30 June 2013

Kek lapis


Bahan2..

 200 gm butter 
330 gm gula castor
 5 biji putih telur A
 2 sdk esen vanilla 
400 gm tepung gandum*
 4 sdk baking powder* - *satukan dan ayak 
290 gm susu segar 
sedikit pewarna merah
1. Dalam mixer, pukul butter dan gula sehingga kembang. 

2. Tuang putih telur dan esen vanilla, 
kemudian pukul lagi sehingga adunan sebati. 

 3. Masukkan adunan tepung bergilir2 dengan susu segar, 
gaul sebati dengan menggunakan spatula, 
jika nampak berketul2, gunakan mixer dengan kelajuan paling perlahan selama beberapa saat.

bahagikan adunan kepada 3 bahagian
warnakan dgn warna merah-3 tone
-merah terang
-merah muda
-merah pucat

Setelah kek benar-benar sejuk, bolehlah disapu frosting.
 Antara frosting yang boleh digunakan termasuklah buttercream,
cream cheese ataupun non-dairy whipping cream.
hias mengikut kreativiti sendiri
saya taburkan badam yg dipanggang rangup



27 June 2013

Melayu Tipu Melayu..


 Pernah dengar ungkapan ni-Melayu Tipu Melayu
pernah terkena..??


Kes 1
Ahad lepas,saya keluar membeli sarapan
sekaligus tapau sedikit lauk utk makan tghari terus
jam 8.30 pagi
bila saya membuka bungkusan lauk tersebut
pada jam 10 pagi
dah masam,dah berbau,dah berlendir
kari ayam tersebut

Mungkin ianya lauk sehari sebelumnya
ataupun ianya dicampur dgn lauk yg tak habis sebelum tu

dah serik ke kedai makan tersebut...


Kes 2

Ada tempahan tapai urgent
sedangkan saya kehabisan stok beras pulut

Anak perempuan saya pergi memebelinya disebuah kedai runcit
saya dah pesan-beras pulut susu
dan itulah yg diminta
pada tuan punya kedai
yg dipanggil makcik tu

Apa yg dibawa balik adalah..
beras pulut yg tersangat2 usang
yg ada bubuk,ulat dan berwarna kehitaman
seperti beras yg arwah mak saya
bg makan ayam,itik kat kampung dulu2..

dia kata..makcik tu bg harga murah-RM4.30
biasanya beras pulut susu berharga rm5-6

akhirnya ke tong sampah  beras tersebut dicampakkan..

Sya teringat cerita guru saya semasa bersekolah dulu

katanya dia membeli keropok lekor berharga RM3 disebuah pasar malam
apabila dibawa pulang,dimakan...
keropok lekor tersebut keras bagaikan batu
sebab ianya telah digoreng semula

dia pergi semula ke pasar malam tersebut
dan memberi sedikit tazkirah pada peniaga tersebut

katanya bkn dia sayangkan RM3  yg telah dibelanjakan
tp kerana nak mengajar peniaga tu
supaya jujur ketika berniaga
jgn pentingkan keuntungan semata2...


(CPU PC saya rosak
mengunakan CPU anak lelaki punya
tiada gambar...)

24 June 2013

Fenomena Supermoon

 Semalam...14 Syaaban
Semalam...malam Nisfu Syaaban

Dan semalam jugak...fenomena Supermoon berlaku
dimana bulan lbh besar daripada biasa
iaitu 14% lebih besar
dan 30% lebih cerah berbanding biasa

Bulan berada paling hampir dgn bumi semalam
iaitu dgn jarak 356,989km

dan pada 7 Julai nanti
jarak bulan paling jauh dgn bumi iaitu 406,491km

merakam bulan ni pada jam 6 pagi tadi

23 June 2013

Puding Trifle


Puding trifle ni sedap dimakan
ketika cuaca panas
sesuai sbg pencuci mulut
atau boleh dijadikan door gift 
(utk door gift,isi dalam jar..bkn dalam gelas ya)



BAHAN A
 Swiss roll secukupnya 
Air dari jus koktel 

CARA-CARA:
 Swiss roll dipotong setebal 1cm.
Masukkan ke dasar mangkuk./gelas/jar
Kek mestilah menutupi setiap ruang dasar mangkuk.
Tekan2 sket supaya padat.
 Siram/renjiskan dengan air/jus koktel ke atas kek/swiss roll.
Tujuan supaya lapisan kek agak moist.


BAHAN B (KASTAD) 
1 cawan rata tepung kastad
 1/2 cawan gula
 1 tin susu cair 
1 tin air (sukat guna tin susu cair) 
1 tin buah2 koktel (asingkan buah dan jus)

 CARA-CARA: 
Satukan semua bahan, kacau hingga kastad sebati dan gula hancur
.Kemudian masak atas api yang kecil hingga pekat.
.Tutup api. 
Curahkan adunan kastad ke atas lapisan kek
 (Bahan A) 

Susun buah koktel ke atas adunan kastad sambil ditekan2 
sedikit supaya buah tidak terapung.Sejukkan sebentar.

BAHAN C
 10g serbuk agar-agar 
1.2liter air
 3/4 cawan gula
 1-2 titis pewarna merah

 CARA 
Satukan semua bahan,masak atas api hingga agar2 dan gula hancur. 
Curahkan ke atas adunan kastad.
Curah perlahan menggunakan senduk/sudu.

Sejukkan sebentar.
Pastu pindahkan ke dalam peti ais hingga puding keras.
puding boleh dihias mengikut bahan2 kegemaran sendiri

22 June 2013

Mushroom Soup + Garlic Bread Homemade

Roti Perancis beli kat Tesco
* 1/2 cawan  mentega tanpa garam dilembutkan
* 2 ulas bawang putih  dicincang 
*1 sudu  pasli segar dicincang 
*1/4 cawan segar parut Parmesan keju (pilihan)

sapukan bahan2 bertanda * pada roti
masukkan dlm oven..
bakar beberapa minit



mushroom soup...
boleh buat seperiuk ...makan puas2...

-1 keping dada ayam
-1500 ml air
-500 ml susu segar(susu kotak)
-1 ketul kiub ayam
- 1 tin kecil cendawan butang(dihiris kecil2)
- garam
- 1 cawan tepung gandum

Cara-cara
- potong ayam kecil2.
- masukkan ayam dan air ke dalam periuk.
- rebus sehingga masak.
-masukkan susu dan kiub ayam.
 -masak guna api yang perlahan.
 -masukkan mushroom.
-masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat.
- tambah perisa, garam




boleh buat banyak2..
lebih murah...lebih jimat
berbanding makan kat Pizza Hut


21 June 2013

Widget Yang Popular Dulu2

Masih ungat lagi dgn entri pertama anda?
ketika mula2 mencipta blog dulu..
saya malu sendiri bila membacanya..entah apa2..:)
(dan dah beratus entri yg telah didelete)

Dan masih ingatkah widget2 yg ditempek kat blog?
tengok kat blog org lain
kita pun gigih meletaknya diblog kita
tanpa kita sedari..ianya melambatkan loading..

jom tgk widget2 yg popular dulu2

1-Label Cloud Widget
haha..nak buat benda alah ni
kena godek2 HTML..sampai berpinar2 mata
sekarang dah takde yg letak widget ni


2-Lagu dan irama
Yang popular dulu2 adalah dari Flash Fetish
kalau buka 10 blog sekaligus
semuanya letak widget ni
alamatnya berasap telinga

sekarang dah jarang2 sgt blogger letak lagu kat blog
kecuali remaja2 yg baru buat blog

saya sendiri pun kurang gemar blog berlagu ni
kalau takde butang pause..terus pangkah ja


3-Buku Tetamu

Saya sendiri pun ada buku tetamu  dulu

4-Slide Show
Semua gambar kalau boleh nak dimuatkan
punyalah seksa nak tunggu slide tu loading sampai habis

5-Tulisan Berwarna Warni
haha sapa yg pernah letak..ngaku cepattt...
biasanya Welcome To My Blog bla bla bla..


6-Mr Linky Widget
Sekarang masih ramai yg letak widget ni
ianya memudahkan pengunjung meninggalkan link di blog kita
tp tahukah anda..
melalui widget ni amat mudah blog kita dijangkiti virus
oleh link2 yg ditinggalkan


Sebenarnya widget2..selain yg disediakan oleh blogspot
akan memberatkan blog kita

(saya  teringin nak buat slideshow header
tp bila ianya akan melambatkan loading
niat tu dibatalkan terus)


Ada sesiapa nak tambah lagi koleksi widget2 dulu..?

20 June 2013

Resepi Bubur Nasi

Bubur nasi ni enak dimakan ketika cuaca sejuk
(atau ketika malas memasak berbagai jenis lauk)

Masak nasi-lebihkan air dari sukatan nasi biasa
bila nasi mendidih...
kacau supaya tak berkerak/hangit

sup ayam atau sup daging
rebus ayam sampai hancur isinya

penambah perisa
bawang merah digoreng bersama cili padi yg dipotong2


ikan bilis mesti digoreng sampai garing
toskan..dan simpan dm bekas kedap udara


daun sup dan daun bawang

tadaaaa...jom makan..
sesuai utk mereka yg bermasalah dgn gigi
samada sakit gigi atau takde gigi







semalam terima FM pemberian UMMIROSS
yg baru balik dari mengelilingi Eropah
thanks Ummi...cantik sgt FM tu..

19 June 2013

WW :Haus












errr...eskem malaysia
buatan sendiri





18 June 2013

Selamat Ulangtahun Kelahiran Puteraku

Hari ni...18 Jun..genap 21 tahun usia anak sulung saya
satu2nya anak lelaki

Cepatnya masa berlalu
sedangkan kesakitan,keperitan melahirkannya
masih terbayang diruang mata

dan masih terasa
selepas bersalin,ketika berpantang
saya berjalan bagaikan orang yg tempang sebelah kaki
dek kerana banyaknya jahitan

Untuk Badri
yg sedang bergelut dgn exam di UMP sekarang
semoga lulus dgn cemerlang
dan semoga selamat dalam perjalanan
balik kerumah hujung minggu ni

17 June 2013

Akibat Ribut...

Ribut yg melanda  Pulau Pinang
pada petang khamis lalu
yg mengorbankan 2 org
turut memberi kesan
terhadap perkhidmatan internet
ditempat saya

Kulim hanya terkena tempiasnya
(ada yg bumbung rumah terbang)

perkhidmatan internet terputus
selepas ribut
dan setelah 5 hari
baru hari ni...baru saya boleh melepaskan gian
melayari blog dan FB..


musibah yg melanda jgn dikaitkan dgn politik

13 June 2013

Nelayan

Kehidupan nelayan
cantik utk dipotretkan
namun perit dan jerihnya
hanya mereka yg tahu..











 Impian Seorang Nelayan

Burung camar hinggap di jejari
Seorang nelayan sedang bermimpi
Mimpi tentang duyung...
Mimpi tentang untung
Bibit hanyut dibawa ombak Laut China Selatan

Dalam mimpi berkata sang duyung
Wahai nelayan kau anak laut
Di sini tempatmu di sini rezekimu
Pengorbanan yang kau lakukan...
Ada balasannya

Mega mendung...Laut pun bergoncang
Nelayan tersentak hidup sesat haluan
Sang mentari terlindung...
Pantai tak kelihatan
Tawar kau jalan akhirnya...

Dalam pondok kecil beratap rumbia
Seorang ibu memandang hari muka
Sambil ia menyusukan bayi yang kehausan
Ufuk timur hilang dari pandangan

Wahai anak yang sedang menangis
Mungkin kini engkau tak mengerti
Bila kau dewasa dan pandai nanti
Pengorbanan ayahmu sayang jangan kau lupakan

12 June 2013

Resepi Solok Lada


Lada utk buat solok ni
dibawa oleh my sis dari kelantan
haha..dia siap bawak kelapa 2 biji
utk buat solok lada

dah hampir 2 minggu terperap dlm peti ais
hari ni baru ada mood nak buat

saya tak tau apa nama spesis lada ni
tp amat senang didapati di kelantan
selain dibuat solok
lada ni jugak sedap dibuat jeruk
makan bersama bihun atau mee

membuat solok lada mengunakan lada spesis lain
kurang sesuai a.k.a tak sedap..!!


mula2 belah lada ditengah2
mengunakan hujung mata pisau
kemudian buang biji/empulurnya
basuh dan toskan

bahan utk isinya:
-10 ekor ikan kembung/selayang
-sebiji kelapa-parut
(seeloknya kelapa yg masih muda)
-10 ulas bawang merah
-sedikit halia dan serai
-garam dan gula
-sebiji telur

cara2nya:
-rebus ikan,toskan kemudian asingkan isi dan tulangnya
-tumbuk bawang merah,kelapa dan isi ikan tersebut
-tambahkan sedikit garam dan gula (boleh juga gunakan gula melaka)
-masukkan sebiji telur

gaulkan hingga sebati
masukkan kedalam lada yg telah dibelah tadi
 ini rupa sebelum dikukus
utk memasaknya boleh direbus atau kukus

jika merebus
masukkan sedikit santan

ni rupa selepas dikukus
(kalau ada nasi kerabu..best ni..)


10 June 2013

Pesanan...

Hehe........sapa boleh baca dgn sebutan yg betul..
sapa yg faham maksudnya..?


04 June 2013

Pendang Lake Resort

Alor Setar


Pada mulanya plan nak bermalam di Perlis
tp berubah plan..
bercadang nak tido di Alor Setar
sayangnya bilik hotel yg dikunjungi tiada kekosongan
yalah..sabtu...cuti Agong,tambah pulak cuti sekolah..
double2 lah manusia yg bercuti

meronda2 bandar Alor Setar sebelum bercadang balik kerumah..


beberapa pasangan pengatin
sedang berposing kat area ni



 


Pendang Lake Resort

Plan berubah lagi..
suami ajak tido disini

Dulu anak saya pernah jadi warga Pendang
selama setahun
ketika belajar di Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah (KMTK)
jadi saya biasa datang ke Pendang ni

ada kawan blog yg jadi lect kat KTMK ni



chalet berharga RM159/nite
hari biasa cuma RM150


chalet tersebut betul2 mengadap tasik
angin bkn lagi sepoi2 bahasa
tp ala2 taufan dah...
mmg best...

check out sebelum pukul 10 pagi

Tasik Beris

tasik lagi....

perahu nelayan...
disini ada dijual ikan air tawar













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.