(dalam rumah ni,kebanyakan penghuninya
amalkan kitar semula..melainkan saya hehe)


Laaa....Tasha punya tabung rupanya
saya mengetahuinya bila ternampak
dia sedang mengira 'isi tabungnya'..

yg menjadi pilihannya
adalah semua syiling emas
yg lama..buruk..tak mau..
haha dh ada berapa RM Tasha?

"Mak...Tasha ada 2 cita-cita..."
Tasha nak jadi apa...

"1..Nak jadi cikgu...
2...Nak jadi doktor..."

15 March 2013

Nasihat Yg Bercanggah

Bila batuk
kata org2 tua
-jgn minum ais..aiskrim...nanti bertambah teruk
-jgn makan tembikai,nanti tak baik2 batuk tu
-jgn makan pisang....pisang tu sejuk
-jgn makan betik..sejuk...

Bila ke klinik jumpa doktor
-dinasihatkan makan benda2 yg sejuk,lembut
seperti jelly,aiskrim,pisang

sbb kadang2 batuk yg teruk
membuatkan anak tekak bagaikan 'luka'
perit terasa

so benda2 yg lembut dan sejuk tu menyamankan tekak

nasihat yg berbeza
serta pendapat yg bercanggah...

14 March 2013

Ayam Itik Jadi Teman

Bila semua anak2 telah berkahwin
mempunyai keluarga serta kehidupan sendiri
tinggalah ibu ayah bersendirian
anak cucu sesekali pulang
atau menelefon bertanya khabar

ALLAH menjanjikan pahala 'percuma'
dgn menatap wajah ibu bapa..



riuh ayam itik mengubat kesunyian



anak2 itik sgt comel
sayangnya tak boleh dipegang2
nanti dipatuk ibunya
pernah dgr pepatah
"tak payah mengajar itik berenang.."..???

maksudnya
Tak payah mengajar seseorang yg mahir dalam bidangnya"




'balung itik'...

Ketenangan dan suasana ini
hanya terdapat dikampung..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.