29 September 2016

Ulangtahun Perkahwinan Ke 25

 Tanggal 29 sept
tarikh saya bergelar isteri
kepada seorang lelaki yg saya cintai
 buku nikah dulu2
lesen penuh...

 Untuk kamu .......
yang telah aku pilih menjadi sayap kananku,
 aku bukan perempuan semulia Siti Khadijah.
aku bukan perempuan setabah Fatimah.
 aku bukan perempuan secekal Siti Aisyah.

 aku hanyalah perempuan akhir zaman. 

yang sering terkhilaf dalam tindak tanduk dan bahasaku.
 aku hanyalah perempuan akhir zaman, 
yang kadang kala mudah terasa jiwanya 
aku hanyalah perempuan akhir zaman,
 yang cuba dan berusaha melengkapkan diriku 
untuk menjadi pelengkap rusuk kirimu. 

Untuk kamu....

 yang telah aku pilih  menjadi sayap kananku, 
kekhilafanku dalam tindak tanduk dan bahasaku,
 perlu dinasihati dan diperingati 
kerana aku perempuan akhir zaman yang mudah terlupa.
nasihati dan peringatilah aku
 selayaknya manusia dan selayaknya sebagai perempuan
25 tahun telah berlalu..
pahit manis kehidupan berumahtangga telah kita lalui..
semoga jodoh hingga ke hujung usia..Insya ALLAH..

28 September 2016

Digigit Anjing


Kelmarin Alia kerja syif pagi
so petangnya dia keluar beriadah bersama 2 org kawannya
lokasinya ceruk Tokkun

jam 6.30 dia balik
senyap ja..
beberapa ketika kemudian dia berkata "mak..boleh tak kita ke klinik mlm nnt?"

dah tentulah saya terkejut...kenapa..??

"baby kena gigit anjing tadi.."
sambil menunjukkan bekas gigitan anjing pada betisnya..

dah tentulah saya terkejut
jam dah pukul 7 lbh

cepat2 wasap suami
bgtau keadaan si anak..sambil tanya klinik mana yg buka waktu2 maghrib mcm ni
klinik melayu dah pastilah tutup
so suami cadangkan supaya keklinik Rapha ja
lagipun letaknya dekat ja dgn rumah kami

dalam gengaman saya cuma ada rm150 ja
kalau nak ke ATM mungkin ambil masa
so berserah saja lah

Alhamdulillah doktor kata takde apa2
kesan gigitan tak dalam sangat
setelah dicuci lukanya..disuntik..diberi ubat
harganya cuma rm40
Cerita Alia
semasa disana..
ada satu family cina bawak anjing
2 org kawannya anjing tu acah2 ja nak gigit
aLia yg berjalan paling belakang..
malang nasibnya bila tiba2 anjing tu terus terkam dia

dan malang juga..cina tu cuma minta dia cepat2 ke klinik ja..


27 September 2016

"Unfollow"

Saya bukanlah  selalu dok membelek apa2 gadget yg baru kat blogspot ni
buat entri pun kadang2 ja
kadang2 idea mencurah2
kadang bagai dipaksa2..tak keluar jugak ideanya

tetiba ja terpandang butang 'unfollow' ni 
sejak bila ada eh??

so senang ja sekarang kalau tak suka seseorang tu
boleh tekan 'unfollow' ja kan..

25 September 2016

Hari Anugerah Cemerlang 2016

Alhamdulillah..tahun ni Tasha menerima
Anugerah lagi pada hari Anugerah Cemerlang 2016 SKTK

Biasanya majlis diadakan sebelah petang(2.30)
tp kali ni dibuat disebelah pagi pulak(8.30)

Pengetua SKTK  En Abd Raman Ahmad
sedang memberi ucapan aluan

Puan Hajjah Roslina bt Zainal Abidin
maaf saya tak igt jawatannya
Beliau adalah wakil Pejabat Pendidikan Daerah Kulim Bandar Baharu

nampaknya semua tetamu VIP berjubah konvo

pelajar India sedang membuat acara pembukaan..

adik ni th 2..pelajar melayu menyanyikan lagu mandarin..

Tasha menunggu giliran menaiki pentas

 terbaIk utk subjek BI

Tokoh2 pelajar th 6

 selesai sudah majlis...

23 September 2016

D'Coconut Shake,Kulim

Jalan2..pusing2..cari klinik gigi
hajat dihati nak perbaiki tampalan gigi yg pecah

tp semuanya tutup..mungkin doktor2 gigi bercuti sempena hari malaysia..


pertama kali singgah kat kedai ni
D'Coconut shake



laksa biasa rm2.50
dan laksa sambal sotong rm3


oder 2 bekas coconut shake utk dibawa balik
jawapannya dah habis
tu..kelapa muda berlambak kat luar tu
malas nak kopek kut..

takpa la..saya ganti oder dgn cendol biasa dan cendol jagung

semuanya rm25..


22 September 2016

Berbekam

Disamping ke klinik
saya jugak pergi berurut secara tradisional
tangan kanan ni dah lama kebas2
kali pertama pergi berurut
tukang urut tu 'jumpa' urat bersimpul kat bahu kanan saya ni
katanya sebab tu rasa kebas..
darah tak jalan...
oksigen jugak di blocknya

hampir nak meraung saya bila dipicit2 urat yg bersimpul tu
selepas 2 kali kesana..alhamdulillah dah ada rasa sikit tangan ni
mau 2,3 kali lagi ulang laik  ke rumah tukang urut tu

disamping tu jugak
anak lelaki saya bawak emaknya berbekam
di Klang Lama



https://www.facebook.com/InspirasiSunnah/

pertama kali berbekam
saya pada mulanya agak takut jugak

selepas dibacakan doa..diminta bertenang..
mula2 berbekam angin..
rasa mcm dicubit2 ja bahagian blkg badan

kemudian berbekam darah
alhamdulillah..

ditanya sanggup/berani tgk darah tak..

ok..berani..laju ja saya menjawab

lantas ditunjukkan cawan berisi darah hitam pekat

katanya darah saya  hitam sbb kolestrol tingi
disamping banyak makan mcm2 ubat2an

10 point campur 2 point percuma..RM60..

katanya kalau nak sihat lagi mesti datang sebulan atau 2 bulan sekali

insya Allah..dekat ja dgn rumah saya..

20 September 2016

Saya Tak Sihat

Assalamualaikum
Ap0a kabar rakan2 semua?
Semoga dalam lindungan dan rahmat ALLAH jua...

Lama menyepi sebab saya tak sihat
bermula batuk2 sejak sblm merdeka lagi

Pada 3 hb sept..saya  dan anak2  perempuan pergi menjemput suami kat airport penang
oleh sebab sampai awal..llbh kurang 6.15 petang
sedangkan suami sampai dalam pukul 10 lbh
maka melepak la kami  kat dalam airport tu
naik kebas kaki terpaksa mengikuti langkah budak2 tu

bila suami sampai..saya dah down dah..
bagaikan nak pengsan berjalan ke tempat parking kereta
masuk dalam kereta..semput..!!!
selepas 15 minit baru boleh bercakap...

haha malam tu langsung tak boleh tido..semput..termengah2..

esoknya pagi2 suami dah bawak pergi klinik..
2 hari tak jalan jugak..tak berubah jugak keadaan..
pergi keklinik ke dua pulak

diberi ubat utk mengeluarkan air dalam badan..
sbb kaki dah bengkak dah..

alhamdulillah 2 hari  kaki dah surut bengkaknya



sup ketam ni dibuat sebab saya  hilang selera makan
sepanjang tak sihat tu cuma nimum air ja dan nestum..
 anak lelaki belikan Pamoga ni utk emaknya
dan saya jugak amalkan minum minyak kelapa dara

kesian suami..plannya nak blk ke Johor semula pada 7/9
last2 tertangguh sampai raya kedua baru balik
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.